CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pertubuhan Rohingya Beri Amaran Peningkatan Genosid Di Myanmar

4-4-2024 04:58 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10570| Komen: 35

Description: KUALA LUMPUR: Pertubuhan Rohingya Burma United Kingdom (BROUK) mengeluarkan amaran keras berhubung peningkatan genosid terhadap etnik Rohingya oleh junta tentera di Myanmar.


KUALA LUMPUR: Pertubuhan Rohingya Burma United Kingdom (BROUK) mengeluarkan amaran keras berhubung peningkatan genosid terhadap etnik Rohingya oleh junta tentera di Myanmar.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, BROUK menggesa tindakan segera masyarakat antarabangsa khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menguatkuasakan langkah sementara Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi melindungi penduduk Rohingya yang terancam.

Menurut BROUK, situasi di negeri Rakhine sudah merosot dengan ketara selepas pertempuran meletus semula sejak November lalu antara Tentera Arakan dan junta tentera di Myanmar yang di ambang kekalahan.

BROUK berkata, sebagai tindak balas, junta tentera memperhebat strategi pecah dan perintah dengan merekrut lelaki Rohingya secara paksa dan menghantar mereka ke barisan hadapan menentang Tentera Arakan.

Dalam kenyataan sama, Presiden BROUK, Tun Khin berkata, rejim itu menyasarkan etnik Rohingya untuk direkrut secara paksa untuk mudah diserang.


"Kami tidak boleh melarikan diri kerana sekatan pergerakan junta telah dikenakan ke atas kami - negeri Rakhine seperti penjara terbuka.

"Junta menganggap kami boleh dikorbankan. Ini adalah cara terbaharu mereka yang kejam untuk memperhebat genosid terhadap kami," katanya.

Laporan menunjukkan bahawa seramai 1,000 pemuda Rohingya, termasuk individu kehilangan tempat tinggal telah direkrut secara paksa menyertai tentera Myanmar sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

BROUK menyatakan bahawa individu itu telah diculik dari rumah mereka, kampung, pasar dan kem orang pelarian dalam negara (IDP), tertakluk kepada latihan ketenteraan dan dihantar ke barisan hadapan dengan persiapan yang minimum.

"Tindakan rejim itu mencetuskan ketakutan dan keresahan yang meluas dalam kalangan penduduk Rohingya yang berdepan tekanan melampau untuk mematuhi arahan pengambilan pekerja.

"Pemimpin Rohingya sudah diugut, ditahan dan dipaksa untuk menyediakan kerahan tentera pemuda, dengan laporan ugutan menggunakan senjata api dan penahanan semalaman," menurut kenyataan itu.

Selain direkrut secara paksa, masyarakat Rohingya juga diarah menyertai protes anti-Tentera Arakan yang didalangi oleh junta untuk mencetuskan ketegangan etnik dan agama, seterusnya membahayakan penduduk Rohingya.

Sementara itu, BROUK berkata, kerajaan Britain perlu segera mengadakan mesyuarat untuk membincangkan krisis yang semakin meruncing di negeri berkenaan. 

Sumber – BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 4-4-2024 05:07 AM
Pi mamposla semua...jgn dtg ke Malaysia..
Quote kakikuDibibirmu 4-4-2024 05:15 AM
Aiman tak kisah

[youtube]9WEfeB4kQcg[/youtube]
Quote Belibis 4-4-2024 06:22 AM
Alasan klise nak halalkan rombongan berjemaah naik bot la tu.orang bagi tapak kat bangladesh tak nak pulak.
Quote cashewnut 4-4-2024 06:32 AM
Rengsa la pengemis yang pijak kasut sekolah aku masa sekolah dulu mintak duit kat aku yang sekolah menengah zaman 90an dulu. Ada sesapa yang boleh haywirekan website mangkuk2 ni suruh pi berambus ke bangladesh ke uk ke. Rengsa la rohingya ni. Banyak cekadak. Mengemis pun nak menjahat bila tak bagi duit
Quote kemaruk 4-4-2024 06:35 AM
peranakan rohingya   
Quote Decaffeinated 4-4-2024 07:24 AM
Pi merintih kat UK kot2 ada yang kesian.
Tak payah cuba kat malaysia lah korang dah tak trending bukan macam dulu2
Quote bulalof 4-4-2024 08:08 AM
jgn la takot dgn dorang ni. kita kat bumi malaysia, kalau penguatkuasa takleh pakai, kita pakai je undang2 rimba kat rohingyucks ni. yg penting, jgn takot. sebab takot la mereka berani dtg lagi dekat minta duit. ludahkan jer. let them know siapa tuan kat bumi malaysia ni.
Quote bulalof 4-4-2024 08:08 AM
jgn la takot dgn dorang ni. kita kat bumi malaysia, kalau penguatkuasa takleh pakai, kita pakai je undang2 rimba kat rohingyucks ni. yg penting, jgn takot. sebab takot la mereka berani dtg lagi dekat minta duit. ludahkan jer. let them know siapa tuan kat bumi malaysia ni.
Quote sangbara2020 4-4-2024 08:56 AM
piiiiiiiiiiiii mampossssssssssssssssssss
Quote ayukpingu 4-4-2024 08:58 AM
korang yg stay kat msia tu apalgi, pegi la myanmar sane..sama2 berperang selamatkan kaum sendiri...
Quote prince_marhaen 4-4-2024 09:07 AM
...Pertubuhan Rohingya Burma United Kingdom (BROUK)...


sesuailah dengan perangai macam BERUK.... feeling sangat UK bagai, gi la berambus duduk UK tu....omputih pun tak terima korang, orang Asia yng terima pun korang buat perangai macam sial....siapa je tak benci ngan bangsa kau..

Quote adiksha 4-4-2024 09:50 AM
antara etnik yg org malaysia dah tak kesah
nak mati ke ape sila kan lahh
time org malaysia buat baik ko buat taik kan
nahhh, rasain lohhh

disebabkan sikap diorg tu lah, patut la jadi gitu kat negara sendiri
Quote copy_paste 4-4-2024 10:04 AM
bulalof replied at 4-4-2024 08:08 AM
jgn la takot dgn dorang ni. kita kat bumi malaysia, kalau penguatkuasa takleh pakai, kita pakai je u ...

ye betul tu,sbb xde yg berani mulakan dulu sbb tu xde berani yg buat...
kalau ramai2 buat xmampunye pihak berkuasa nak jaga,
Quote kakikuDibibirmu 4-4-2024 10:06 AM
[youtube]Zq_BgdTC8qQ[/youtube]
Quote kakikuDibibirmu 4-4-2024 10:06 AM
Long Tiger tersenyum sinis
Quote Yoonggi 4-4-2024 10:12 AM
dorg ni caner la org nk sian. perangai mcm .... (aku posa jd xmo la sebut/type) kt negara org.
Quote syamzana 4-4-2024 10:19 AM
iols aminkan segala komen2 forumer sekalian
Quote antikorok 4-4-2024 10:36 AM
Suruh junta Myanmar terpaling selera kucheng hanjeng tu merdekakan tanah Rakhine tuh humban keluar dari Myanmar macam tanah ayer ni humban tendang keluar Singkapurak, haaaa lepas tu ikot la nak memerintah ikot acuan sendirik
Quote Kurex 4-4-2024 10:38 AM
leluhur parashit paling hina dan terkutuk lagi tersial di atas muka bumi

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 09:42 AM GMT+8 , Processed in 0.060526 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top