CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kesuburan Lelaki Boleh Merosot Jika Terlalu Lama Berpanas. Hati-Hati!

5-4-2024 05:13 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6549| Komen: 1

Description: SINGAPURA – Satu kajian mendapati pendedahan kepada suhu melebihi 30 darjah Celsius boleh mengurangkan bilangan sperma lelaki sekali gus meningkatkan kebimbangan mengenai kesan pemanasan global terh ...



SINGAPURA – Satu kajian mendapati  pendedahan kepada suhu melebihi 30 darjah Celsius boleh mengurangkan bilangan sperma lelaki sekali gus meningkatkan kebimbangan mengenai kesan pemanasan global terhadap kadar kesuburan.

Akhbar The Telegraph melaporkan, pasukan  saintis di Singapura memberi amaran kepada lelaki selepas analisis ke atas 818 kaum Adam mengesan kesan cuaca panas terhadap sampel air mani.

Hasilnya mendapati, mereka yang terdedah kepada suhu purata melebihi 29.8 darjah Celsius dalam tempoh tiga bulan sebelum menyediakan sampel, mempunyai risiko 46 peratus lebih tinggi bagi bilangan sperma yang rendah.

Sementara itu, risiko kepekatan sperma rendah melonjak sebanyak 40 peratus.

“Kebiasaannya, penemuan mencadangkan bahawa kualiti sperma berkurangan apabila lelaki mencapai sesuatu usia.

“Namun, apa yang kami dapati dalam kajian ini adalah lelaki dalam tempoh masa pembiakan (prima) mereka iaitu antara 25 hingga 35 tahun adalah yang paling terjejas oleh haba,” kata felo penyelidik di Fakulti Perubatan Yong Loo Lin, Dr. Samuel Gunther.


Tambah Gunther, kajian itu adalah pertama yang melihat kesan haba terhadap kesuburan di kawasan iklim tropika di mana suhu kekal tinggi sepanjang tahun.

“Kajian ini menunjukkan bagaimana pendedahan alam sekitar seperti suhu persekitaran yang tinggi dan tekanan haba boleh memberi kesan kepada kesuburan lelaki,” jelasnya. – AGENSI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 5-4-2024 08:18 AM
ya...men so hot

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.332777 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top