CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kakak Sengaja Ambil Dadah Sebab Nak Masuk Penjara Jumpa Adik

5-4-2024 05:16 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8742| Komen: 27

Description: KOTA KINABALU – “Saya memang sengaja ambil dadah supaya dimasukkan ke dalam penjara untuk bertemu adik bongsu.


KOTA KINABALU – “Saya memang sengaja ambil dadah supaya dimasukkan ke dalam penjara untuk bertemu adik bongsu.

“Mungkin ia tindakan tidak masuk akal, namun itu cara saya menebus rasa bersalah kepada adik perempuan kesayangan kerana sering mengabaikannya selama ini ekoran kesibukan dengan tugas selama kira-kira 15 tahun sebagai anggota tentera di Semenanjung.

“Biarlah orang di luar sana mahu kata saya bodoh, tetapi secara peribadi tindakan itu berbaloi disebabkan dapat melihat sendiri keadaan adik yang  berada di dalam penjara,” kata seorang banduan wanita yang dikenali sebagai Angah, 40.

Anak kedua daripada empat beradik itu menyatakan dia mula dijatuhkan hukuman penjara sejak Disember tahun lalu atas kesalahan dadah di bawah Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya, manakala adiknya kini sedang dalam reman di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya.

Angah berkata, dia mahu adik bongsunya itu melihat pengorbanan seorang kakak sekali gus menunjukkan masih ada ahli keluarga yang menyayangi dirinya.

Terpilih sebagai salah seorang banduan mengikuti Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) ‘Ihsan Madani’ Kepulangan Yang Dinanti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Angah bersyukur peluang tiga bulan berada di dalam penjara banyak mematangkan diri dan mampu memberi teladan terbaik buat adik dan banduan wanita lain.

Sementara itu, Pengarah Penjara Negeri Sabah, Nora Musa memaklumkan, seramai  142 Orang Bebas Berlesen (OBB) terlibat dalam PBSL di semua penjara seluruh Sabah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 5-4-2024 08:17 AM
she did what???
again, what????

Quote kelip2_07 5-4-2024 09:53 AM
ape bnda ko mengarut??
Quote B40tastePosh 5-4-2024 10:13 AM
Kasih ibu bawa ke syurga,
Kasih bapa sampai ke hujung nyawa,
Kasih kakak hingga ke penjara.
Quote B40tastePosh 5-4-2024 10:14 AM
Boleh difilemkan.

Mesti kakak dia hebat gila kawad dalam penjara sebab bekas tentera Malaya.
Quote Belibis 5-4-2024 10:17 AM
Edited by Belibis at 5-4-2024 10:20 AM

Tau pulak nak kena kurung kat penjara yang sama?? Kalau sorang kat kajang,sorang kat penor lagu mana??
Memang otak orang ambik dadah bijak dalam buat alasan,janji dia jer betul.
Quote Cassieopeia 5-4-2024 11:30 AM
Belibis replied at 5-4-2024 10:17 AM
Tau pulak nak kena kurung kat penjara yang sama?? Kalau sorang kat kajang,sorang kat penor lagu mana ...

dah dia kne tahan kat kk, adik pun kne tahan kat kk msk penjara kk la xdenye msk ke kajang plak
Quote Supersirap 5-4-2024 11:55 AM
Boleh buat iklan raya ni, based on true event, pasti ada suka dan duka
Quote lightheaded67 5-4-2024 12:47 PM
bukan ke penjara boleh dtg melawat. dah tak boleh ker
Quote Belibis 5-4-2024 02:51 PM
lightheaded67 replied at 5-4-2024 12:47 PM
bukan ke penjara boleh dtg melawat. dah tak boleh ker

Melawat sebulan  sekali jer.ni dia nak tidur sebilik macam sewa home stay gitu..kena la duk dalam jugak.
Quote lightheaded67 5-4-2024 03:09 PM
Belibis replied at 5-4-2024 02:51 PM
Melawat sebulan  sekali jer.ni dia nak tidur sebilik macam sewa home stay gitu..kena la duk dalam  ...

iyelah kan, 3bulan je masuk nye yek. kadg mmg tak paham, tp itulah dia
Quote syamzana 5-4-2024 03:10 PM
dok penjara sekali pun blh ke berjmp bergurau senda kalau lain blok?
ke time bersukan beraktiviti tu mmg canpur je semua???
dah 2 org dlm fmly jadi bekas banduan.
Quote Decaffeinated 5-4-2024 03:15 PM
Either ini auta minah pet atau dia ni betul2 naif. Either way not a good thing la.
Quote hokeypokey 5-4-2024 03:28 PM
B40tastePosh replied at 5-4-2024 10:13 AM
Kasih ibu bawa ke syurga,
Kasih bapa sampai ke hujung nyawa,
Kasih kakak hingga ke penjara.

terbaik la tagline baru ni..
Quote B40tastePosh 5-4-2024 03:35 PM
syamzana replied at 5-4-2024 03:10 PM
dok penjara sekali pun blh ke berjmp bergurau senda kalau lain blok?
ke time bersukan beraktiviti tu ...

Boleh bertepuk tampar dan bersukaneka macam family day hari hari.
Quote B40tastePosh 5-4-2024 03:35 PM
lightheaded67 replied at 5-4-2024 03:09 PM
iyelah kan, 3bulan je masuk nye yek. kadg mmg tak paham, tp itulah dia

Cara komando kot
Quote lightheaded67 5-4-2024 04:57 PM
B40tastePosh replied at 5-4-2024 03:35 PM
Cara komando kot

punca yg dikatakan adelah dia rasa bersalah sbb kerja 15 tahun tak bela adik.. ok... jnji happy
Quote Samerosie 5-4-2024 06:11 PM
Kau dah kenapa perempuan?  Time melawat kan ada, kau pindah sebelah penjara tu, hari2 time melawat kau pergi la tengok dia.  Cakap je la kau pun kaki dadih kan sebenarnya.
Quote cranell 5-4-2024 07:11 PM
sendiri hisap dadah, adik jadi mangsa
Quote SecretLuv 5-4-2024 08:38 PM
Ni macam drama Rindu Kasih la ni.. Anak sanggup masuk penjara sebab nak jumpa mak dia dalam tu

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.051028 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top