CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Adira Tak Kacau Orang, You Pun Jangan Kacau Orang. Sudah-Sudah, Yang Salah Saya’ – Datuk Red

29-3-2024 01:58 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14177| Komen: 55

Description: Datuk Red akhirnya membuka mulut memberi kenyataan berhubung isu panas yang membabitkan kedua-dua isterinya, Adira Suhaimi dan Datin Red.



Datuk Red akhirnya membuka mulut memberi kenyataan berhubung isu panas yang membabitkan kedua-dua isterinya, Adira Suhaimi dan Datin Red.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Datuk Red akui apa yang terjadi dalam rumah tangganya berpunca daripada kesalahan dirinya sendiri.

"Sebelum ni saya tak suka tengok orang cerita hal peribadi, rumah tangga di media sosial. Saya memang tak berkenan, sebab itu cerita aib. Tapi Allah SWT menguji kita. Tapi ianya terjadi pada saya. Saya tak boleh nak salahkan mereka berdua, punca daripada saya."

Tambah Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu berkata, tujuannya menceritakan situasi dirinya yang berdepan dengan masalah kewangan bukan bertujuan untuk meraih simpati ramai sebaliknya dia mahu mencari pekerjaan untuk memberi nafkah kepada keluarganya.



"Ni cerita pasal rumah tangga. Orang kenal saya punca saya berkahwin dengan Adira. Tempias saya tu kemudian terkena kepada isteri pertama saya, Datin Red. Kalau tak sebelum ni, kami berdua tak ada siapa pun nak ambil tahu. Bila jadi benda ni, saya fikir balik saya tak boleh nak salahkan mereka berdua. Sebenarnya salah saya."

"Masa temu bual tu saya cakap, saya cuma nak bercerita pasal diri saya. Kalau boleh kalau korang buat kenyataan jangan terpalit nama Adira. Sebab dia induk kami, mencari rezeki."

Bercerita dengan lebih lanjut, Datuk Red berkata sesi temu bual itu hanya berlangsung selama beberapa minit sahaja dan dia tidak berkesempatan untuk menceritakan semua perkara yang berlaku sepanjang lima tahun itu.

"Masa soalan tu, kebetulan pasal berbuka. Saya cerita pasal anak nak berbuka. Cuma terkhilaf saya, saya punca segala-galanya sebab tak sebut nama isteri pertama saya tu."

"Memang betul dia ada tolong saya, dia pun dapat duit tanah dijual. Dua-dua banyak tolong, saya tak boleh nak senaraikan semua. Bagi isteri pertama, saya minta maaf kerana tak sebut nama dia semalam."

"Benda apa yang saya cakap semalam pun saya tak tulis dalam skrip. Soalan tu pun secara spontan. Tapi saya rasa saya ada sebut tapi biasalah wartawan. Tak akan wartawan nak keluarkan semua. Saya harap lepas ni tak ada isu. Adira tak kacau orang, you pun jangan kacau orang. Sudah-sudah, yang salah saya."

Sementara itu, Datuk Red berharap agar tidak akan ada isu berbangkit mengenai perkara itu lagi. Sekiranya tidak berpuas hati atau mahu meluahkan apa-apa, Datuk Red meminta Datin Red menghubunginya secara peribadi dan bukannya dengan berkongsi di media sosial.

Sumber: TikTok Datuk Red/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 29-3-2024 02:35 PM
Mulut manis tokred ni. No wonder
Quote adiksha 29-3-2024 02:36 PM
nampak mcm baguih dia ni
sebab tu la kot adira suka
a bit gentleman
Quote dua_chzy 29-3-2024 03:06 PM
Orix replied at 29-3-2024 06:35 AM
Mulut manis tokred ni. No wonder

Muka persis bontot ayam (kata porumer) boleh tutup lampu kan nok.
Quote epullipan 29-3-2024 03:59 PM
sebenarnya sampai skang aku tak paham pesal panggil red...muka brown jawa jugak
Quote jfq 29-3-2024 04:14 PM
Kalau boleh kalau korang buat kenyataan jangan terpalit nama Adira. Sebab dia induk kami, mencari rezeki."

Apa maksud dia. Adira breadwinner for the 3 of them ke

Sori. Aku tak follow kisah mereka ni
Quote rayna_raynes 29-3-2024 04:25 PM
Patutlah bini2 dia cair, investor2 pun percaya je labur duit.
Pandai bercakap dia ni.
Quote rayna_raynes 29-3-2024 04:26 PM
jfq replied at 29-3-2024 04:14 PM
Kalau boleh kalau korang buat kenyataan jangan terpalit nama Adira. Sebab dia induk kami, mencari re ...

