CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wujud Cubaan Culik Taib Mahmud Dari Hospital Oleh Ahli Keluarga, Polis Sahkan Ada Terima Laporan

6-2-2024 09:47 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8634| Komen: 7

Description: Memetik Malaysiakini, polis mengesahkan bahawa pihak mereka ada menerima laporan bahawa bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Abdul Taib Mahmud didakwa telah diculik dari hospital oleh seorang ahli kelu ...


Memetik Malaysiakini, polis mengesahkan bahawa pihak mereka ada menerima laporan bahawa bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Abdul Taib Mahmud didakwa telah diculik dari hospital oleh seorang ahli keluarganya.

Meninjau laporan polis yang dilaporkan pada hari Ahad lalu, Taib difahamkan sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi Pusat Pakar Perubatan Normah di Kuching.

Dalam laporan tersebut, seorang ahli keluarga Taib hadir ke hospital pada malam Sabtu dan telah mencabut serta mengeluarkan semua peralatan perubatan yang melekat pada tubuh Taib tanpa memaklumkan kakitangan hospital.



Taib kemudiannya dibawa di atas kerusi roda dan diusung keluar dari hospital sebelum dibawa menaiki sebauh kenderaan.

Laporan polis kedua oleh ahli keluarga Taib yang lain dilaporkan telah dibuat pada Ahad berdasarkan laporan pertama.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Mancha Ata menerusi satu kenyataan memaklumkan kes berkenaan sedang disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan dan meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi.

Tindakan menyebarkan maklumat palsu boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan iatu kesalahan fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan perkhidmatan rangkaian dan lain-lain,” 

Sumber – Malaysiakini


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AkokKocik 6-2-2024 10:05 AM
Quote adiksha 6-2-2024 10:21 AM
tak sabar nak tunggu next episod!
Quote rbmy 6-2-2024 10:23 AM
dan dan kena culik..
Quote beautifulorchid 6-2-2024 10:25 AM
teringat kes sultan kelantan..kene colek masa kat spital kelantan.
Quote Pumpkinhead 6-2-2024 02:37 PM
wah drama baru bermula
Quote kaseh80 6-2-2024 03:34 PM
Telenovela
Quote MisXoXo 6-2-2024 06:06 PM
Ni kes bini dia dgn ank2 taib kan.harta warisan tu ..bimbang diambil sepenuhnya oleh isteri mngkin.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-2-2024 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.108733 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top