CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keluarga Lelaki Maut Didakwa Diserang Anggota Polis Tuntut Keadilan - “Kami Mahu Keadilan Untuk Mohd Hafiz”

5-2-2024 10:26 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9951| Komen: 20

Description: ALOR SETAR: Keluarga lelaki yang maut selepas didakwa diserang anggota polis ketika ditahan di Langkawi Isnin lalu, menuntut pembelaan di atas kematian mangsa.


ALOR SETAR: Keluarga lelaki yang maut selepas didakwa diserang anggota polis ketika ditahan di Langkawi Isnin lalu, menuntut pembelaan di atas kematian mangsa.

Adik mangsa, Salwana Salleh, meminta pihak polis mengemukakan penjelasan berhubung kejadian yang tular di media sosial itu.

Salwana mengesahkan kematian abangnya, Mohd Hafiz Salleh di Facebook, kelmarin.

Beliau berkata, jenazah Mohd Hafiz dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini, untuk proses bedah siasat sebelum dibawa kembali ke Langkawi untuk urusan pengebumian.

“Kami mahu hak keadilan untuk Mohd Hafiz. Doakan abang saya, doakan keadilan untuk arwah,” katanya dalam muat naik di Facebook hari ini.

Rakaman video yang tular itu memaparkan sekurang-kurangnya tujuh anggota polis dilihat menggunakan kekerasan ketika menahan seorang lelaki, dipercayai Mohd Hafiz.

Seorang daripada angggota polis dilihat menendang bahagian belakang lelaki terbabit, sebelum menggari tangan mangsa.

Rakaman sama turut memaparkan Mohd Hafiz ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), sebelum mayatnya diuruskan bagi proses pengebumian.

Sementara itu, seorang pengguna Facebook dikenali Putera Aizo, mendakwa mangsa meninggal dunia pada Khamis lalu selepas dua hari dirawat di ICU Hospital Sultanah Maliha, Langkawi.

Dakwanya, kejadian itu berlaku ketika serbuan sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Langkawi di stesen minyak di Ayer Hangat, pada 29 Januari lalu.

“Pergelutan antara mangsa dan polis berlaku selama beberapa minit, mangsa cedera parah di kepala dan bahagian lain dan terpaksa dimasukkan ke ICU kerana koma.

“Arwah menghembuskan nafas terakhirnya pada 1 Februari lalu selepas dua hari bertarung nyawa. Dia dikebumikan di Kampung Ewa, Langkawi. Al-Fatihah,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 5-2-2024 11:23 AM
Kalau betul positif dadah OK ja mati.
Quote Skuau 5-2-2024 11:25 AM
#BLM
Quote lilacomot 5-2-2024 11:29 AM
kalau berkaitan dadah ni kalu mampos pun xpe...sampah masyarakat
Quote Thunderclouds 5-2-2024 11:38 AM
Penagih ka?
Soklan siriyus.
Quote prettyuglybabe 5-2-2024 11:39 AM
dia ingat narkotik ni jenis main serbu macam tahan orang random tepi jalan agaknya..
dah sah sah dorang dah follow berapa lama sebelum serbu..
kalau tokan tu, elok la mampus dari terus merosakkan anak bangsa..
cuba tanya salwana tu narkotik tahan atas alasan apa..
abangnya tu kalau tak bersalah, melawan ke tak masa kena tahan..
sure family tak terjawab kan..
ayat koman cakap tak tau kenapa, abang kami baik hormat orang tua jiran jiran binatang binatang solat tak tinggal hafal muqaddam..
Quote NazRysha 5-2-2024 11:42 AM
Lahanat punya polis
Dasar polis samseng
Setuju keluarga mangsa ambil tindakan
Polis banyak makan duit haram
Sebab tu perangai lahanat
masuk polis ni semua budak2 samseng agaknya
Perlu ke buat orang macam tu sekali

Quote vanillaninja 5-2-2024 11:48 AM
So memang because of drugs ke?
Quote manehnya 5-2-2024 01:41 PM
Mengedar ke... Tanya family dia
Quote s@s@ 5-2-2024 02:10 PM
dgn melayu kena keras sikit
Quote mizruncing 5-2-2024 02:53 PM
baca komen ramai ckp sbb drugs? so klu btol no wonder laa diperlakukan mcm tu. kalau family tau arwah mendadih ptt dari awal dah nasihat. bukan dah mati mcm ni baru nk tegakkan keadilan bagai. tp tunggu jela siasatan.. dah viral kann
Quote penmerah 5-2-2024 03:16 PM
though tak setuju pulis belasah orang (tapi dihati kecil setuju jerk kalau belasah maknusia jahat)
tapi... tapi ... tapi.... kulit tebal betul ahli keluarga ni buat statement soci morni macam kan adik nya ittew manusia tawaduk
bluweeeek tak malu


kalau tokan dadah... mampos pun tape
hidup menyusahkan masyarakat
Quote SWORKS27 5-2-2024 03:20 PM
jahat sekalipun, jangan la belasah sampai nak mati...ni dah jadi mcm ni..dah satu hal pulak pulis nak kena siasat Bagai..
Quote tikusmontok 5-2-2024 03:25 PM
NazRysha replied at 5-2-2024 11:42 AM
Lahanat punya polis
Dasar polis samseng
Setuju keluarga mangsa ambil tindakan

Kannnnn...patutnya kena lemah lembut sopan santun nak menahan org, 'boleh hulurkan tangan sedara, saya nak gari sikit ni'. Gitewww..
Quote zorrro_03 5-2-2024 03:29 PM
lilacomot replied at 5-2-2024 11:29 AM
kalau berkaitan dadah ni kalu mampos pun xpe...sampah masyarakat

kalau makan dadah sorang2 boleh laa nak simpati sikit2.  tapi kalau confirm tokan, keluar masuk lokap, elok sgt jimatkan terus.  
Quote Skuau 5-2-2024 03:31 PM
s@s@ replied at 5-2-2024 02:10 PM
dgn melayu kena keras sikit

"butul abang...sama kita bangla..kasi la limbut sikit.."-Abangla
Quote Binodino 5-2-2024 03:36 PM
Kalau tokan, eloklah meninggal.
Kalau sendiri menagih & tak insaf2, eloklah meninggal.

Quote prettyuglybabe 5-2-2024 03:59 PM
vanillaninja replied at 5-2-2024 11:48 AM
So memang because of drugs ke?

kalau takat curi milo, buat penat je narkotik turun
Quote vanillaninja 5-2-2024 04:22 PM
prettyuglybabe replied at 5-2-2024 07:59 AM
kalau takat curi milo, buat penat je narkotik turun

Alhamdulillah. Good riddance kekdahnya.
Quote Cyempaka 5-2-2024 05:00 PM
aku ingat salwana salleh kawan aku. gigih cari fb, rupanya salwana lain.
Ya Tuhan huru haranya ayat kau dek salwana oi. nak tumpang kepoh pun x selera

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:14 AM GMT+8 , Processed in 0.120294 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top