Betul. Itulah maksud dia. Sebab TinRed pun biz online je kalau xsilap. Adira yg main source of income sejak sheols comeback

Quote timah03 29-3-2024 05:10 PM
rayna_raynes replied at 29-3-2024 04:26 PM
Betul. Itulah maksud dia. Sebab TinRed pun biz online je kalau xsilap. Adira yg main source of inc ...

Main source... Tapi di buli pula...
Quote anony-mous 29-3-2024 05:14 PM
epullipan replied at 29-3-2024 03:59 PM
sebenarnya sampai skang aku tak paham pesal panggil red...muka brown jawa jugak

Red = bured kot? mgkin sbb heols suka warna merah
Quote esteryen 29-3-2024 07:44 PM
dua_chzy replied at 29-3-2024 03:06 PM
Muka persis bontot ayam (kata porumer) boleh tutup lampu kan nok.

sebelum ni kan duit kepok2, tutup ja mata ngan duit kaching2 tu
Quote esteryen 29-3-2024 07:47 PM
jfq replied at 29-3-2024 04:14 PM
Kalau boleh kalau korang buat kenyataan jangan terpalit nama Adira. Sebab dia induk kami, mencari re ...

apa yg saya faham pun gitu, so adira kasi duit kat dato red dan dia guna duit tu bayar utk kegunaan anak2 dari 3 perkhawinan kot atau dia kena la hulur juga kat datin red kan sbb sebelum ni kan tai-tai, xyah kerja.
Quote jiwakacau06 29-3-2024 08:04 PM
adira induk keluarga...dasar jantan .....
Quote red_velvet 29-3-2024 08:10 PM
jfq replied at 29-3-2024 04:14 PM
Kalau boleh kalau korang buat kenyataan jangan terpalit nama Adira. Sebab dia induk kami, mencari re ...

Sebab Adira la orang kenal laki bini ni. sebab nama Adira, si bured tiba2 jadi jutawan a.k.a scammer hartanah.. ramai terpedaya beli tanah ngan heols sebab heols laki adira...sebab populariti adira jugak bisnes sambal tinred dulu dapat sambutan.. lepas tu jual perfume grade AAA, sekarang jual tabita pun laku keras...
Quote ninajaybee 29-3-2024 08:30 PM
Mamat scammer terpaling untung. Tak kena kecam kan? Ada baca dia buat live tiktok dapat banyak duit orang bagi. Komen pun murni2.
Quote zuriey 29-3-2024 09:42 PM
Jantan lahanat
Masa adira tertonggeng2 menjual sambal tu ko buat apa? Ada ke tolong adira kupas bawang, potong cili?
Jenis jantan mcm ni bangun pun tengahari.mls nak cari kerja..dah selesa bini tanggung.
Akhirnya bini meletop dah tak tahan baru la ko sedar dari tidur lena ko.dah terlambat.
Quote winky1 29-3-2024 09:52 PM
Induk. I think I faham Adira menanggung semua tanggungan suami buat beberapa tahun ni secara tetap. Sebab tu dia tersebut nama Adira je dulu. Kes jual tanah tu lama kisah buka puasa tu sekarang. Biasalah isteri akan bantu suami tapi kalau terlalu lama dan tak nampak jalan keluar susahlah. Isteri2 ni muda lagi pula bukan isteri time ibu kita dulu bergantung pada suami . Sekarang ada peluang cari rezeki dgn media sosial. Ada bakat seni lagi ....
Quote matjerk 29-3-2024 09:55 PM
Pakmat western dah lamar tu.. cuma nak ckp 2 je..
1. Baju x tukar2 tu, x busuk ke?
2. Jaga2 mek, lawa gak hang ni... tokred tgh x de bini tu... silap2 dia lamar hang mek.. hihihihj
[tiktok]7351727196941176082[/tiktok]
Quote matjerk 29-3-2024 10:10 PM
Views dia millions Screenshot_20240329_220935_TikTok.jpg
Quote timah03 29-3-2024 10:33 PM
red_velvet replied at 29-3-2024 08:10 PM
Sebab Adira la orang kenal laki bini ni. sebab nama Adira, si bured tiba2 jadi jutawan a.k.a scamm ...

Tengok promo Tabita tu macam best... Nak try...
Tapi tu la... Orang kata kalau muka sensitive... Tak elok... Lepas tu, kalau tertiba bhenti pakai... Muka lagi rosak teruk...

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.227588 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top