CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Neelofa Jawab Dakwaan Tidak Empati Ketika Memberi Pandangan – ‘Saya Bukan Ustazah, Topik Mak Ayah Susah Diperdebatkan’

29-3-2024 01:56 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 19891| Komen: 158

Description: Selebriti dan usahawan popular, Noor Neelofa tampil memberi penjelasan berhubung isu dikatakan dirinya tidak bersikap empati ketika memberi pandangan kepada seorang pemanggil di segman 3 Pagi Era, bar ...



Selebriti dan usahawan popular, Noor Neelofa tampil memberi penjelasan berhubung isu dikatakan dirinya tidak bersikap empati ketika memberi pandangan kepada seorang pemanggil di segman 3 Pagi Era, baru-baru ini.

Ketika ditemui OhBulan, Neelofa berkata dia mengakui kelemahan dan ketidaksempurnaannya ketika memberi pandangan mengenai luahan kesedihan pemanggil itu yang ditinggalkan ibu kandung ketika kecil sehingga dia tidak dapat memafkan perbuatan tersebut.

"Apa yang saya cakap dalam waktu yang singkat tu tidak lengkap, saya faham bila orang cakap tak sentuh aspek lain seperti mental health. Saya akui benda itu, mungkin kelemahan dan ketidaksempurnaan saya memberi pandagan.

"Tapi bila sentuh fasal mak ayah ini, penjelasan dalam bab agama itulah dia. Itulah yang saya tak boleh tukar, ini bukan apa yang saya cakap, tapi ini yang Allah cakap dalam Quran dan apa yang Nabi sebut dalam hadis-hadisnya."


Neelofa berkata demikian ketika ditemuui pada majlis Tayangan Raya Astro yang diadakan di Le Meridien Hotel, Petaling Jaya, pada Rabu.

Melanjutkan bicara, isteri kepada pendakwah Haris Ismail itu berkata, apa yang disampaikan ketika itu juga merupakan reaksi spontan dan menjelaskan dia tidak mempunyai masa yang panjang untuk memberikan huraian lengkap.

"Masa itu saya pandang Nabil cakap ‘Ya Allah aku tak sempat nak jadi terapi cakap fasal benda ini’. Tapi secara spontan, itu adalah reaksi dan jawapan daripada saya yang mana sudah tentu kita tak ada masa lima atau 10 minit untuk hurai."

"Tapi lagi sekali, saya mengakui kelemahan dan ketidaksempurnaan saya dalam memberi pandangan itu. Kalau saya dapat masa untuk huraikan, Insya-Allah dengan adanya video daripada semua (media) mungkin orang itu memahami.

"Sebenarnya ada baca la beberapa orang mesej dan DM cakap ini sepatutnya cara jawab. Tapi saya tak ambil kira, mungkin saya setuju juga. Mungkin saya tak beri jawapan yang lengkap yang mengambil kira perasaan, keperitan dan kesukaran. Itu saya mengaku dan saya akur."

Mengakui dirinya bukan seorang ustazah, Neelofa berkata perkara berkaitan ibu bapa bukanlah satu topik yang mudah untuk diperdebatkan, sebaliknya dia hanya berkongsi sedikit pandangan.


"Saya bukan ustazah atau orang yang layak bercakap tapi sekadar kongsi sikit. Bila cakap tentang mak ayah memang susah nak diperdebatkan. Reda Allah bergantung pada reda mak ayah, berkat Allah adalah berkat daripada mak ayah juga, kalau mak ayah tak reda macam kita nak reda Allah."

"Apa yang adik itu lalui iaitu membesarkan adik-adik tanpa mak ayah, sudah pasti tiada siapa yang mahu berlaku atau ingin lalui, Allah beri kekuatan untuk dia, ibu dia datang penuh penyesalan, carilah sedikit ruang untuk memaafkan."

Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata tidak adil jika orang ramai menilai kehidupannya memandangkan dia juga dibesarkan dalam keluarga yang ibu bapa bercerai.

"Tidak adil untuk seseorang menilai hidup orang lain ‘tak apa la hidup dia sempurna, tak susah’. Saya tak pernah kongsi tentang ibu bapa saya. Saya datang daripada keluarga yang bercerai."

