CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tambah Nilai TNG Ewallet Guna Kad Kredit Dikenakan Caj 1 Peratus Mulai 23 Februari Ini

5-2-2024 10:00 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9733| Komen: 31

Description: TNG Digital Sdn Bhd (TNGD) akan mengenakan caj satu peratus untuk semua tambah nilai Touch n Go eWallet (TNG eWallet) menggunakan kad kredit mulai 23 Februari ini.


TNG Digital Sdn Bhd (TNGD) akan mengenakan caj satu peratus untuk semua tambah nilai Touch n Go eWallet (TNG eWallet) menggunakan kad kredit mulai 23 Februari ini.

Bagi tambah nilai melalui kad debit dan DuitNow, TNGD memaklumkan bahawa urus niaga itu kekal percuma tanpa sebarang caj.

Ketua Pegawai Operasi TNGD, Alan Ni, berkata langkah itu diambil bagi mengekang pengeluaran wang melampau menggunakan kad kredit ke akaun bank.

Selain itu, katanya, ia bagi mengurangkan kos besar kad kredit yang ditanggung oleh TNGD selama ini.

Sehubungan itu, beliau menyarankan pengguna TNG eWallet untuk menggunakan DuitNow untuk membuat tambah nilai kerana ia menggunakan proses pemindahan dana antara bank.

"Sebagai institusi kewangan terbesar yang menguruskan lebih 20 juta pengguna yang disahkan e-KYC (Kenali Pelanggan Anda Menerusi Platform Digital), kita mesti mencari keseimbangan antara kemudahan, keselamatan dan kemampanan kos jangka panjang syarikat.


"Untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna, kami masih membenarkan kad kredit sebagai satu daripada saluran tambah nilai tetapi kami juga menggesa pengguna untuk menambah nilai eWallet mereka melalui DuitNow atau kad debit, yang kedua-duanya adalah percuma.

"Apabila membuka akaun eWallet, pengguna diberikan nombor akaun DuitNow sama seperti akaun bank. Anda boleh menemui nombor akaun DuitNow ini pada bahagian profil eWallet," katanya.

Pada Oktober tahun lalu, TNGD pernah menurunkan had tambah nilai kad kredit percuma kepada RM1,000 sebulan berbanding RM5,000 sebelumnya.

Dengan langkah itu, TNGD menjelaskan , ia sebagai cara mengekang pengeluaran kad kredit ke akaun bank.

 

Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cantthinkofany 5-2-2024 10:26 AM
pusing2...rakyat akan sentiasa perlu pay for every single thing on top of the taxes yg semakin meningkat....tax kita orang tu guna utk apa dah sekarang ni ek.....
Quote rospinki 5-2-2024 10:36 AM
apakebodo guna ewallet tng ni dahla kena trf guna bank account satu keje plak nak kena top up pastu kena charga lagi. guna jelah debit card/online banking mcm biasa knpa perlu ewallet ooo dpt point kan? ahhh malas aku nk serabut kepala. debit card satu tu pon aku dh tak abis belanja
Quote A-Are 5-2-2024 10:43 AM
selalunya org topup tng pki cc sbb nak dapatkan cash...sekarang ni utk rm1000 transaksi pertama xda charge...after 1000 br kena 1%
Quote matamata 5-2-2024 10:55 AM
Laknat laaa
Quote cm_vungtau 5-2-2024 10:58 AM
cantthinkofany replied at 5-2-2024 10:26 AM
pusing2...rakyat akan sentiasa perlu pay for every single thing on top of the taxes yg semakin menin ...

Tax bayar kalah negara first world. Tapi facilities macam third world. Mana entah duit tu semua pergi
Quote Tinot7 5-2-2024 11:00 AM
Iols top up pakai bank transfer.. maleh nak pakai cc.. cc pun nak expire bln 5 ni
Quote Skuau 5-2-2024 11:14 AM
cantthinkofany replied at 5-2-2024 10:26 AM
pusing2...rakyat akan sentiasa perlu pay for every single thing on top of the taxes yg semakin menin ...

dibahagikan sesama gang..Ali Baba...la kaka/abang
Quote Skuau 5-2-2024 11:16 AM
Edited by Skuau at 5-2-2024 11:22 AM
cantthinkofany replied at 5-2-2024 10:26 AM
pusing2...rakyat akan sentiasa perlu pay for every single thing on top of the taxes yg semakin menin ...


