CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hidup Saya Macam ‘Gelas Kosong’ Lepas Bercerai - Mawar Rashid

19-2-2024 10:10 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 29256| Komen: 55

Description: PELAKON Mawar Rashid menyifatkan kehidupannya ibarat ‘gelas kosong’ selepas sah bercerai dengan bekas suami, Raf Yaakob.

PELAKON Mawar Rashid menyifatkan kehidupannya ibarat ‘gelas kosong’ selepas sah bercerai dengan bekas suami, Raf Yaakob.

Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 29, menganggap perceraian adalah satu perjalanan baharu dalam kehidupan bersama anak-anaknya.

“Ini adalah fasa baharu dalam hidup saya dan ini adalah diri saya yang baharu.

“Semuanya mula semula dan saya anggap diri saya seperti gelas kosong,” katanya kepada HibGlam selepas majlis doa selamat filem Jangan Pandang Belakang 2, hari ini.


Ditanya mengenai punca perceraian yang berlaku antara mereka, Mawar tetap mengunci mulut demi menjaga aib keluarga.

Saya berpegang kepada prinsip untuk tidak berkongsi isu peribadi pada umum sebab saya ada anak-anak. Nanti mereka besar, akan baca perkara yang tak sepatutnya.

“Saya juga menghormati pihak yang terlibat. Namun, apa yang boleh saya cakap, saya gembira dan bersyukur dengan peluang yang saya terima sekarang,” ujarnya.

Dalam masa sama, bekas peserta Dewi Remaja 2014/2015 itu memaklumkan keadaannya baik-baik sahaja, selain masalah mental pun sudah beransur pulih.


“Alhamdulillah, keadaan saya semakin baik, tiada lagi serangan panik. Walaupun ada beberapa dugaan besar dalam hidup saya, saya kini lebih gembira,” jelasnya lagi.

Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada November 2017 dan mengumumkan perpisahan mereka menerusi Instagram pada 23 November lalu.

Adik kepada cef selebriti Fazley Yaakob itu turut menegaskan perceraian dengan bekas isteri bukan disebabkan kehadiran orang ketiga.

Hasil perkahwinan, pasangan terbabir dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.

Sumber – HIBGLAM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 19-2-2024 11:07 PM
iols syak lakinya dulu controlling ya amat dari segala segi.
Quote dua_chzy 19-2-2024 11:10 PM
LadyCarefree replied at 19-2-2024 03:07 PM
iols syak lakinya dulu controlling ya amat dari segala segi.

Pehtu kuat jeles.

Sebab tu sheols sakan berdandan melawa lepas cerai. Masa jadik wife si Raf dulu kusam tak bersinar muka dia. Sekarang baru aiol nampak dia cantek.
Quote LadyCarefree 19-2-2024 11:17 PM
dua_chzy replied at 19-2-2024 10:10 PM
Pehtu kuat jeles.

Sebab tu sheols sakan berdandan melawa lepas cerai. Masa jadik wife si Raf dulu ...

Beranak sampai non-stop, kan?  Kena paksa pakai totop ghambot. Kena paksa jadi retis bawah management misai kontot. Dahlag kena hadap pisang kontot terbakar tiap hari. LOL

Tapi first statement mamat poyo ni pun kan 'mawar tahu apa yang Raf nak'. Seems like mawar dah give up tak nak ikut segala apa laki dia demand. Sampai jadi stress mawar tu dibuatnya. Now mawar kata dah hilang kan panic attack dia. Tak hairan kalau mamat pisang kontot itam ni abusive. If not physically, mentally.
Quote dua_chzy 19-2-2024 11:23 PM
LadyCarefree replied at 19-2-2024 03:17 PM
Beranak sampai non-stop, kan?  Kena paksa pakai totop ghambot. Kena paksa jadi retis bawah managem ...

A ah kan beranak non stop jarak selang setahun ja kan macam Adira tu? Sheol pun sedang gigih tuntut cerai tapi belum pula poromer buka tered. Dari semalam aiol baca she nak seraikan laki.
Quote miss_strangers 19-2-2024 11:34 PM
biasa byk beza duda bercerai hidop dgn mati bini..duda cerai idop  ni byk red flag
Quote cm_vungtau 20-2-2024 12:52 AM
Raden Seri Rosabella Cinta. Macam budak kecik main2 kasi nama dekat anak patung aje
Quote pocongkiutss 20-2-2024 12:58 AM
dua_chzy replied at 19-2-2024 11:10 PM
Pehtu kuat jeles.

Sebab tu sheols sakan berdandan melawa lepas cerai. Masa jadik wife si Raf dulu ...

Nape chuols semua kata muka dia kusam tak bersinar dedulu

Dia cantik je iols tgk..tak mekap pun so comel..takde le nmpk kusam..pakai tudung pun cantik aje tp tula laki yg paksa..laki dia kawin dulu mawar camne..nak diubah2 pulak tanpa kerelaan org tu

Bagi iols dia nampak serabut anak berderet dekat2 tu iye ler..tp dedulu masa pakai tudung tu iols tetap rasa dia cantik & comel jah
Quote lasagna 20-2-2024 08:12 AM
iols suspek masa sheol start free hair tu,
sheol tgh dlm fasa serai dah msa tu.
cuma sheol tak buat apa2 official statement lg.
dah lepas2 tu baru announce kt ig kan.
Quote jlo 20-2-2024 08:25 AM
for the better..alhamdulillah she looks fine..dia bukak tudung tu ..antara dia ngan Allah
u go girl..cari balik diri mu dek
Quote matjerk 20-2-2024 08:30 AM
Kenapa ada yg kata mek ni kusam masa masih berkahwin? I ols tgk elok je ceria...

