CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Farid Kamil Bahagia Bersama Keluarga, Berat Badan Cecah 97 Kg

6-6-2024 05:27 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3446| Komen: 6

Description: Pelakon Farid Kamil meluahkan rasa syukur dapat menikmati kehidupan yang bahagia bersama isteri tercinta, Diana Danielle dan dua cahaya mata mereka iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

Pelakon Farid Kamil meluahkan rasa syukur dapat menikmati kehidupan yang bahagia bersama isteri tercinta, Diana Danielle dan dua cahaya mata mereka iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 43, menyifatkan kebahagiaan tersebut sebagai salah satu nikmat yang diberikan oleh Ilahi.

"Saya sebenarnya amat bersyukur dan rasa dirahamati. Saya menikmati kehidupan dengan penuh bahagia, alhamdulillah."

"Segalanya berjalan dengan lancar termasuk keluarga dan kerjaya seni. Selain gembira, saya memang amat bersyukur."

Sementara itu, berkongsi mengenai perkembangan kerjaya seni, Farid memberitahu dia kini sedang menjalani penggambaran sebuah filem berjudul Baran.


Katanya, pengarah filem berkenaan memintanya untuk menaikkan berat badan sehingga mencecah sekitar 100 kg demi menjayakan watak.

"Badan saya sekarang memang sedikit berisi, saya akui kerana berat saya naik mencecah 97 kg."

"Sebelum ini berat badan saya 80 kg, namun untuk penggambaran filem Gol saya terpaksa kurangkan menjadi sekitar 67 kg."

"Untuk filem yang saya sedang menjalani penggambaran sekarang (filem Baran) ini pengarah minta badan sedikit ‘flabby’ (berisi)."

"Penggambaran filem itu berbaki lagi 20 peratus, jadi saya cuba untuk kurangkan semula berat badan. Ini pertama kali berat macam ini, memang rasa mengah bila berat badan cecah 97 kg."

Terdahulu, Farid mengesahkan sudah rujuk kembali dengan bekas isteri, Diana Danielle pada 31 Ogos tahun lalu selepas mereka sah bercerai menerusi Google Meet pada 10 Ogos 2023.

Imbas kembali, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dengan dua cahaya mata, Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.

Sumber : OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 7-6-2024 12:16 PM
xnmpk mcm 97 pun
tp heols ni mmg tgi betul
6 kaki ada kot
pnh bergambar sama masa ffm many2 years ago


tp good for him la fokus keja dgn family
instead of dadih

Quote Bergosip 7-6-2024 12:54 PM
mesti tinggi atas 180cm ni. walaupon berat 97kg, tak nampak kepam dan boroi
Quote KamikuP 7-6-2024 05:43 PM
Jadi kami kene buat apa skrg ni?
Quote kerani_je 7-6-2024 05:46 PM
supernaturalee replied at 7-6-2024 12:16 PM
xnmpk mcm 97 pun
tp heols ni mmg tgi betul
6 kaki ada kot

Rasanye dlm 180cm die ni..Tu pasal berat gitu pun tak nmpk berisi sgt..Just nice je kat body die n height die..Alhamdulillah depa makin happy bhagia..Dua2 nmpak naik berat badan..Kadang2 perlu jgk gaduh cerai ni nk ada spark dlm perkahwinan tu balik n masing2 muhasabah diri balik..
Quote Tunakimchi 9-6-2024 10:00 AM
Jgn buat bukan2 lagi lepas ni. Kesian anak2
Quote dua_chzy 9-6-2024 10:17 AM
Bagus ooo sebab tinggi, helok je nampak walaupun dah hampir 100kg.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.041144 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top