CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tahun Baharu Cina: 400,000 Dijangka Masuk Ke Malaysia Dari Singapura

6-2-2024 06:40 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6007| Komen: 22

Description: JOHOR BAHRU: Lebih 400,000 pengembara dijangka memasuki Malaysia menerusi Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), I ...


JOHOR BAHRU: Lebih 400,000 pengembara dijangka memasuki Malaysia menerusi Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Iskandar Puteri, sempena Tahun Baharu Cina pada 10 dan 11 Feb ini.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor Baharuddin Tahir berkata kesemua agensi berkaitan akan beroperasi secara penuh bagi melicinkan aliran di kedua-dua laluan masuk itu.

Beliau berkata Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura turut memberikan komitmen sama, sekali gus menjelaskan JIM Johor mengambil beberapa inisiatif termasuk membuka kesemua kaunter pemeriksaan di CIQ BSI dan KSAB.

“BSI sebanyak 284 kaunter pemeriksaan dan KSAB 169 kaunter (dibuka). Kita akan beroperasi pada kadar maksimum di semua mod laluan masuk termasuk kereta, bas, lori dan motosikal,” katanya pada sidang media Inisiatif Mengatasi Kesesakan di CIQ BSI dan KSAB Sempena Persediaan Menghadapi Tahun Baharu Cina dan Cuti Sekolah di sini hari ini.


Baharuddin berkata laluan kontra bas di BSI akan diaktifkan, yang akan mengurangkan masa menunggu sebanyak 50 peratus.

Beliau berkata kawalan keselamatan dan trafik juga akan dijalankan secara bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Bahagian Penguatkuasa JIM.

"Selain itu, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) turut bersedia untuk menempatkan pegawai kastam dan semua laluan pemeriksaan penumpang masuk dan keluar, dibuka sepenuhnya.
“Ia bagi memastikan kelancaran pemeriksaan di semua lokasi pemeriksaan kastam selama 24 jam, bermula 7 hingga 12 Feb 2024. Laluan pemeriksaan kargo akan dibuka sepenuhnya sebagaimana keperluan operasi pada tempoh tersebut," katanya.

Sementara itu, Baharuddin berkata sebanyak 348,693 pengembara dicatatkan memasuki negara ini menerusi CIQ BSI dan KSAB, dalam tempoh dua hari sambutan Tahun Baharu Cina pada 20 dan 21 Jan 2023.

Beliau berkata setakat 31 Jan lepas, lebih 5.2 juta pengembara direkodkan memasuki negara ini menerusi CIQ BSI dan KSAB.

Sumber -- BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote white_musk 6-2-2024 06:56 PM
Tak best ke CNY di singpura?
Quote mojarean_X 6-2-2024 07:00 PM
white_musk replied at 6-2-2024 06:56 PM
Tak best ke CNY di singpura?

Sedara mara dorang byk kt sini
Quote jejai 6-2-2024 07:21 PM
Masuk jangan isi minyak ron95 pulak
Quote akies 6-2-2024 07:42 PM
jejai replied at 6-2-2024 07:21 PM
Masuk jangan isi minyak ron95 pulak

Ramai je isi minyak ron95. Huhu
Quote Zazama 6-2-2024 10:20 PM
And ramai la nanti mendadih minyak malaysia. Pihak dan staff stesen minyak wajar buat persediaan.
Quote Decaffeinated 6-2-2024 11:02 PM
Sila2.... dump your money here.

SGD is king.
Quote Pumpkinhead 7-2-2024 08:24 AM
wah 400,000 dijangka masuk tu...chaiyokkk staff kastam, imigresen. Semangat kerja.
Quote saden 7-2-2024 09:42 AM
white_musk replied at 6-2-2024 06:56 PM
Tak best ke CNY di singpura?

singapore takleh bakar mercun. jenuhla orang jb, kena dengar mercun tengahmalam 30 minit continuous.
Quote ilacantik 7-2-2024 10:08 AM
Meols dah plan, cuti 4 hari spring cleaning rumah, nak  tukar langsir utk raya, update toilet dgn barang2 IKEA baru. Lepas tu kalau tak penat, nak cycle separuh pulau. JB, Melaka,Ipoh, Penang, Genting termasuk Batam akan kebanjiran pelancong dan pelencong dari Singapore. Ingat nak ke Batam, rate hotel naik 3 x ganda chuols.
Kat SG, mall2 kejiranan kalau 1st day of  CNY, macam kena serang zombie chuols. Sunyi- sesunyinya. Bolehlah joget TikTok kat dlm mall.
Quote tripleid 7-2-2024 12:14 PM
pastu bangga Msia masuk top10 pelancong asing teramai..padahal yg ramai 'pelancong asing' seberang tambak tu jah
Quote stingergrumpy 7-2-2024 12:30 PM
white_musk replied at 6-2-2024 06:56 PM
Tak best ke CNY di singpura?

Best sana 1 bahagian. Best sini 3.5 bahagian.
(Read: SIN1= RM3.5)

Ko ghaser?

Quote stingergrumpy 7-2-2024 12:33 PM
Decaffeinated replied at 6-2-2024 11:02 PM
Sila2.... dump your money here.

SGD is king.

Pengurup wang semerata jb,melaka,kl.....24/7 operations dari esok ke hari jumaat dengarnyer....red carpet utk warga singapura...
Quote stingergrumpy 7-2-2024 12:38 PM
saden replied at 7-2-2024 09:42 AM
singapore takleh bakar mercun. jenuhla orang jb, kena dengar mercun tengahmalam 30 minit continuou ...

Dengar citer org spore engage the johoreans utk bakar mercun utk mereka nonton....jadi tak payah risk anak anak melecur kena merecun....currency 3.5 remember? Boleh beri johoreans tambah pendapatan...

Berani sporeans belanja kheunz?

Quote Decaffeinated 7-2-2024 01:03 PM
jejai replied at 6-2-2024 07:21 PM
Masuk jangan isi minyak ron95 pulak

Kalau aku tokey stesen minyak aku toleh ke lain ja dorang nak isi satu lori pun. Bukan aku yang buat sabsidi pun padan muka polisi gomen bodoh
Quote Decaffeinated 7-2-2024 01:05 PM
stingergrumpy replied at 7-2-2024 12:33 PM
Pengurup wang semerata jb,melaka,kl.....24/7 operations dari esok ke hari jumaat dengarnyer....red ...

Pengurup wang so yesterday la. Kat singapore takde internet eh?

Quote johan-adx 7-2-2024 01:06 PM
apa lg speedtrap la..sblm keluar kena langsaikan..
ron95 pun jaga2..
Quote insulin 7-2-2024 01:10 PM
Decaffeinated replied at 7-2-2024 01:03 PM
Kalau aku tokey stesen minyak aku toleh ke lain ja dorang nak isi satu lori pun. Bukan aku yang bu ...

Polisi apa yang bodoh tu?
Quote Decaffeinated 7-2-2024 01:19 PM
insulin replied at 7-2-2024 01:10 PM
Polisi apa yang bodoh tu?

Jual tapi tak jual, eh bodoh kan.

Ko pernah pi oversea kan? Tell me ada ka negara lain buat macam tu? pastu ko letak beban pada peniaga pula nak pastikan polisi bodoh tu works. Lepas tu salahkan myanmar.



Quote KamikuP 7-2-2024 03:37 PM
Pekan Taiping jem la sampai malam huhuhuhu

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 12:17 PM GMT+8 , Processed in 0.367404 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top