CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Insentif RM2,000 penjawat awam dibayar pada 23 Februari ini – PM

6-2-2024 10:10 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11518| Komen: 43

Description: PUTRAJAYA – Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) akan disalurkan kepada penjawat awam pada 23 Februari ini.


PUTRAJAYA – Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) akan disalurkan kepada penjawat awam pada 23 Februari ini.

Berita baik itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena majlis perhimpunan warga Kementerian Kewangan di sini, hari ini.

Anwar berkata, ia akan membabitkan bayaran insentif sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

“Turut disalurkan sebanyak RM1,000 kepada semua jawatan utama sektor awam melibatkan polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.

“Bayaran insentif RM1,000 turut disalurkan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen,” katanya.

Insentif itu diumumkan Perdana Menteri pada pembentangan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober tahun lalu. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zuraidah1 6-2-2024 10:31 AM
aku state pahang ni sebulan sengah gaji bila nk kuar surat ni
Quote Thunderclouds 6-2-2024 11:11 AM
Harap xmeratip merintih tehimpit utk persediaan ank² nk masuk sekolah & raya.
Kalo bbunyi jugak harap kna busung!
Quote Pumpkinhead 6-2-2024 02:36 PM
dah dapat tu harap guna sebaiknya la....kita yg swasta ni telan air liur je
Quote nikaido 6-2-2024 03:35 PM
Pumpkinhead replied at 6-2-2024 02:36 PM
dah dapat tu harap guna sebaiknya la....kita yg swasta ni telan air liur je


Dah 2024 pun pakai ayat mcm ni lagi
Quote midori888 6-2-2024 04:00 PM
alhamdulillah...rezeki org gomen...
Quote otai_g 6-2-2024 04:03 PM
Pumpkinhead replied at 6-2-2024 02:36 PM
dah dapat tu harap guna sebaiknya la....kita yg swasta ni telan air liur je

Itu masalah ko lah. Ko nak bonus mintk lah kat bos ko. Btw aku pun swasta Dan aku x batak pun bila kakitangan awam dpt bonus.
Quote lea_kdo 6-2-2024 04:23 PM
swasta lagi berbulan-bulan bonus...
gomen baru nk merasa, tu pun 2k je
Quote NazRysha 6-2-2024 04:24 PM
jap lagi swasta memekak la
padahal cth bank dapat bonus 12 bulan
kaunter bukak 2 jer
lagi haramj
Quote zuriey 6-2-2024 04:46 PM
Alhamdulillah "m40 tersepit" menarik napas lega
Sesambil drive dlm jem tayang logo H
Boleh la bt beli baju sekolah anak
Lepas habis duit meratib lagi m40 tersepit kikiki
Quote Antifake 6-2-2024 04:53 PM
Kalau dulu depa panggil ini semua dedak. Sekarang ni apa pulak
Quote tripleid 6-2-2024 04:58 PM
i love pmx
Quote puan_rohayu 6-2-2024 06:50 PM
Antifake: Kalau dulu depa panggil ini se ...
ikut suka nkpggil apa yg penting PRU lambat lg.Kau blh undi siapa yg kau nak,zmn skrg nkmaki hamun kerajaan pn blh kt TikTok bkn zmn dulu yg ada ISA.Jgn kau buat ugutan jenayah dan isu 3R sudah.BTW PRN di 6buah negeri dulu pn kakitgn awam dapat rm800 walaupun xngundi dinegeri2 tersebut pun.Untunglah kakitgn awam.
Quote zamzam 6-2-2024 06:53 PM
Pumpkinhead replied at 6-2-2024 02:36 PM
dah dapat tu harap guna sebaiknya la....kita yg swasta ni telan air liur je

Swasta bukan ada bonus ker?
Quote wikedsaikel 6-2-2024 07:26 PM
Kenapa tak bagi masa raya cina?
Quote Suchi 6-2-2024 07:28 PM
zamzam replied at 6-2-2024 06:53 PM
Swasta bukan ada bonus ker?

Kalau bos kata takde untung takde la bonus haha camtu la kot

Kadang tu bos bg org tertentu je dan meminta org tu jgn kecoh2 laaa
Bos tak mampu nk bg semua tp ada org2 yg dia rasa layak mendapat bonus sbb bekerja keras

Quote midori888 6-2-2024 08:07 PM
Edited by midori888 at 6-2-2024 08:10 PM

Biasa bulan 2, 3 or 4 adalah musim company2 dlm industry meols nie kasi bonus kat staff2. Also musim staff2 tender letter and jump to company lain sbb dpt better offer. Tetiap tahun mcm tu lah...take the bonus, pastu join company lain.
Quote pooh~key 6-2-2024 08:09 PM
Pumpkinhead replied at 6-2-2024 02:36 PM
dah dapat tu harap guna sebaiknya la....kita yg swasta ni telan air liur je

Syarikat swasta kau tak bagi bonus 6bulan gaji ke dekkkkk? Lemah dek.
Quote Antifake 7-2-2024 01:34 AM
puan_rohayu: ikut suka nkpggil apa yg penti ...
ya puan. Lama lagi pilihanraya. Doa jangan musibah berlaku kat negara kita.
Quote FlexyFox 7-2-2024 02:04 AM
Thunderclouds replied at 6-2-2024 11:11 AM
Harap xmeratip merintih tehimpit utk persediaan ank² nk masuk sekolah & raya.
Kalo bbunyi jugak har ...

HA HA HA...  thunderous bunyinya ayat2 amaran kau ni...

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.168020 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top