I ols syak.. dia nak bebas.. jiwa dia nak free hair.. nak hu haaaa... tp okay lah.. dia rasa lebih bahagia berpisah....
Quote cmf_shya 20-2-2024 08:37 AM
iols dr dlu rasa sitoklaki yg problem..kali pertama serai..kali kedua serai..so sapa yg red flag..pastue mngandung berderet..patutnya relax2 dlu..xpe la mawar..cari balik kebahagiaan..
Quote pocongkiutss 20-2-2024 08:44 AM
matjerk replied at 20-2-2024 08:30 AM
Kenapa ada yg kata mek ni kusam masa masih berkahwin? I ols tgk elok je ceria...

I ols syak.. dia n ...

Kan..cantik je..cuma masa dia dh beranak rapat2 tu yg muka dia nampak serabut skit (tp tak kusam pun)..lepas cerai ni iols tgk air muka dia takdela gumbira pun..cantik tapi entahlah nampak lain..tak ceria mcm mawar yg sebelum kawin dgn raf narcissist
Quote pocongkiutss 20-2-2024 08:47 AM
cmf_shya replied at 20-2-2024 08:37 AM
iols dr dlu rasa sitoklaki yg problem..kali pertama serai..kali kedua serai..so sapa yg red flag..pa ...

Yg bini pertama tok laki dia pun kena mengandung berderet rapat2 juga ke?

Kalau mampu mcm bung zizi tu takpe ler..sediakan anak sorg satu maid

Iols rasa mawar penat jaga anak berderet rapat2 sorg2..laki pulak jenis tak bape membantu . kalau raf ni still lepak2 ngan kawan & tggl si mawar urus anak sorg2 dulu mmg cashlah kau kena tinggal

Quote LadyCarefree 20-2-2024 08:50 AM
pocongkiutss replied at 19-2-2024 11:58 PM
Nape chuols semua kata muka dia kusam tak bersinar dedulu

Dia cantik je iols tgk..tak mekap pun s ...

Tu lah paksa2 mcm si qkp tu. Ko nak kahwin dgn pompan free hair tp nak kena coverline sbb acah2 kisah psl aurat fans bagai. Last2 dah kahwin binik tanggal todong. Serba salah xleh nak post gambar bini atau dgn bini yg current. Adan uke qkp dan naz gemok.
Quote LadyCarefree 20-2-2024 08:52 AM
lasagna replied at 20-2-2024 07:12 AM
iols suspek masa sheol start free hair tu,
sheol tgh dlm fasa serai dah msa tu.
cuma sheol tak buat ...

iols pula nak speku dia dah rimas dan stress giler dgn paksaan2 lakinya. Tekad free hair. Lakinya tercabar mawar tak ikut kehendak dia. Langsung kena cerai.
Quote matjerk 20-2-2024 09:00 AM
LadyCarefree replied at 20-2-2024 08:52 AM
iols pula nak speku dia dah rimas dan stress giler dgn paksaan2 lakinya. Tekad free hair. Lakinya  ...


Yg ni betol. I ols pun syak yg sama.. sape ingat zaman keek dia.. dia pnh berenti in d middle of jam/traific light merah n menari dpn2 kereta tu..

Dia ni jenis jiwa bebas.. jenis nak hidup seghonok jer... i ols x dpt imagine cemana dia fit in dgn married life dgn anak bersusun paku... family raf tu pun.. nmpk jenis baik2.. jenis bukan lagho2.  So maybe dia rasa terkongkong...

Teringat jimmy shanley dgn ex bini dulu.. ex bini jenis lagho2 sikit.. sedangkan dia jenis skema.. so yg tu cerai awai2.. settled.

Takpe lah mawaq, shuringai ada.. u are not alone... bff kan korang..?
Quote Minami2013 20-2-2024 09:02 AM
Kenapa kata ex husband suh pakai tudung? Iman turun naik tu biase lah. Tapi sbb nk justify buka tudung lepas cerai dah kata suami dulu suh pakai ke

https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/08/723806/mawar-rashid-berhijab

Raf ni red flag ke ape dah 2 kali cerai masa anak2 kecik lagi. Skrg cari mangsa yg baru
Quote honam 20-2-2024 09:28 AM
kes kes mcm ni la, buat kan wanita takut cari duda yg ada anak
Quote kierakirana 20-2-2024 09:35 AM
dua_chzy replied at 19-2-2024 11:10 PM
Pehtu kuat jeles.

Sebab tu sheols sakan berdandan melawa lepas cerai. Masa jadik wife si Raf dulu ...

Btl. Nampak glow up lani

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 07:59 AM GMT+8 , Processed in 0.070371 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top