"Kisah hidup saya, dengan mak ayah saya, tak sempurna sebab itu saya tak kongsi. Tak semestinya saya baik-baik saja. Tapi kita lalui hidup ini dengan cara mana apa yang betul yang diajar."


Sumber : OhBulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Piramida 29-3-2024 04:03 PM
Pompuan ni mana pernah salah...
Dia akan sentiasaaaa betul.

Moga raya ni bolehlah hajjah Bungkus sama2 beraya dgn pakcik mat noor bermaafan maaf an kita semua. Gitew..

Bila nak berambus ke ereb sana?
Quote adra5028 29-3-2024 04:06 PM
propa la perempuan ni..
Quote hokeypokey 29-3-2024 04:13 PM
gambar abbas dh kongsi ke blum???
Quote Joysparta 29-3-2024 04:36 PM
Dah tu.?

Cuba kena atas batang hidung sendiri.
Quote jihyomelly 29-3-2024 04:59 PM
ye la terpaling betul ye dak???? mana pernah salah
Quote gekkou 29-3-2024 05:42 PM
semoga lepas raya jah pregnant adik abas plak
aminnnn
Quote codenamedream 29-3-2024 05:53 PM
Sedar Kau bukan ustazah tapi jawapan Kau acah ustazah.
Cuba Jadi manusia yang ada empati. Binatang pun ada empati sesama mereka.
Quote minime88 29-3-2024 05:55 PM
Piramida replied at 29-3-2024 04:03 PM
Pompuan ni mana pernah salah...
Dia akan sentiasaaaa betul.


kan. kenapa ek dia dari dulu tak pernah pun terfikir nak minta maaf. dari zaman covid sampai sekarang. actually bukan dia sorang. ada jugak artis artis yg dah besar kepala. coz dorang rasa fanataik blh backup dorang kan. buat apa pun tak jadi hal.
Quote phoenix_panik 29-3-2024 06:07 PM
jahlop nampak dah kertu mcm 40an walau x nampak muka
dr jauh seiras maknya tini
Quote takayama 29-3-2024 06:32 PM
Bkn psl nasihat yg diberi tp empathy tu yg hilang dr kamu lopak. Yg penting please walk the talk yea, Raya nnt blk jumpa ayah kamu utk beraya bersama2 olay
Quote Piramida 29-3-2024 06:35 PM
"Saya bukan ustazah..."
Then stop acting like one.
Quote Pak.dolla 29-3-2024 06:37 PM
.
.
cuba tgk ig publichealthmalaysia
hahahaha caya lah
Quote princessmiang 29-3-2024 06:42 PM
Kalau dah bodoh tu bodoh jugak. Baik ko diam jela lopak dasar NPD! Org narcissistic ni memang takkan pernah mengaku salah dan akan sentiasa twist words
Quote anilanil 29-3-2024 06:42 PM
Mula-mula dia justify jawapan dia berdasarkan al Quran & hadith. Tapi tiada reference, taktau ayat mana, surah apa, hadith
riwayat sapa pon taktau yg mana satu. Misteri. Pastu dia cakap pulak dia bukan ustazah bertauliah. Misteri berganda. Abis tu masa dia bagi jawapan/reaction utk caller anak malang tu dia sebagai apa? Sebagai lembaga misteri?
Quote aemon 29-3-2024 06:45 PM
Jah ni mana pernah salah
Keluarga dia mana pernah salah.yg salah adik tu pergi call era.dan bapak dia yg mengeluarkan mani tak berguna macam ni
Quote Pak.dolla 29-3-2024 06:51 PM
anilanil replied at 29-3-2024 10:42 AM
Mula-mula dia justify jawapan dia berdasarkan al Quran & hadith. Tapi tiada reference, taktau ayat m ...

.
.
.
hari tu bini dia panggil dia ustazah....
Quote bawaku_terbang 29-3-2024 07:04 PM
ala lek la jahlop mcm xbiasa kena kecam
Quote miszclassique 29-3-2024 07:09 PM
Makin obvious bekas macam scar kat dahi dia tu
Quote kucing_gebu 29-3-2024 07:12 PM
Fesyen purdah apa dia pakai di atas tu. Kontot semacam. Dgn tudung ala terbelit kat leher

Lihat semua komen(158)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.137611 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top