CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dewan Negara lulus RUU Keselamatan Siber 2024

4-4-2024 04:54 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9463| Komen: 4

Description: KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Keselamatan Siber 2024.


KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Keselamatan Siber 2024.

RUU itu, yang bertujuan meningkatkan keselamatan siber negara menerusi pematuhan terhadap langkah, standard dan proses tertentu dalam pengurusan ancaman keselamatan siber, diluluskan sebulat suara selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Terdahulu, Gobind ketika menggulung perbahasan berkata pelaksanaan RUU itu dapat membantu kerajaan memastikan kebolehlaksanaan dan kecekapan fungsi Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (CNII) dalam menangani insiden keselamatan siber.

Beliau berkata, RUU itu sangat penting kerana CNII merangkumi sektor kerajaan, perbankan dan kewangan, pengangkutan, pertahanan dan keselamatan negara serta maklumat, komunikasi dan digital yang lazimnya menjadi sasaran serangan siber bagi melumpuhkan kerajaan.

Turut tersenarai sektor perkhidmatan jagaan kesihatan, air dan pembentungan, pengurusan sisa, tenaga, pertanian dan perladangan, perdagangan industri dan ekonomi serta sains, teknologi dan inovasi.


"Ini adalah sektor yang kita lihat menjadi sektor yang sangat penting dan sekiranya terdapat ancaman siber, sekiranya berjaya, ia boleh mendatangkan kesan yang sangat memudaratkan kepada negara.

"Jadi perlu untuk kami melihat bagaimana untuk mewujudkan satu undang-undang supaya kita boleh mengambil langkah-langkah untuk pastikan bahawa entiti-entiti (CNII) ini bersiap siaga, faham akan risiko dan bagaimana melaksanakannya," kata beliau.

Gobind turut memaklumkan RUU itu akan menggunakan pendekatan berasaskan penilaian risiko dan menentukan kawalan perlindungan terhadap sebarang teknologi yang akan digunakan kelak.

"Sememangnya (teknologi) blok rantai memberi keupayaan untuk mengesahkan rekod, data dan transaksi namun wujud ancaman keselamatan siber dalam teknologi itu.

"Jadi kita kena berhati-hati," katanya.

RUU itu diluluskan Dewan Rakyat pada 27 Mac lalu.

Persidangan Dewan Negara bersambung esok. 

Sumber – BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chacon 4-4-2024 12:50 PM
RUU 355 bila lagi dah bertahun
Quote zjen 5-4-2024 01:40 AM
so pasni menghina DAP dan UMNO kene tangkap ke tak
Quote Nurdianah 5-4-2024 10:56 AM
Gichuuuuu
Quote cmf_premierleag 5-4-2024 10:58 AM
Sejak bagi portfolio ni pd gobin, baru la nmpk ada hasil...yg sblm2 ni, mcm x reti buat keje

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.098256 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top