CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya Rasa Dia Sakit, Tak Boleh Terima Perkahwinan Kami” – Ernie Zakri Jawab Tuduhan Jalin Hubungan Sulit Dengan Anwar

6-2-2024 10:00 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10135| Komen: 12

Description: Penyanyi tersohor, Ernie Zakri tampil memberikan respon setelah namanya terpalit dengan kontroversi hubungan sulit dengan pemuzik, Anwar Amzah.


Penyanyi tersohor, Ernie Zakri tampil memberikan respon setelah namanya terpalit dengan kontroversi hubungan sulit dengan pemuzik, Anwar Amzah.

Ditemui media, Ernie memaklumkan dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang menuduhnya menjalinkan hubungan sulit bersama Anwar sebagai tidak munasabah selain mendakwa dia telah diganggu oleh individu itu tersebut sudah beberapa tahun.


"Sebolehnya saya tak nak beri perhatian terhadap isu ini. Ia membuang waktu dan tenaga kerana saya memang sudah diganggu oleh peminat ini sudah beberapa tahun. Saya tak rasa dia layak mendapat komen daripada saya. Saya tak mahu tahu kewujudan mereka."

Tambah Ernie lagi, individu itu seolah-olah mempunyai masalah kesihatan mental kerana sering mengambil tahu perihal hidup dan keluarganya.


"Saya rasa kami (dia dan Anwar) diganggu orang yang sama. Ketika diberitahu pihak Anwar, kami tergelak sebenarnya. Mesej ini dah selalu kami dapat. Saya hanya minta Anwar bertenang dan tidak buat sebarang kenyataan. Individu ini seperti banyak masa menggali kehidupan masa kini dan lampau saya."

Berikutan gangguan yang diterimanya itu, ibu kepada seorang cahaya mata itu kini lebih berhati-hati memuat naik sebarang hantaran media sosial kerana bimbang individu tersebut akan bertindak melampau di kemudian hari.

"Apa yang terjadi ini buatkan saya dan Syamel lebih berhati hati dan menjaga hubungan kami. Mungkin pendedahan di media sosial juga perlu ditambah baik lagi. Tak semua suka tengok kita berdua dan berkongsi video manis. Hal ini terjadi mungkin disebabkan cemburu."

Terdahulu, pemuzik Anwar Amzah tampil mendedahkan di media sosialnya mengenai tangkap layar memaparkan individu cuba menuduhnya menjalinkan hubungan terlarang dengan seorang penyanyi wanita yang bergelar isteri orang dipercayai Ernie Zakri.

SUMBER : Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 6-2-2024 11:35 AM
dia ni memang taste2 noqnoq ke
Quote Pumpkinhead 6-2-2024 02:33 PM
bagus ernie ignore je lepas ni....jgn lupa buat report polis
Quote mojarean_X 6-2-2024 05:30 PM
Sape anwar hamzah ni? Anwar ibrahim kenal lah
Quote winky1 6-2-2024 05:33 PM
Bukan ditambah baik...dikurannnnnnggggkan.
Quote heythere123 6-2-2024 05:42 PM
omg so sheols nak kata Anwar Amzah ni yg gilakan sheols atau orang lain yg guna nama AA untuk burukkan sheols?????
Quote kaedahnya 6-2-2024 09:21 PM
heythere123: omg so sheols nak kata Anwar A ...

AA kena kacau ngan nurtizen IG, nurtizen tu tuduh dia scandal dengan EZ. pastu AA pun bagitau la dekat EZ. then EZ pun balas nurtizen yang sama jua suka duk kacau EZ. sekian.
Quote Tunakimchi 6-2-2024 11:34 PM
Siapa Anwar ni? Influencer ke?
Quote Suchi 6-2-2024 11:38 PM
Igtkan anwar ibrahim tadi hahah terkejut iols
Quote ReginaGeorge 7-2-2024 04:17 AM
Ez dah lama kena kacau oleh individu yg sama. Aa jer yg excited pung pang.. al maklumlah, jakun.
Quote sleepandream 7-2-2024 05:04 AM
netizen yg mental tu laki ke pompuan ke dua alam?
motif nak jeles dgn si ernie ni?
Quote Kurex 8-2-2024 09:16 AM
eni, makin lama kau dah tak classy mcm mana kau mula2 nyanyi dekat kenduri org kawen balik2 lagu seri mersing tu jah.. cuba kau senyap & jangan layan. dah la ntah sap2 laki ni. btw dr kecik memang kau taste nonoq kan.. nasib baik kau tak taste kurex time tu. kohkohkohkoh
Quote AppropriateNick 10-2-2024 11:39 PM
Kurex replied at 8-2-2024 09:16 AM
eni, makin lama kau dah tak classy mcm mana kau mula2 nyanyi dekat kenduri org kawen balik2 lagu ser ...

yes, mmg makin lama makin tak classy, tak salah gedik tp biar bertempat la. ini aku tgk tiap masa jek, memula dulu dah agak aura semacam sejenis suka nonoq ke

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.050576 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top