CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dikecam Bawa ‘Ikon Pers*ndalan’ Hot Daddy Ke Podcast, Influencer Pertahan Tindakan – “Pahit Manis Memang Kena Telan”

6-2-2024 10:07 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10665| Komen: 34

Description: Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai tindakan influencer Bros Gang TV yang membawa tertuduh kes persundalan di media sosial yang dikenali sebagai Hot Daddy sebagai tetamu jemputan ke Podcast me ...


Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai tindakan influencer Bros Gang TV yang membawa tertuduh kes persundalan di media sosial yang dikenali sebagai Hot Daddy sebagai tetamu jemputan ke Podcast mereka.

Netizen tampil mempersoalkan keperluan BGTV menjemput lelaki itu yang secara terang-terangan terlibat dalam aktiviti persundalan dan zina di media sosial malah telah pun didakwa di mahkamah atas tuduhan tersebut.

Meskipun dikecam, influencer tersebut tampil membuat kenyataan berbaur mempertahankan tindakan mereka menjemput tertuduh kes persundalan tersebut.


Kata BGTV, podcast yang dianjurkan mereka adalah berkonsepkan realiti kehidupan dan akan terus menentang mereka yang melakukan perkara tidak bermoral.

"Untuk pengetahuan semua, BGTV tidak pernah menyokong mana mana pihak yang melakukan perkara yang tidak bermoral. Malah, BGTV melawan dan mencegah perkara-perkara tersebut."



"Di dalam podcast tersebut, beberapa perkara yang telah berlaku. Perdebatan yang hebat telah berlaku antara kami dan tetamu. BGTV adalah satu platform reality showcase. Maka segala video yang dikeluarkan berdasarkan realiti kehidupan."

“Pahit manis memang kena telan. Semoga kita semua sentiasa dirahmati.” jelas mereka lagi.

Meskipun penjelasan telah dibuat, masih ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan BGTV yang seolah-olah menjana keuntungan di sebalik konon-konon ingin memberi ‘awareness’ kepada orang ramai.


Namun ada juga yang bersetuju dengan alasan influencer terbabit menjemput lelaki berkenaan ke ‘podcast’ tersebut.

Sumber : Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaninja 6-2-2024 10:12 AM
What did I just read. Memang tak nais? Gerak lak? Rempitnya bahasa
Quote ifanonline 6-2-2024 10:21 AM
permintaan kpd produk dan service sex semakin meningkat di kalangan rakyata malaysia...masakan tidak, ramai dok joget2 tunjuk tetek online jual krim, serum dan ubat di kalangan wanita melayu semakin menjadi-jadi...

Quote pearl.silver 6-2-2024 10:29 AM
Sah la bgtv tu pun customer tetap
Tu boleh gelak2 lg

Kt fb skang dok viral kartun bdk laki tgh tgk blue kt tv tiba2 bapak balik
Ramai la jantan2 komen cerita pengalaman masing2
Geli btul. Benda aib tu dah xmalu nk canang satu malaysia.
Quote Thunderclouds 6-2-2024 10:38 AM
Budak khalass blakang jadik influenza, yg hadap pon 2x5 khalass blakang.
Sapa layan podcast gini bingai.
Quote cikatilia 6-2-2024 10:50 AM
bahasanya cacat bebena
Quote mojarean_X 6-2-2024 10:53 AM
X suka youtuber ni. Dh lah x herlokk lps tu angkat issue2 mcm ni dan sasarkan pd generasi2 muda
Quote sranua 6-2-2024 10:55 AM
Rosaknya generasi oleh sebab kedangkalan berfikir di aras rendah.
Quote mojarean_X 6-2-2024 10:55 AM
Baik ko g jemput dan main game je ngan benjamin netannyahu ala2 nk open sgt youtuber ni
Quote aciksenah 6-2-2024 11:00 AM
Cara influencer nak cepat famous..tungggang isu yang viral.
Quote plywood 6-2-2024 11:04 AM
aku malas nak tengok...

cuma aku terfikir ada asas atau tak poing yang mereka cakap

klu ianya digambarkan untuk memberi pengajaran, pilihan jalan hidup yang tak bagus,  etc maka mungkin ada juga asasnya tetapi klu tujuan tak jelas atau sengaja nak tunuk bagus bangga ker tu yang tak bagus
Quote batmana 6-2-2024 11:08 AM
Lagi elok bawa tentera IDF gal Gadot tu temuramah..dari bwa manusia terang2 berzina bagai.. cam xde maruah punya org
Quote shida81 6-2-2024 11:10 AM
Yg tgk tu bdk2 yg blum cukup akal.. Ntah apa yg dorang dpt dr podcast tu...
Quote epullipan 6-2-2024 11:17 AM
terpaling hot daddy..da takde org lain ke nak bg naik rating ko tu
Quote ayukpingu 6-2-2024 11:25 AM
contoh yang tak baik utk semua. patut banned aje dia ni. jgn keluar dlm media sosial.
ada cara lain la kalau nak cari duit.
setan betul ikut perangai mat salleh buat aksi tak senonoh ni
Quote ChildrenOfBodom 6-2-2024 11:33 AM
alaa peliwat juboq jantan pon ramai media yg cover, yg tu hampa takmau kecam pulak...

anyway apa beza kalau mhi ka majalah 3 intebiu banduan, pesalah juvana, pengkid, rempit dsbnya? sama ja kan
Quote azimodin 6-2-2024 02:21 PM
Yang penting jangan bagi view. Lagi banyak orang view, lagi la sedap mangkok ayon ni cari orang2 tagune sebagai guest. Level ni je ke podcast orang melayu. Cuba dengar podcast BFM, ada jugak faedah.
Cuba la interview anak2 melayu yg berjaya dalam bidang professional (bukan por**), bagi semangat sikit anak2 muda di luar sana. Artis2 pon ada je yang educated macam vanida imran & najwa latif.
Quote dua_chzy 6-2-2024 02:22 PM
Bangsa Melayu memang kuat ngesek.

Tengok Harakah. Tengok Mingguan Wanita. Tengok produk ketat ketet. Cukop lah.
Quote Pumpkinhead 6-2-2024 02:28 PM
yang host podcast tu pun 2x5...5x2.
Quote kelip2_07 6-2-2024 02:47 PM
apsal muka yg pkai spek tu mcm muka alip tiiga

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.059310 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top