guna untuk bayar rakyat yg dirogol,dicabul warga asing yg keberadaan mereka dinegara ini dgn/atas izin kerajaan(terdahulu dan sekarang)
Quote cantthinkofany 5-2-2024 11:18 AM
cm_vungtau replied at 5-2-2024 10:58 AM
Tax bayar kalah negara first world. Tapi facilities macam third world. Mana entah duit tu semua pe ...

tu yg aku pelik tu....kalau aku tak halalkan...rasa aku berdosa tak?....
Quote Skuau 5-2-2024 11:20 AM
cm_vungtau replied at 5-2-2024 10:58 AM
Tax bayar kalah negara first world. Tapi facilities macam third world. Mana entah duit tu semua pe ...


suda kasi rm100 sama u rakyat..lu olang mudah lupa ka???-seDAP jer ckp
Quote cm_vungtau 5-2-2024 11:45 AM
cantthinkofany replied at 5-2-2024 11:18 AM
tu yg aku pelik tu....kalau aku tak halalkan...rasa aku berdosa tak?....

Naper pulak kita berdosa you. Duit kita kan. Dahla tax on top of tax nak membayar pun pening. Kalau takde duit mati pulak keras kat rumah nanti. Kalau kat oversea, kalau takde duit mesti dapat bantuan ke haper. Ni nan hado. Tapi tax kemain gah macam la first world kengkononnya.
Quote kaseh80 5-2-2024 12:07 PM
Walanon KLepets marhaens lagi dan lagi
Quote cantthinkofany 5-2-2024 12:16 PM
cm_vungtau replied at 5-2-2024 11:45 AM
Naper pulak kita berdosa you. Duit kita kan. Dahla tax on top of tax nak membayar pun pening. Kala ...

serabut dah ni....subsidi semua nak tarik...medical kena beli insurance sendiri...tax semakin menaik....ni boss baru announce bonus yellek...increment yellek....benci betollllllllllllllllllll......
Quote sayurmayur88 5-2-2024 01:00 PM
aiyooo, orang topup pakai cc sebb terdesak kot, daripada kluar cash dari bank guna cc banayk fees.
serabut lah skarang ni...
Quote Nurul8001 5-2-2024 01:13 PM
rospinki replied at 5-2-2024 10:36 AM
apakebodo guna ewallet tng ni dahla kena trf guna bank account satu keje plak nak kena top up pastu  ...

Saya topap e wallet TNG utk topap kad touch n go guna NFC.
Selain dari tu, takde guna.
Quote Nurul8001 5-2-2024 01:16 PM
A-Are replied at 5-2-2024 10:43 AM
selalunya org topup tng pki cc sbb nak dapatkan cash...sekarang ni utk rm1000 transaksi pertama xda  ...

First time saya dengar ni.
Mcm mana pulak nak keluarkan duit dari e wallet TNG tu?
Quote Orix 5-2-2024 01:19 PM
haritu iols naik monorail guna touch n go kad member watsons. alih2 access denied, padahal baki dalam kad tu ada lg 70 lebih. pastu iols guna touch n go IC, sama jgak access denied. pegi dekat kaunter, staff tu check kan dia ckap TnG kad watsons iols dgan IC dh expired. Pulakkk... yg IC tu boleh aktifkan balik, yg dalam kad watsons tu kena report dgan TnG utk claim balik baki yg ada... mcm bongok je nak ada expiry date bagai utk TnG ni
Quote rospinki 5-2-2024 01:51 PM
Nurul8001 replied at 5-2-2024 01:13 PM
Saya topap e wallet TNG utk topap kad touch n go guna NFC.
Selain dari tu, takde guna.

aah senang..iols guna tng basic top up kt 7e/petrol station. top 10 ingget skli jalan esok top up lagi takde keje kan
Quote MissYouSayang 5-2-2024 02:00 PM
Kahkahkahh..langsung takde dalam manisfesto... Yg ada dalam manisfesto nak penjarakan jahid tak buat.. yg x de dlm manisfesto tu jgk nuart hanjeng buat mcm2

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 05:31 PM GMT+8 , Processed in 0.061294 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top