CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6575|Reply: 1

Kesuburan Lelaki Boleh Merosot Jika Terlalu Lama Berpanas. Hati-Hati!

[Copy link]
Post time 5-4-2024 05:13 AM | Show all posts |Read mode





SINGAPURA – Satu kajian mendapati  pendedahan kepada suhu melebihi 30 darjah Celsius boleh mengurangkan bilangan sperma lelaki sekali gus meningkatkan kebimbangan mengenai kesan pemanasan global terhadap kadar kesuburan.


Akhbar The Telegraph melaporkan, pasukan  saintis di Singapura memberi amaran kepada lelaki selepas analisis ke atas 818 kaum Adam mengesan kesan cuaca panas terhadap sampel air mani.


Hasilnya mendapati, mereka yang terdedah kepada suhu purata melebihi 29.8 darjah Celsius dalam tempoh tiga bulan sebelum menyediakan sampel, mempunyai risiko 46 peratus lebih tinggi bagi bilangan sperma yang rendah.


Sementara itu, risiko kepekatan sperma rendah melonjak sebanyak 40 peratus.


“Kebiasaannya, penemuan mencadangkan bahawa kualiti sperma berkurangan apabila lelaki mencapai sesuatu usia.


“Namun, apa yang kami dapati dalam kajian ini adalah lelaki dalam tempoh masa pembiakan (prima) mereka iaitu antara 25 hingga 35 tahun adalah yang paling terjejas oleh haba,” kata felo penyelidik di Fakulti Perubatan Yong Loo Lin, Dr. Samuel Gunther.


Tambah Gunther, kajian itu adalah pertama yang melihat kesan haba terhadap kesuburan di kawasan iklim tropika di mana suhu kekal tinggi sepanjang tahun.


“Kajian ini menunjukkan bagaimana pendedahan alam sekitar seperti suhu persekitaran yang tinggi dan tekanan haba boleh memberi kesan kepada kesuburan lelaki,” jelasnya. – AGENSI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2024 08:18 AM | Show all posts
ya...men so hot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.049868 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list