CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Askar Jepun Dibenar Berambut Panjang Untuk Menarik Minat Golongan Muda

19-2-2024 10:42 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5963| Komen: 11

Description: TOKYO – Rekrut baharu tentera Jepun akan dibenarkan menyimpan rambut panjang dalam usaha kerajaan untuk menarik minat lebih ramai golongan muda bagi menyertai pasukan tersebut, lapor Badan Penyiaran ...

TOKYO – Rekrut baharu tentera Jepun akan dibenarkan menyimpan rambut panjang dalam usaha kerajaan untuk menarik minat lebih ramai golongan muda bagi menyertai pasukan tersebut, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) kelmarin.

Pengumuman itu dibuat ketika Jepun bergelut dengan masalah kekurangan askar di tengah-tengah kebimbangan meningkat mengenai ancaman China dan Korea Utara.

Sebelum ini, hanya potongan rambut paling pendek dibenarkan untuk rekrut lelaki, manakala rekrut wanita dikehendaki memotong rambut pendek.

Namun bermula April depan, peraturan itu akan dilonggarkan di mana askar lelaki dibenarkan menyimpan sedikit rambut di bahagian sisi, belakang dan atas.

Askar wanita pula dibenarkan mempunyai rambut panjang, namun tidak boleh melepasi paras bahu apabila diikat.

Menurut laporan agensi berita Kyodo, berita mengenai peraturan itu pertama kali dilaporkan Januari lalu semasa satu mesyarat panel pakar yang ditugaskan untuk meningkatkan bilangan tentera bagi Pasukan Pertahanan Diri (JSDF) Jepun.


“Memandangkan negara kita menghadapi kekurangan tenaga kerja yang serius, kita menyedari persaingan dengan pihak lain termasuk sektor swasta. Justeru, usaha untuk mendapatkan sumber manusia semakin meningkat,” kata Menteri Pertahanan, Minoru Kihara. – AGENSI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 19-2-2024 11:29 AM
iols lebih suka askar rambut kemas mcm dekat tanah air.. nampak jantan. dulu pernah nampak 2 abg terap helok keluar dengan pelacor tua area melaka. dah sengkek ke kau abg terap sampai pelacor tua kau sebat. ke pelacor tu yg langgan kau..
Quote _blackbird 19-2-2024 03:26 PM
BANZAIIIII....!!!
Quote kakikuDibibirmu 19-2-2024 03:31 PM
BBC tu apa ya? Big Black Cock ke? Mohon pencerahan fair and lovely

[youtube]XhZlpJOZ4KM[/youtube]
Quote Decaffeinated 19-2-2024 04:17 PM
bodoh juga jepun ni ya.

takpe lah, semoga berjaya.
Quote epullipan 19-2-2024 05:54 PM
aik..dorang da boleh ke buat tentera..bukan ke larangan kepada Jepun..cuma yang ada jietai je
Quote wikedsaikel 20-2-2024 02:18 PM
epullipan: aik..dorang da boleh ke buat t ...
aku pon tertanya2 jugak ni
Quote AbukRokok 20-2-2024 07:12 PM
Kurex replied at 19-2-2024 11:29 AM
iols lebih suka askar rambut kemas mcm dekat tanah air.. nampak jantan. dulu pernah nampak 2 abg ter ...

mereka bertiga sesuatu sgt

Quote FOTHER-MUCKER 20-2-2024 09:35 PM
Rambo berambut panjang ok aja
Quote Dwdrum 21-2-2024 09:00 AM
Samurai army
Quote copy_paste 21-2-2024 10:15 AM
epullipan replied at 19-2-2024 05:54 PM
aik..dorang da boleh ke buat tentera..bukan ke larangan kepada Jepun..cuma yang ada jietai je

stil lagi xleh cuma panggilan tu tetap panggil tentera walaupun xde pertubuhan tentera
Quote juboqhang 21-2-2024 10:44 AM
Penangan Kpop

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.245505 second(s), 55 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top