CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Pertama Reda Hantar Suami Kahwin Lagi

5-4-2024 05:19 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8393| Komen: 13

Description: JAKARTA – Sebuah video tular memaparkan seorang wanita di Cianjur, wilayah Jawa Barat reda suaminya berkahwin lain, malah turut menyertai rombongan pernikahan lelaki itu, lapor portal berita Wolipop ...


JAKARTA –  Sebuah video tular memaparkan seorang wanita di Cianjur, wilayah Jawa Barat reda suaminya berkahwin lain, malah turut menyertai rombongan pernikahan lelaki itu, lapor portal berita Wolipop semalam.

Berdasarkan video yang dimuat naik di platform TikTok, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Gina berkata, dia berlapang dada menerima  isteri kedua suaminya.

“Saya menghantar suami untuk berkahwin lagi, menyaksikan dia bernikah dan menyediakan semua persiapan.

“Awalnya terasa seperti mimpi tetapi saya cuba untuk menahan hati dan berdamai dengan diri sendiri,” katanya.

Menurut Gina, dia mengaku pada awalnya berasa berat untuk memberi izin  suaminya berpoligami kerana bimbang kasih sayang terhadapnya akan merosot.

Namun, selepas menemui calon madunya, Gina akhirnya menerima kehadiran wanita tersebut.

“Dengan hati yang ikhlas dan lapang dada, saya menghantar  suami untuk bernikah lagi. Tidak pernah terbayang bahawa Allah akan memberikan kelapangan hati seperti ini,” ujarnya.

Dalam klip video lain, Gina berkongsi  kehidupannya sesudah hidup berpoligami dan turut memuat naik gambar bersama madunya.

“Kami kerap berjalan-jalan bersama dengan suami, pergi membeli-belah, menonton wayang dan belajar membuat roti untuk dijual bersama-sama,” jelasnya. – AGENSI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 5-4-2024 09:20 AM
Ya amponn dari jauh  ku sangkakan UstaZ Kazim tadi.. ekekeke
Quote ifanonline 5-4-2024 09:25 AM
isteri ramai best
Quote kelip2_07 5-4-2024 09:36 AM
br lg kn?jgn smpai mkn ati dlm senyap
Quote green~tea 5-4-2024 09:45 AM
Semua hodoh... bergumpal2 badan bulat
Quote ifanonline 5-4-2024 09:47 AM
green~tea replied at 5-4-2024 09:45 AM
Semua hodoh... bergumpal2 badan bulat

taste masing2 sis...mcm la body sis hot sangat
Quote green~tea 5-4-2024 09:49 AM
ifanonline replied at 5-4-2024 09:47 AM
taste masing2 sis...mcm la body sis hot sangat


Tak hot pun tp takde la gemok gedempol BMI 30 ke atas camtu


Pastu acah2 nak jadikan diri contoh
Quote B40tastePosh 5-4-2024 10:16 AM
Muka pun nampak jelas orang tua gatal, merenyam renyam.
Quote sangbara2020 5-4-2024 03:29 PM
dhtu????ni tgh pening nk balik kg esok ke senin....senin tol preee
Quote krustykrab 5-4-2024 03:33 PM
Buat roti bersama2 utk dijual?
So kiranya, si laki tu tak mampu la.nk sara binis nya.
Quote hokeypokey 5-4-2024 05:02 PM
sukati ko la laki ko kan.. tahniah dapat adik madu
Quote lightheaded67 5-4-2024 05:30 PM
jadilah dari takde.. slmt tpantin baru ke lama
Quote gideoncross 6-4-2024 10:58 PM
ifanonline replied at 5-4-2024 09:47 AM
taste masing2 sis...mcm la body sis hot sangat

Amboi uol Ipan klau mngomen
Quote Solokkk 7-4-2024 01:33 AM
Terpaling berbudaya

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.046594 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top