CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Alhamdulillah, Setakat Ini Allah Berikan Saya Kesihatan Yang Baik," Sarimah Sembuh Kanser Usus

19-2-2024 10:14 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 25193| Komen: 10

Description: Pelakon legenda tanah air, Datuk Sarimah Ahmad, 82, mendedahkan dia kini pulih dari kanser kolon atau usus tahap tiga selepas disahkan menghidap penyakit itu pada 2022.

Pelakon legenda tanah air, Datuk Sarimah Ahmad, 82, mendedahkan dia kini pulih dari kanser kolon atau usus tahap tiga selepas disahkan menghidap penyakit itu pada 2022.

Sarimah ketika ditemui berkata, beliau bersyukur masih dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah sekali gus bebas daripada penyakit itu selepas menjalani pembedahan membuang kanser pada tahun sama.

"Saya kini menjaga kesihatan dengan memastikan pemakanan harian diambil adalah berkhasiat dan berasaskan organik berikutan tidak mahu menjalani rawatan kemoterapi kerana faktor usia yang sudah meningkat.

"Antara makanan harian saya itu adalah salad, buah naga, avocado, madu, telur ayam kampung dan beberapa kekacang. Alhamdulillah, setakat ini Allah berikan saya kesihatan yang baik," katanya.

Terdahulu, Sarimah yang juga antara pelakon berkaliber sejak era Studio Jalan Ampas menerima kunjungan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Ahmad Farhan Fauzi yang hadir ke kediamannya sempena Program Ziarah Madani, di sini, hari ini.


Bercerita mengenai simptom awal dialami sebelum dikesan menghidap kanser kolon itu, Sarimah berkata, beliau mulanya berasa sakit di bahagian perut dan sudah lama, namun menganggap ia mungkin sakit biasa.

"Bagaimanapun, saya akhirnya jatuh pengsan di bilik air di rumah dan anak bongsu terus bawa saya ke pusat perubatan di Shah Alam dan selepas buat pemeriksaan, doktor kata tak ada sakit serius dan hanya bekalkan ubat.

"Namun, ubat itu buat keadaan saya jadi lebih teruk dan kemudian dirujuk ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut apabila saya disahkan menghidap kanser kolon tahap tiga serta kena pembedahan segera.

"Tapi, ketika itu saya sebetulnya berhadapan masalah kewangan untuk membiayai kos rawatan yang dianggar hampir RM60,000. Namun, saya tidak mahulah menagih simpati dan cuba meminta bantuan ramai," katanya.

Sarimah yang mula berlakon dalam filem Ali Baba Bujang Lapok berkata, dia mengambil inisiatif berusaha mengeluarkan simpanan peribadi untuk membiayai kos rawatan penyakitnya kerana enggan mengharap simpati dan berhutang.

"Alhamdulillah, semuanya sudah selesai kerana saya memang tidak mahu susahkan sesiapa. Saya tak nak berhutang atau menagih simpati dengan sesiapa pun sebab tidak mahu jadi ungkitan pada masa akan datang," katanya.

Pada 2011, Sarimah yang mempunyai enam cahaya mata itu dilaporkan pernah disahkan menghidap kanser hidung, namun rezekinya diberikan kesembuhan juga oleh Allah.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sayangselamah 19-2-2024 11:55 PM
Alhamdulillah.lately .ramai betul kena kanser pelik pulak
Quote amarakasih 20-2-2024 01:50 AM
Alhamdulillah! Semoga terus aafiat.

She’s beautiful
Quote ketambangkang 20-2-2024 09:09 AM
dari zmn Marjina hingga ke zmn ini, dia masih kekal cantik seiring usia
Quote afie_m 20-2-2024 09:11 AM
Alhamdulillah
Quote matjerk 20-2-2024 09:12 AM
Tgk biduanita ni.. teringat sorang lagi legend.. zaiton sameon.. aku ada dgr ppdcast dia baru2 ni.. betul ke.. masa dia xcident dulu..sultan2 pun visit.. including sultanah brunei.. benerin ni? X de benang ke psl kaketon ni? Mcm interesting pulak kisah dia..
Quote matjerk 20-2-2024 09:13 AM
Tgk biduanita ni.. teringat sorang lagi legend.. zaiton sameon.. aku ada dgr ppdcast dia baru2 ni.. betul ke.. masa dia xcident dulu..sultan2 pun visit.. including sultanah brunei.. benerin ni? X de benang ke psl kaketon ni? Mcm interesting pulak kisah dia..
Quote supernaturalee 20-2-2024 12:25 PM
alhamdulillah

yang ni la jelita seiring usia


Quote Lampuled 20-2-2024 12:57 PM
Lawanya.. lawa asli. Apa petua dia yer.
Quote KamikuP 20-2-2024 01:02 PM
jelita dari muda HINGGA lewat usia
Quote sleepandream 20-2-2024 07:36 PM
alhamdulillah ada duit simpanan nak cover kos rawatan...
skrg ni kene kanser pun boleh postpon sampai sebulan dekat sepital kerajaan... serammmm

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.043387 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top