CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Nak Tunjuk Imej Kaya Tapi Ramai Bankrap’ – Zarina Anjoulie Dakwa Artis Hidup Mewah Pinjam Duit ‘Ah Long’

6-6-2024 05:20 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8718| Komen: 43

Description: Pelakon Zarina Anjoulie mendedahkan ramai artis yang suka menunjuk kemewahan sehingga menjadi ikutan pengikut mereka.

Pelakon Zarina Anjoulie mendedahkan ramai artis yang suka menunjuk kemewahan sehingga menjadi ikutan pengikut mereka.

Menerusi temu bual di Astro Gempak, Zarina atau lebih mesra disapa Anju berkata, kebanyakan artis sanggup membuat pinjaman demi menunjuk mereka hidup mewah.

"Ramai artis dekat Malaysia ni nak tunjuk benda yang tak ada. Tak mengapa, saya pun tak kaya, ada masa saya pun tak ada duit. Tak mengapa sebab realitinya artis kita memang banyak tak buat duit."

"Banyak artis yang nak tunjuk imej mereka kaya tapi saya tahu berapa ramai yang bankrap."

Dalam pada itu, Anju memberitahu ramai pengikut-pengikut di media sosial yang terpengaruh dengan cara tersebut.

"Secara tak langsung, followers pun terikut-ikut gaya hidup macam itu. Sanggup hutang Ah Long semata-mata untuk kononnya hidup mewah."

"Mereka tak faham yang artis ni banyak hutang Ah Long, banyak pinjaman dan sebagainya. Kenapa nak jadi macam mereka?"



"Tak mengapa kalau awak artis bawa Myvi. Banyak saya nampak pengikut di media sosial, mereka tidak hidup dengan cara ‘mengukur baju di badan sendiri’ mereka cuba nak jadi macam itu."

Sumber: TikTok/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Fly_over 6-6-2024 05:45 PM
selain cantik ensem netizen suka follow org nampak kaya. nak jd influencer nk ramai follower pn kena tunjuk kaya. berbondong2 la org follow jd kan idola.
Quote akuHavocczz 6-6-2024 10:53 PM
Ada artis rumah besar tunjuk kat ig tapi maintenance berbulan tak bayar. Ada artis kereta berderer semua roadtax mati dah bertahun. Tak yah lah percaya dengan apa yang dipaparkan di ig tu
Quote None68 6-6-2024 10:58 PM
Siapa dia artis yg bangkrap dan pinjam ah long tu?
Quote annadonna 7-6-2024 12:13 AM
Spill anju spillll
Quote Cleocatra 7-6-2024 02:26 AM
Fanash la bontot retis tu kalau2 nama tersebar. Agak2 shiapa? Jom speku
Quote LembingDayanti 7-6-2024 02:45 AM
awal sehari jenis yg tak bayar maintenance hahahahahha
Quote sharlenetexas 7-6-2024 02:50 AM
Pagar 100k dah siap ke belum?


Quote lasagna 7-6-2024 08:40 AM
waaa anju.. ni mesti tau sape sape artis yg dimaksudkan..
Quote bioessence 7-6-2024 09:01 AM
akuHavocczz replied at 6-6-2024 10:53 PM
Ada artis rumah besar tunjuk kat ig tapi maintenance berbulan tak bayar. Ada artis kereta berderer s ...

Ala...si jumanik tu byk kerete mewah tapi tak bayar road tax. CRV pun dia tak mampubayar road tax. Bekas pengacara kira golongan artis la ye juga
Quote Rogue98 7-6-2024 09:13 AM
Aku perasan sekarang dah kurang sangat tengok artis n celebrity melancung overseas.Kalau tak tu ada jer lah yang show off even yang muda and tak kenal pun mampu jer bawak family pergi.
Quote pokokmeranti 7-6-2024 11:16 AM
artis pompuan klu pinjam Ah Long sanggup ke tadah lubang nak bayar bunga sahaja??
Quote TomyamPuteh 7-6-2024 11:51 AM
Si Anjung ni pun nsb baik mak dia ada income lebat. Blh la menempel.
Quote songket_merah 7-6-2024 04:00 PM
TomyamPuteh replied at 7-6-2024 11:51 AM
Si Anjung ni pun nsb baik mak dia ada income lebat. Blh la menempel.

mak anju ni sape? orang kaya ke, setahu aku anju ni sekolah swasta dulu...kira dari family berada dia ni
Quote syamzana 7-6-2024 04:12 PM
songket_merah replied at 7-6-2024 04:00 PM
mak anju ni sape? orang kaya ke, setahu aku anju ni sekolah swasta dulu...kira dari family berada  ...

tokey resto aunty aini tu je tatau kot ada bisnes lain lg.takpun bapaknya berduit gak wpun tak la kaya raya
Quote fatinz 7-6-2024 04:26 PM
songket_merah replied at 7-6-2024 04:00 PM
mak anju ni sape? orang kaya ke, setahu aku anju ni sekolah swasta dulu...kira dari family berada  ...

mak anju bukan calang2. pernah marah gordon ramsay tau
Quote hokeypokey 7-6-2024 04:28 PM
biar lag diorg pinjam ahlong, bkn diaorg pinjam duit anju..
Quote pet_ayut 7-6-2024 04:35 PM
artis memang ramai bankrap .. Ada yang memang berhutang dan bankrap. Ada yang kena tipu pasal agreement ke ape ke..
Quote dagusengett 7-6-2024 05:18 PM
songket_merah replied at 7-6-2024 04:00 PM
mak anju ni sape? orang kaya ke, setahu aku anju ni sekolah swasta dulu...kira dari family berada  ...

Depa ada Restoran aunty aini kat nilai
Tanah kawasan keliling restoran tu ada berapa biji rumah okay la org business kan
Quote immaryjane 7-6-2024 05:25 PM
Dari kau menempel reta mak, kete pun tk ade. Nk berjimba kt kl, nk check in kne tggu org amik or naik grab dr nilai tu.

Tp iols klau mak kaya pn mmg tumpang sikit sbnyk tp ni bercerita nk up up je, hujung2 bg rate utk review.. tu je lah keje kau hari2.
Ot sat, dia sorg je i rase yg tk pnh sekali pn post pasal gaza. Balik2 muke selfie dia syok sendiri dgn bibir cacat tu. Tp tk pe, netizen tetap sayang coz ajuling tak fake

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.055427 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top