View: 10015|Reply: 12
|
“Saya Rasa Dia Sakit, Tak Boleh Terima Perkahwinan Kami” – Ernie Zakri Jawab Tuduhan Jalin Hubungan Sulit Dengan Anwar
[Copy link]
|
|
Penyanyi tersohor, Ernie Zakri tampil memberikan respon setelah namanya terpalit dengan kontroversi hubungan sulit dengan pemuzik, Anwar Amzah.
Ditemui media, Ernie memaklumkan dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang menuduhnya menjalinkan hubungan sulit bersama Anwar sebagai tidak munasabah selain mendakwa dia telah diganggu oleh individu itu tersebut sudah beberapa tahun.
"Sebolehnya saya tak nak beri perhatian terhadap isu ini. Ia membuang waktu dan tenaga kerana saya memang sudah diganggu oleh peminat ini sudah beberapa tahun. Saya tak rasa dia layak mendapat komen daripada saya. Saya tak mahu tahu kewujudan mereka."
Tambah Ernie lagi, individu itu seolah-olah mempunyai masalah kesihatan mental kerana sering mengambil tahu perihal hidup dan keluarganya.
"Saya rasa kami (dia dan Anwar) diganggu orang yang sama. Ketika diberitahu pihak Anwar, kami tergelak sebenarnya. Mesej ini dah selalu kami dapat. Saya hanya minta Anwar bertenang dan tidak buat sebarang kenyataan. Individu ini seperti banyak masa menggali kehidupan masa kini dan lampau saya."
Berikutan gangguan yang diterimanya itu, ibu kepada seorang cahaya mata itu kini lebih berhati-hati memuat naik sebarang hantaran media sosial kerana bimbang individu tersebut akan bertindak melampau di kemudian hari.
"Apa yang terjadi ini buatkan saya dan Syamel lebih berhati hati dan menjaga hubungan kami. Mungkin pendedahan di media sosial juga perlu ditambah baik lagi. Tak semua suka tengok kita berdua dan berkongsi video manis. Hal ini terjadi mungkin disebabkan cemburu."
Terdahulu, pemuzik Anwar Amzah tampil mendedahkan di media sosialnya mengenai tangkap layar memaparkan individu cuba menuduhnya menjalinkan hubungan terlarang dengan seorang penyanyi wanita yang bergelar isteri orang dipercayai Ernie Zakri.
SUMBER : Beautifulnara
|
|
|
|
|
|
|
|
dia ni memang taste2 noqnoq ke |
|
|
|
|
|
|
|
bagus ernie ignore je lepas ni....jgn lupa buat report polis |
|
|
|
|
|
|
|
Sape anwar hamzah ni? Anwar ibrahim kenal lah |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ditambah baik...dikurannnnnnggggkan. |
|
|
|
|
|
|
|
omg so sheols nak kata Anwar Amzah ni yg gilakan sheols atau orang lain yg guna nama AA untuk burukkan sheols????? |
|
|
|
|
|
|
|
heythere123: omg so sheols nak kata Anwar A ...
AA kena kacau ngan nurtizen IG, nurtizen tu tuduh dia scandal dengan EZ. pastu AA pun bagitau la dekat EZ. then EZ pun balas nurtizen yang sama jua suka duk kacau EZ. sekian. |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa Anwar ni? Influencer ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Igtkan anwar ibrahim tadi hahah terkejut iols |
|
|
|
|
|
|
|
Ez dah lama kena kacau oleh individu yg sama. Aa jer yg excited pung pang.. al maklumlah, jakun. |
|
|
|
|
|
|
|
netizen yg mental tu laki ke pompuan ke dua alam?
motif nak jeles dgn si ernie ni? |
|
|
|
|
|
|
|
eni, makin lama kau dah tak classy mcm mana kau mula2 nyanyi dekat kenduri org kawen balik2 lagu seri mersing tu jah.. cuba kau senyap & jangan layan. dah la ntah sap2 laki ni. btw dr kecik memang kau taste nonoq kan.. nasib baik kau tak taste kurex time tu. kohkohkohkoh |
|
|
|
|
|
|
|
yes, mmg makin lama makin tak classy, tak salah gedik tp biar bertempat la. ini aku tgk tiap masa jek, memula dulu dah agak aura semacam sejenis suka nonoq ke
|
|
|
|
|
|
|
| |
|