CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kami Tidak Berpuas Hati Dengan Prestasi Kerja Ruhainies", Ruhainies Didakwa Tarik Diri Sebagai Duta Aurebella Beauty, Pengasas Alami Kemurungan Teruk ...

3-2-2024 10:56 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13486| Komen: 58

Description: Syarikat produk kecantikan, Aurebella Beauty memaklumkan pihaknya mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon jelita, Ruhainies yang didakwa telah melanggar kontrak dengan menarik diri dari ...



Syarikat produk kecantikan, Aurebella Beauty memaklumkan pihaknya mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon jelita, Ruhainies yang didakwa telah melanggar kontrak dengan menarik diri dari menjadi duta produk mereka iaitu Mixberries Royal Women.

Menerusi satu sesi sidang media yang dilakukan, Pengarah Urusan merangkap pengasas bersama Aurebella Beauty, Mohamad Aiman Hakim Nur Hashim mendakwa Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas telah menarik diri dari menjadi duta Aurebella Beauty.

Dakwa Aiman, pelakon berusia 31 tahun itu gagal menjalankan tugasnya sebagai duta produk Mixberries Royal Women sehingga mendatangkan ketidakpuasan hati syarikat terhadap prestasi kerjanya.

"Secara kasarnya kami tidak berpuas hati dengan prestasi kerja Ruhainies selepas dua bulan dilantik sebagai duta. Banyak perkara yang tidak dilakukan namun pihak kami masih belum boleh mendedahkannya".


Tambah Aiman, tindakan pelakon berusia 31 tahun itu telah menyebabkan dirinya mengalami masalah kemurungan yang sangat teruk. Bukan itu sahaja, syarikatnya juga mengalami kerugian yang sangat besar susulan penarikan diri Ruhainies sebagai duta.

"Saya alami kemurungan yang sangat teruk susulan kejadian ini. Tindakan Ruhainies telah merendahkan kredibiliti kami dan juga syarikat dan ianya bagi kami adalah satu penghinaan yang jelas.

"Pengunduran Ruhainies telah menyebabkan syarikat kami mengalami kerugian daripada majlis pelancaran, produk yang telah dicetak nama Ruhainies dan juga jualan daripada master stokis yang bersetuju untuk bersama kami".

Dalam pada itu, Aiman memaklumkan bahawa pihaknya akan mengambil tindakam undang-undang dan menuntut dua perkara kepada pelakon yang popular dengan drama ‘Lelaki Lingkungan Cinta’ itu.

"Kami akan mengambil tindakan undang-undang dan menuntut dua perkara.

"Pertama ialah Ruhainies perlu menanggung semua kerugian yang syarikat kami alami dan dia juga perlu membuat permohonan maaf secara terbuka".

Sumber : OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bambimo 3-2-2024 11:43 AM
Laa byk artis kat Malaysia ni napa la ambik dia
Quote Naftalena 3-2-2024 11:45 AM
cc: @shungai
Quote Suchi 3-2-2024 11:58 AM
Edited by Suchi at 3-2-2024 11:59 AM

Produk apa pun tak tahu
Brand pun tak biasa dengar
Produk timbang kati laa nihhhh

Diri sendiri pun tak dikenali
Herannya byk lak modal nk bayo retis bagai
Walau produk sendu jaaa
Nak kata produk sold out dlm masa 3 minit pun idak
Quote mrsLucky 3-2-2024 11:59 AM
Patut cari lah artis yang betul2 ada aura beauty dan berdisiplin.
Quote TomyamPuteh 3-2-2024 12:00 PM
Muka Kabupaten pun blh jadi duta produk?
Quote aina_shaira 3-2-2024 12:01 PM
Tak pernah dengar pun produk ni
Quote matjerk 3-2-2024 12:21 PM
Cadangan utk Ruhainees, jadi duta utk product akak dagu jer...
Buat cingcai2 pun takdop hal...
Quote matjerk 3-2-2024 12:22 PM
Naftalena replied at 3-2-2024 11:45 AM
cc: @shungai

Hahahahah aku ingat aku sorang je nak mencirit beliau di benang ni.
Quote kaedahnya 3-2-2024 12:36 PM
kalu ko nak saman sebab langgar kontrak pastu ruhanis pun cakap ko ala balai bab kontrak cemana?
pastu ko cakap ko murung, ruhanis mintak rekod perubatan cemana?
pastu ruhanis tambah lagi produk ko bahaya beserta bukti cemana?
kengkadang rasa berbusiness ni bermaksud perabih duik duk naik court saja huhu.
Quote sleepandream 3-2-2024 12:38 PM
entah sape2 duta diambiknyer...
Quote winky1 3-2-2024 12:45 PM
Pelakon jelita...
Quote emera 3-2-2024 12:47 PM
Nama product & company very the sampah sarap.
Quote sukacactus 3-2-2024 01:47 PM
Kata produk kecantikan
Awat duta xcantik pun
Dia ni dlm pic, in motion, irl, ntah kat mana cantiknya
Quote stania83 3-2-2024 03:10 PM
ruhainies dah banyak jadi duta, mesti dia tau selok belok..mesti ada yg tak kena tu
Quote delia3003 3-2-2024 03:15 PM
Edited by delia3003 at 3-2-2024 03:19 PM

Tak pernah dengar pun nama produk. Tengok komen balas Ruhainies, takde sign kontrak dan takde terima bayaran.

Over naw rasa bab kemurungan teruk tu. Mudah nye orang sekarang guna term kemurungan tu.
Quote noor2 3-2-2024 03:17 PM
Kemurungan teruk..pi la bunuh diri terjun jambatan penang atau sg kelantan nun
Quote delia3003 3-2-2024 03:20 PM
Berlumba lumba sekarang jual produk timbang kilo, ramai sangat ke customers.
Quote Nozot 3-2-2024 03:22 PM
Plot twist, katanya duta air liur ja, duit tak bayor..ruhainie dah balas tu
Quote phalanx 3-2-2024 04:16 PM
Yg penting Ruhainies high chance akan kalah sebab ada precedence dulu nelydia kalah dgn founder produk. Kena bayar ganti rugi

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.319567 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top