View: 10116|Reply: 20
|
Keluarga Lelaki Maut Didakwa Diserang Anggota Polis Tuntut Keadilan - “Kami Mahu Keadilan Untuk Mohd Hafiz”
[Copy link]
|
|
ALOR SETAR: Keluarga lelaki yang maut selepas didakwa diserang anggota polis ketika ditahan di Langkawi Isnin lalu, menuntut pembelaan di atas kematian mangsa.
Adik mangsa, Salwana Salleh, meminta pihak polis mengemukakan penjelasan berhubung kejadian yang tular di media sosial itu.
Salwana mengesahkan kematian abangnya, Mohd Hafiz Salleh di Facebook, kelmarin.
Beliau berkata, jenazah Mohd Hafiz dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini, untuk proses bedah siasat sebelum dibawa kembali ke Langkawi untuk urusan pengebumian.
“Kami mahu hak keadilan untuk Mohd Hafiz. Doakan abang saya, doakan keadilan untuk arwah,” katanya dalam muat naik di Facebook hari ini.
Rakaman video yang tular itu memaparkan sekurang-kurangnya tujuh anggota polis dilihat menggunakan kekerasan ketika menahan seorang lelaki, dipercayai Mohd Hafiz.
Seorang daripada angggota polis dilihat menendang bahagian belakang lelaki terbabit, sebelum menggari tangan mangsa.
Rakaman sama turut memaparkan Mohd Hafiz ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), sebelum mayatnya diuruskan bagi proses pengebumian.
Sementara itu, seorang pengguna Facebook dikenali Putera Aizo, mendakwa mangsa meninggal dunia pada Khamis lalu selepas dua hari dirawat di ICU Hospital Sultanah Maliha, Langkawi.
Dakwanya, kejadian itu berlaku ketika serbuan sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Langkawi di stesen minyak di Ayer Hangat, pada 29 Januari lalu.
“Pergelutan antara mangsa dan polis berlaku selama beberapa minit, mangsa cedera parah di kepala dan bahagian lain dan terpaksa dimasukkan ke ICU kerana koma.
“Arwah menghembuskan nafas terakhirnya pada 1 Februari lalu selepas dua hari bertarung nyawa. Dia dikebumikan di Kampung Ewa, Langkawi. Al-Fatihah,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau betul positif dadah OK ja mati.
|
|
|
|
|
|
|
|
#BLM |
|
|
|
|
|
|
|
kalau berkaitan dadah ni kalu mampos pun xpe...sampah masyarakat |
|
|
|
|
|
|
|
Penagih ka?
Soklan siriyus. |
|
|
|
|
|
|
|
dia ingat narkotik ni jenis main serbu macam tahan orang random tepi jalan agaknya..
dah sah sah dorang dah follow berapa lama sebelum serbu..
kalau tokan tu, elok la mampus dari terus merosakkan anak bangsa..
cuba tanya salwana tu narkotik tahan atas alasan apa..
abangnya tu kalau tak bersalah, melawan ke tak masa kena tahan..
sure family tak terjawab kan..
ayat koman cakap tak tau kenapa, abang kami baik hormat orang tua jiran jiran binatang binatang solat tak tinggal hafal muqaddam..
|
|
|
|
|
|
|
|
Lahanat punya polis
Dasar polis samseng
Setuju keluarga mangsa ambil tindakan
Polis banyak makan duit haram
Sebab tu perangai lahanat
masuk polis ni semua budak2 samseng agaknya
Perlu ke buat orang macam tu sekali
|
|
|
|
|
|
|
|
So memang because of drugs ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Mengedar ke... Tanya family dia |
|
|
|
|
|
|
|
dgn melayu kena keras sikit |
|
|
|
|
|
|
|
baca komen ramai ckp sbb drugs? so klu btol no wonder laa diperlakukan mcm tu. kalau family tau arwah mendadih ptt dari awal dah nasihat. bukan dah mati mcm ni baru nk tegakkan keadilan bagai. tp tunggu jela siasatan.. dah viral kann |
|
|
|
|
|
|
|
though tak setuju pulis belasah orang (tapi dihati kecil setuju jerk kalau belasah maknusia jahat)
tapi... tapi ... tapi.... kulit tebal betul ahli keluarga ni buat statement soci morni macam kan adik nya ittew manusia tawaduk
bluweeeek tak malu
kalau tokan dadah... mampos pun tape
hidup menyusahkan masyarakat
|
|
|
|
|
|
|
|
jahat sekalipun, jangan la belasah sampai nak mati...ni dah jadi mcm ni..dah satu hal pulak pulis nak kena siasat Bagai..
|
|
|
|
|
|
|
|
NazRysha replied at 5-2-2024 11:42 AM
Lahanat punya polis
Dasar polis samseng
Setuju keluarga mangsa ambil tindakan
Kannnnn...patutnya kena lemah lembut sopan santun nak menahan org, 'boleh hulurkan tangan sedara, saya nak gari sikit ni'. Gitewww.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau makan dadah sorang2 boleh laa nak simpati sikit2. tapi kalau confirm tokan, keluar masuk lokap, elok sgt jimatkan terus.
|
|
|
|
|
|
|
|
s@s@ replied at 5-2-2024 02:10 PM
dgn melayu kena keras sikit
"butul abang...sama kita bangla..kasi la limbut sikit.."-Abangla |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tokan, eloklah meninggal.
Kalau sendiri menagih & tak insaf2, eloklah meninggal.
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau takat curi milo, buat penat je narkotik turun 
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah. Good riddance kekdahnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku ingat salwana salleh kawan aku. gigih cari fb, rupanya salwana lain.
Ya Tuhan huru haranya ayat kau dek salwana oi. nak tumpang kepoh pun x selera  |
|
|
|
|
|
|
| |
|