CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Dia Baik, Lemah Lembut, Tak Mungkin..” – 2 Rakan Baik Yakin Ruhainies Tak Buat Hal Tidak Senonoh

19-3-2024 10:30 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11458| Komen: 150

Description: Susulan kes tangkap khalwat, dua sahabat pelakon Ruhainies iaitu Zahar dan Fyzal memaklumkan aktres terbabit kini lebih banyak berdiam berbanding sebelum ini.


Susulan kes tangkap khalwat, dua sahabat pelakon Ruhainies iaitu Zahar dan Fyzal memaklumkan aktres terbabit kini lebih banyak berdiam berbanding sebelum ini.

Sebagai sahabat baik, dua lelaki terbabit menasihati Ruhainies agar tidak membaca komen-komen di platform media sosialnya yang ditinggalkan oleh netizen.

"Bagaimanapun, dia tahu perkembangan berlaku. Di pihak kami, memang sedikit tertekan membaca komen-komen kecaman di media sosial."

Dalam pada masa yang sama, Zahar yakin bahawa rakannya itu tidak terlibat dalam aktiviti tidak senonoh sebegitu.


Malah, untuk seseorang selembut dan sebaik Ruhainies, mereka berdua terkejut apabila mendengar khabar berita aktres itu ditangkap khalwat.

Sementara itu, Fyzal menegaskan bahawa dia dan Zahar bukanlah pembantu peribadi Ruhainies yang dikatakan berada di tempat kejadian.

"Saya dan Zahar tiada di tempat kejadian. Ada orang lain yang bersama dia malam itu."

Sekadar info, 8 Mac lalu, Ruhainies dan Aliff Aziz ditangkap khalwat oleh pihak JAWI di sebuah kondominium milik aktres terbabit.

SUMBER : mStar/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 19-3-2024 11:16 AM
Yang lembut, baik ni kalau buat jahat lagi jahat dr yang mulut hangsuang
Quote edayildiz 19-3-2024 11:19 AM
ingt org kesah ke...yg pasti dia mmg kena tangkap ngn alep
Quote mizruncing 19-3-2024 11:24 AM
habis tu berduaan dgn laki org senonoh ke
Quote emera 19-3-2024 11:47 AM
Baik laa dpn kau sbb kaubtu x menyelerakan dia.
Quote prettyuglybabe 19-3-2024 12:01 PM
pompuan lemah lembut ni la kau perlu berhati-hati..
jahatnya dalam diam jadi duri tertanam dalam daging..
Quote katnissE 19-3-2024 12:05 PM
Kena tangkap khalwat korang cakap senonoh?????
Kalau tak senonoh gimana tu?
Quote prince_marhaen 19-3-2024 12:05 PM
KAU BERDUA NI SELEBRITI JUGAK KE NOKKK???? Satu komen satu posting ye untuk si kemut sundal ni...semakkkkkkk wall semua thumbnail gambar si kemut ni...!
Quote LadyCarefree 19-3-2024 12:11 PM
katnissE replied at 19-3-2024 11:05 AM
Kena tangkap khalwat korang cakap senonoh?????
Kalau tak senonoh gimana tu?

Tangkap khalwat ni sbb undang2 Islam kat Msia. Kalau ikut Islam betul2 dlam rumah gitu xleh serbu. Hehe Also for some people biasa je lah kalau setakat masuk dulu sembang2 sebelum yg lain sampai. iols xrasa Putik & Kemek ngeseks. Hehehe tapi nasib ko lah Putik & Kemek buat gini kat Msia pastu ada yg dengki pi report.
Quote jihyomelly 19-3-2024 12:16 PM
ntah la takkan jawi menipu sesuka hati ambush - tak kisah baik hati ke lemah lembut ke apa2 je la tapi yg kena tangkap khalwat tu dia ke saka dia wallahu’alam
Quote Suchi 19-3-2024 12:18 PM
Td kat ig nampak kenyataan kawan baik si aliff shahidan tu
Ini kawan baik ruru plak

Quote elnor_81 19-3-2024 12:19 PM
prettyuglybabe replied at 19-3-2024 12:01 PM
pompuan lemah lembut ni la kau perlu berhati-hati..
jahatnya dalam diam jadi duri tertanam dalam dag ...

Yezzaaaa! Yg lemah lembut ni lg dasyat dr yg bermulut hansuang
Quote SedihPedih 19-3-2024 12:22 PM
Asalkan berdua dlm rumah tanpa org lain, tu khalwat la. Org baik dan lembah lembut pun boleh buat.
Quote vanillaninja 19-3-2024 12:30 PM
So? Apa punya statement la. Tak semenggah langsung. Diam je la tak payah nak tegakkan benang basah.

Ke nak tumpang popularity? Dari orang tak tau kewujudan chuols, tiba2 muka chuols terpampang di sini?
Quote DeLuna85 19-3-2024 12:35 PM
Betul tu
Quote MadameOnion 19-3-2024 12:41 PM
sapa ponen sangkak dua org ni?
Quote Barebow77 19-3-2024 12:41 PM
Masa dengan esbok siap berpeluk sana sini..selamba je si esbok tidur atas ribaan tue kira senonoh lah..kalau dah tahap camtue depan semua..agak2 kat belakang mcm mana lah yer
Quote Parit.Hilton 19-3-2024 12:43 PM
emera replied at 19-3-2024 11:47 AM
Baik laa dpn kau sbb kaubtu x menyelerakan dia.

jujur nau nau
Quote Parit.Hilton 19-3-2024 12:45 PM
awat lemah lembut tak boleh berkhalwat ka?

bukan dia pi merompak bank atau belasah pak guard pun.
kalau dia buat kesalahan camtu boleh la hang cakap dia lemah lembut tak mungkin dia berupaya membelasah pak guard.
Quote mamapea 19-3-2024 01:14 PM
dh kwn ko mmg la ko ckp dia baik...

Lihat semua komen(150)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.075751 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top