CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

20 Tahun Dalam Persada Seni, Jaclyn Victor Bakal Adakan Konsert Solo Oktober Ini – ‘Sebagai Penghargaan Terhadap Sokongan Peminat’

6-6-2024 05:30 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3787| Komen: 27

Description: Penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor mengumumkan bakal mengadakan konsert solo buat julung kalinya.

Penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor mengumumkan bakal mengadakan konsert solo buat julung kalinya.

Dipersembahkan oleh Rag Doll Records dan hasil kerjasama Banyak Bagus Entertainment serta Awake Production, membawakan Jaclyn Victor First Solo Concert yang dijadualkan bakal berlangsung pada 12 Oktober ini bertempat di Zepp Kuala Lumpur.

Pemilik nama Jaclyn Joshua Thanaraj Victor mengakui, dia mempunyai perasaan gementar namun sangat teruja untuk menjayakan konsert tersebut.


"Pertama kali membincangkan tentang Jaclyn Victor First Solo Concert bersama Banyak Bagus Entertainment selaku rakan penganjur, jujur saya gemuruh tapi sangat teruja."


Dalam pada itu, pelantun lagu Di Bawah Pohon Asmara ini berkata, tempoh masa dua dekad telah memberinya banyak pendedahan untuk bergelar anak seni yang berkaliber.

"Ini merupakan konsert sulung dan besar untuk saya. Saya percaya tempoh 20 tahun menjadi anak seni dan mengutip ilmu serta pengalaman, sudah masanya saya menghiburkan peminat dalam sebuah konsert sebagai penghargaan terhadap sokongan mereka sehingga nama Jaclyn Victor masih kekal relavan sehingga dua dekad."

Kejayaan demi kejayaan yang diraih menerusi pertandingan program realiti juga membuktikan bahawa Jaclyn mampu untuk terus menyinar di dalam industri seni.

Pada konsert tersebut, para peminat juga bakal menyaksikan penyanyi berusia 45 tahun itu mempersembahkan sekitar 25 buah lagu dengan iringan pengarah muzik terkenal iaitu Genervie Kim.

Untuk anda yang berminat, jangan ketinggalan untuk mendapatkan tiket konsert yang akan dijual mulai 6 Jun ini di www.livepass.asia.

Harga bermula dari RM258 (JAGALAH DIRI), RM328 (CINTA TIADA AKHIRNYA), RM388 (BERTEMU DI KALBU), RM438 (IKUT RENTAKKU), RM488 (GEMILANG), RM688 (VIP) sehingga RM888 (VVIP-BOX untuk 10 orang).

Sumber : OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lovelytouch 6-6-2024 09:09 PM
Penghargaan buat konsert free deknonnn. Rege tiket pun kemain ekk
Quote dua_chzy 6-6-2024 09:26 PM
Tak popular yach she sampai korang tak minat cerita pasal konsert dia?
Quote supernaturalee 7-6-2024 11:51 AM
nak pi nak pi

tapi mahalnya tikettttttttttt



Quote supernaturalee 7-6-2024 11:54 AM
Harga bermula dari RM258 (JAGALAH DIRI), RM328 (CINTA TIADA AKHIRNYA), RM388 (BERTEMU DI KALBU), RM438 (IKUT RENTAKKU), RM488 (GEMILANG), RM688 (VIP) sehingga RM888 (VVIP-BOX untuk 10 orang).


actually it's RM8,888.00 yach
makna kata sorg RM888.80

again...mahalnya tikettttttt
Quote debab76 7-6-2024 03:35 PM
supernaturalee replied at 7-6-2024 11:54 AM
actually it's RM8,888.00 yach
makna kata sorg RM888.80

biasa company je kan yg beli bundle box vvip tu. ala2 belanja staff gaytewh!
Quote supernaturalee 7-6-2024 05:15 PM
debab76 replied at 7-6-2024 03:35 PM
biasa company je kan yg beli bundle box vvip tu. ala2 belanja staff gaytewh!

company mana tu
selit2 la tiket box tu ke iols yg semekin niiiiiiii






Quote KamikuP 7-6-2024 05:43 PM
Lagu dia byk jerit2
Quote fadz84 7-6-2024 07:00 PM
dua_chzy replied at 6-6-2024 09:26 PM
Tak popular yach she sampai korang tak minat cerita pasal konsert dia?

sendu sgt benang pasal konsert jac teacher.. acik2 forum x ghairah nk pegi konsert sheols.. ticket pun level2 konsert 32 tahun kak ZZ.. huhu
Quote sharlenetexas 7-6-2024 10:16 PM
All the best!


Quote woven11 8-6-2024 12:24 AM
Nak pergi tapi terkezut tengok rege ticket.. susah juga jadi penyanyi level internasional ni.. rege ticket mahal.. tp peminat level b40 sajok
Quote jihah_kudat 8-6-2024 12:37 AM
Edited by jihah_kudat at 7-6-2024 04:38 PM

macam mana la orang nak support konsert retis malaysia tiket semua harga cekik darah..baik pergi hausboom bayar dua ratus lebih dapat macam2 retis..and jac lagu dia tak banyak pun yg boleh sing along..lagi la susah nak go..tapi aku stay berharap misha omar dgn noraniza idris buat konsert
Quote ninja boy 8-6-2024 09:01 AM
Ella harga mampu milik
Quote lilacomot 8-6-2024 06:18 PM
Aku tunggu so7 je dtg cni...
Quote sleepandream 8-6-2024 08:07 PM
iols rasa harga tix average rm300-500 tu kira standard dah tu...
lagi2 utk penyanyi yg jarang berkonsert mesti peminat tak kisah keluar amount tu...
lainla kau siti nurhaliza, buat dekat genting pun org sanggup panjat pegi yach walaupon baru berapa bulan berkonsert dekat axiata

Quote knnk 8-6-2024 09:49 PM
Mahalnya tiket, konsertnya kt zepp je pun bukan axiata ke apa
Tpi jac ni x photogenic, iollz terserempak dia kt icity lawo gak she
Kurus + agak tinggi wpun pki ksut taklah tinggi sgt
Quote silampumeja 8-6-2024 10:35 PM
lilacomot replied at 8-6-2024 10:18 AM
Aku tunggu so7 je dtg cni...

Kannn
Quote silampumeja 8-6-2024 10:36 PM
ninja boy replied at 8-6-2024 01:01 AM
Ella harga mampu milik

Tengah fkir nii.

30tahun ella dh pegi... Patit tak pegi nj ek
Quote mojarean_X 9-6-2024 01:59 AM
She ckp i cute dulu 20 years ago.
Quote CikYaYaYa 9-6-2024 03:01 AM
Perh melangit betoi harga tiket konsert dia nie.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.054454 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top