Umum mengetahui, penyanyi Siti Nordiana, bakal mengadakan konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun di Zepp Kuala Lumpur pada 11 Mei hadapan.
Berikutan daripada pengumuman tersebut, Siti Nordiana meluahkan rasa syukur apabila tiketnya laris bak pisang goreng panas sewaktu penjualan tiket bermula.
Terbaru, menerusi posting di Instagram, Nana memuat naik tangkap layar di mana kebanyakan tiket konsertnya sudah ‘sold out’. Menerusi posting tersebut juga, hanya berbaki beberapa zon sahaja lagi untuk dipenuhi oleh penonton.
"Alhamdulilah. Terima kasih anak-anak mader semua. Mader sayang korang".
Terdahulu, Nana berkata dia tidak bimbang dengan kritikan yang dilemparkan berikutan menggunakan gimik perkahwinan untuk konsert solonya.
Menurut Nana, konsep tersebut dipilih sebagai satu tanda penghargaan kepada peminat yang disifatkan sangat rapat dengannya sepanjang lebih dua dekad bergelar anak seni.
"Saya tak risau dikecam, apabila kita terangkan saya yakin netizen akan faham. Sebenarnya ini adalah konsep yang kita pilih dan lain daripada yang lain.
"Konsep konsert ini seolah-olah ‘berkahwin’ dengan peminat, seperti yang sedia maklum meraka sangat sayangkan saya. Saya nak hadiahkan sesuatu yang istimewauntuk mereka yang dah sokong saya dari tahun 1999 sampailah sekarang."
Post time 5-2-2024 12:19 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Iols ade soft spot in my heart kat nana nih.mmng timbul balik dlm industri hiburan serius nak cari duit.jarang sangat buat kontrovesi.Tahniah and goodluck nana.
semalam konsert liza hanim kan...
takde benang sheols naik pun?
konsert nek ani tu lupakan jelah... takleh blah bila iols ingat balik sheols jemput tokti dtg konsert sheols dolu... mesti tokti cakap jimat satu malam aku
Tak sempat menabung vip tu sold out ye box yg rm 4,888 tu.. ada beberapa vip box lagi available.. iols syak acik bawang 5 sekawan tu yg beli semua seat tu Oklah iols ambik memori berkasih jelah, pantas betul dorang ni
Meols setuju je kalau mana2 artis Malaysia ni buat konsert, dari jemput penyanyi Indonesia yang baru ada satu dua lagu hits buat konsert kat sini. lepas tu caprut2 Indon kata org Malaysia gilakan muzik Indon sbb muzik Malaysia tak berkualiti. Salah media dan org industri jugak bagi over exposure dekat lagu2 Indon sampai kalau konsert/show pun suruh nyanyi lagu Indon when lagu Malaysia banyak yg berjuta kali lg sedap
Post time 5-2-2024 03:22 PMFrom the mobile phone|Show all posts
laksmanabentan replied at 5-2-2024 10:46 AM
wahhh kerlassss.....
Siti Nordiana pun da ada konsert...
Honestly aiolss adalah antara orang yang akan p konsert dia ok.. Memang attitude out tapi dia punya seni untuk Tradisional dan Etnik Malaysia tu xde pada orang lain, duk terbayang je live² performance dia dedulu yang level artistic dan wowing tu..
Ku dah terlepas Liza Hanim aritu, hope dia akan buat lagi laa sure I attend.. Nana, memang x bape minta tapi impress sangat sebab tiket laju jalan dan good luck & tahniah semua especially to Nana !!!
Jac !! Harap soon dia pulak announce konsert solo.. Ini wajib !!!