CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tiket Konsert ‘Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun Laku Keras - "Alhamdulilah. Terima Kasih Anak-Anak Mader Semua. Mader Sayang Korang". ...

5-2-2024 10:21 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15354| Komen: 93

Description: Umum mengetahui, penyanyi Siti Nordiana, bakal mengadakan konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun di Zepp Kuala Lumpur pada 11 Mei hadapan.


Umum mengetahui, penyanyi Siti Nordiana, bakal mengadakan konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun di Zepp Kuala Lumpur pada 11 Mei hadapan.

Berikutan daripada pengumuman tersebut, Siti Nordiana meluahkan rasa syukur apabila tiketnya laris bak pisang goreng panas sewaktu penjualan tiket bermula.

Terbaru, menerusi posting di Instagram, Nana memuat naik tangkap layar di mana kebanyakan tiket konsertnya sudah ‘sold out’. Menerusi posting tersebut juga, hanya berbaki beberapa zon sahaja lagi untuk dipenuhi oleh penonton.


"Alhamdulilah. Terima kasih anak-anak mader semua. Mader sayang korang".

Terdahulu, Nana berkata dia tidak bimbang dengan kritikan yang dilemparkan berikutan menggunakan gimik perkahwinan untuk konsert solonya.

Menurut Nana, konsep tersebut dipilih sebagai satu tanda penghargaan kepada peminat yang disifatkan sangat rapat dengannya sepanjang lebih dua dekad bergelar anak seni.

"Saya tak risau dikecam, apabila kita terangkan saya yakin netizen akan faham. Sebenarnya ini adalah konsep yang kita pilih dan lain daripada yang lain.

"Konsep konsert ini seolah-olah ‘berkahwin’ dengan peminat, seperti yang sedia maklum meraka sangat sayangkan saya. Saya nak hadiahkan sesuatu yang istimewauntuk mereka yang dah sokong saya dari tahun 1999 sampailah sekarang."


Sumber: Siti Nordiana/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 5-2-2024 10:46 AM
wahhh kerlassss.....
Siti Nordiana pun da ada konsert...

kita mau konsert Noraniza Idris... cammon laaaa....
Quote harkktuih 5-2-2024 11:01 AM
sementara itu, nek ani masih trauma dgr perkataan konsert, sambil ketap bibir tgk konsert org lain even konsert imran ajmain pun ramai yg dtg..
Quote tora216 5-2-2024 11:03 AM
5 sekawan ketap2 bibir la ni
Quote cik_ingeniare 5-2-2024 11:11 AM
bestnyaaaaa lahaiii
Quote Ahriman 5-2-2024 12:19 PM
Iols ade soft spot in my heart kat nana nih.mmng timbul balik dlm industri hiburan serius nak cari duit.jarang sangat buat kontrovesi.Tahniah and goodluck nana.
Quote sayurmayur88 5-2-2024 12:57 PM
see, orang2 msia banyak duit uollss
Quote dewi_rina 5-2-2024 01:32 PM
Alaaaaaaaa tak sempat, iols nak dengar lagu-lagu achik
Quote dewi_rina 5-2-2024 01:32 PM
sayurmayur88 replied at 5-2-2024 04:57 AM
see, orang2 msia banyak duit uollss

Duit str chuols
Quote rain2169 5-2-2024 01:49 PM
Kenapa panggil dia mader?
Quote deebiz14 5-2-2024 01:56 PM
Alhamdulillah... Good for her. Always on top! Semoga dipermudahkan.
p.s. Lelama rasa cringe plak sheols menggelar diri sendiri 'mader-mader' tu.
Quote sleepandream 5-2-2024 02:29 PM
semalam konsert liza hanim kan...
takde benang sheols naik pun?
konsert nek ani tu lupakan jelah... takleh blah bila iols ingat balik sheols jemput tokti dtg konsert sheols dolu... mesti tokti cakap jimat satu malam aku

Quote booty 5-2-2024 02:42 PM
dewi_rina replied at 5-2-2024 01:32 PM
Alaaaaaaaa tak sempat, iols nak dengar lagu-lagu achik

Tak sempat apa? Banyak lagi tiket blm terjual. Pi lh beli.
Quote NazRysha 5-2-2024 02:43 PM
kenapa dia bahasakan diri dia mader?
sendayan sgt
Quote shida81 5-2-2024 02:53 PM
NazRysha replied at 5-2-2024 02:43 PM
kenapa dia bahasakan diri dia mader?
sendayan sgt

Sis Sendayan dah Bandar skang :
Quote dewi_rina 5-2-2024 02:54 PM
Edited by dewi_rina at 5-2-2024 07:00 AM
booty replied at 5-2-2024 06:42 AM
Tak sempat apa? Banyak lagi tiket blm terjual. Pi lh beli.

Tak sempat menabung vip tu sold out ye box yg rm 4,888 tu.. ada beberapa vip box lagi available.. iols syak acik bawang 5 sekawan tu yg beli semua seat tu Oklah iols ambik memori berkasih jelah, pantas betul dorang ni

Quote sugarBunn 5-2-2024 03:01 PM
minit 1:30 kenapa fan panggil dia mader...

[youtube]wL8e18LPDos[/youtube]

Quote rayna_raynes 5-2-2024 03:08 PM
Meols setuju je kalau mana2 artis Malaysia ni buat konsert, dari jemput penyanyi Indonesia yang baru ada satu dua lagu hits buat konsert kat sini. lepas tu caprut2 Indon kata org Malaysia gilakan muzik Indon sbb muzik Malaysia tak berkualiti. Salah media dan org industri jugak bagi over exposure dekat lagu2 Indon sampai kalau konsert/show pun suruh nyanyi lagu Indon when lagu Malaysia banyak yg berjuta kali lg sedap
Quote DottieDot 5-2-2024 03:22 PM
laksmanabentan replied at 5-2-2024 10:46 AM
wahhh kerlassss.....
Siti Nordiana pun da ada konsert...



Honestly aiolss adalah antara orang yang akan p konsert dia ok.. Memang attitude out tapi dia punya seni untuk Tradisional dan Etnik Malaysia tu xde pada orang lain, duk terbayang je live² performance dia dedulu yang level artistic dan wowing tu..

Ku dah terlepas Liza Hanim aritu, hope dia akan buat lagi laa sure I attend.. Nana, memang x bape minta tapi impress sangat sebab tiket laju jalan dan good luck & tahniah semua especially to Nana !!!

Jac !! Harap soon dia pulak announce konsert solo.. Ini wajib !!!
Quote irvene 5-2-2024 04:00 PM
alaaa dh abis ke? kita suka lagu2 nana

Lihat semua komen(93)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.052211 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top