CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Stacy Juara The Masked Singer Malaysia 4 (TMSMY4)

19-2-2024 10:47 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7369| Komen: 18

Description: Teka-teki pemilik vokal padu di sebalik topeng terjawab apabila penyanyi, Stacy Anam yang memakai kostum Bunga Matahari diumumkan sebagai juara The Masked Singer Malaysia musim ke-4 (TMSMY4).


Teka-teki pemilik vokal padu di sebalik topeng terjawab apabila penyanyi, Stacy Anam yang memakai kostum Bunga Matahari diumumkan sebagai juara The Masked Singer Malaysia musim ke-4 (TMSMY4).

Pada konsert akhir malam tadi, Stacy membawakan lagu Lathi nyanyian asal Sara Fajira dan Cinta nyanyian asal Marsha Milan berjaya menewaskan empat maskot lain selepas berhasil menambat hati juri.

Bunga Matahari membawa pulang hadiah sebuah trofi seperti mana mengikut format negara-negara lain.

Kemenangan tersebut sekali gus meletakkan pelawak, Namie yang memakai maskot Mat Helang di tempat naib juara.

Sementara itu, pelawak, Danial Zaini yang memakai kostum Sang Kancil diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga.

Tempat keempat pula menjadi milik bekas peserta Ceria Popstar, Adinda yang memakai kostum Biskut Aiskrim dan kedudukan kelima diduduki pemakai topeng Teratai, Nabila Razali


Sepanjang tempoh pertandingan, Stacy berjaya bergelar juara mingguan sebanyak tujuh kali iaitu bermula pada minggu ketiga sehingga minggu kesembilan.

Peserta diadili sebanyak 80 peratus oleh juri tetap manakala 20 peratus lagi merupakan undian peminat.

Setiap pemenang membawa pulang trofi The Masked Singer Malaysia.

Kesemua persembahan peserta diadili sembilan juri terdiri daripada Datuk Aznil Haji Nawawi, Erra Fazira, Angah, Elly Mazlein, Nabila Huda, Zizan Razak, Sherry Alhadad, Rozita Che Wan dan Michael Ang.


Terdahulu, rancangan yang dihoskan Datuk AC Mizal itu turut menyaksikan penyingkiran seramai sembilan peserta sepanjang sembilan minggu bersiaran.

Sembilan selebriti tersebut ialah Dr Soo Winci (Kak Cat), Amira Othman dan Irfan Haris (Cili Padi), Rashidi Ishak (Putera Katak), Daiyan Trisya (Ikan Emas), Amelina (Pom Pom Kin) serta Azan Ruffedge (Abang Jagung)

Turut tersingkir, Noki K-Clique (Bawang Putih), Datuk Yusry Abdul Halim (Musang) dan Hun Haqeem (Roti John)

TMSMY4 berlangsung selama 10 minggu secara langsung dari CIDB Convention Center, Kuala Lumpur. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 19-2-2024 10:49 AM
Oo semalam final ke? Terlepas lak.

Quote Unagi 19-2-2024 10:52 AM
trofi je ke? takde duit?
Quote Suchi 19-2-2024 10:53 AM
Iols tak tgk langsung sbb dah takde astro cuma terkejut baca nabila razali pun ada siap top5 lagi yaaa
Quote apedehal 19-2-2024 10:57 AM
Pemenangnya da mmg expected kan stacy..ramai yg nk dia menang
Quote rezaremy 19-2-2024 11:07 AM
trofi jer ker hadiah??
Quote missbigrockstar 19-2-2024 11:13 AM
apedehal replied at 19-2-2024 10:57 AM
Pemenangnya da mmg expected kan stacy..ramai yg nk dia menang

Ramai nak mat helang menang. Bila AC tanya kat studio, ramai audiences sorak mat helang.
Tapi dah rezeki Stacy, OK lah.
Quote Carcosa 19-2-2024 11:23 AM
Aku kan, smp skrg tak reti, mcmana main bende alah Masked Singer ni. Hahahaha.
Siapa teka betul, dia eliminated ke? Or siapa suara sedap?
Quote prince_marhaen 19-2-2024 11:27 AM
Tapi bosan sebab auto tune teruk gila suara semua orang termasuk cik Nab tu... kemain lain suara pre record & suara asal... Stacy tu ada la jugak bunyi2 serak dia..... tapi Stacy bukak topeng kena live dah hausssss ye, mengah lagi, kostum berat, panas... nak menari lagi.. sian dia..
Quote alien88 19-2-2024 11:48 AM
tahniah bunga matahari.. iolls suka sang kancil
mat helang tu hujung2 baru best, tp tak sangka namie
kira season 4 ni semua retis la kan, tak ada atlet sukan mcm before ni
Quote Lavender_Violet 19-2-2024 01:37 PM
Aku tak pernah tengok rancangan ni
So juara berpandukan apa? Persembahan? Vokal? Atau berapa lama boleh menyembunyikan diri?
Quote aemon 19-2-2024 02:07 PM
memang la lagu marsha tu senang nk bwk.lagu marsha tu x salah dia atau akim yg buat
Quote kakikuDibibirmu 19-2-2024 02:15 PM
Go Stacy go! Go baby go!
Quote deebiz14 19-2-2024 02:35 PM
Oh da abes lah ye.... Sape yg dok no 2,3 & 4 tu? Tak fun la season ni biler yg betanding tu retis suam2 kuku. Dah la ade sistem voting umum kan?

Pepun tahniah Stacy.
Quote kakakgarang 19-2-2024 04:03 PM
nabila razali jadi apakah? awat tak tau niiii hahaha
Quote supernaturalee 19-2-2024 04:20 PM
hun haqeem dgn noki keti lawa pun ada ye
hun tu sedap ke suara
sempat tgk 1st episode je

Quote fido_dido 19-2-2024 07:16 PM
kak nab no 5?? sedap ke dia nyanyi?
Quote gekkou 19-2-2024 07:19 PM
kedudukan kelima diduduki pemakai topeng Teratai, Nabila Razali


pelawak lagi sedap suara dari kak nab
terima hakikat nab
sora ko sungguh tak boleh pergi jauh
Quote TomyamPuteh 19-2-2024 08:16 PM
Makin comel pulak si Namie ni lps jd retis.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 12:06 AM GMT+8 , Processed in 0.066705 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top