View: 13649|Reply: 58
|
"Kami Tidak Berpuas Hati Dengan Prestasi Kerja Ruhainies", Ruhainies Didakwa Tarik Diri Sebagai Duta Aurebella Beauty, Pengasas Alami Kemurungan Teruk ...
[Copy link]
|
|
Syarikat produk kecantikan, Aurebella Beauty memaklumkan pihaknya mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon jelita, Ruhainies yang didakwa telah melanggar kontrak dengan menarik diri dari menjadi duta produk mereka iaitu Mixberries Royal Women.
Menerusi satu sesi sidang media yang dilakukan, Pengarah Urusan merangkap pengasas bersama Aurebella Beauty, Mohamad Aiman Hakim Nur Hashim mendakwa Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas telah menarik diri dari menjadi duta Aurebella Beauty.
Dakwa Aiman, pelakon berusia 31 tahun itu gagal menjalankan tugasnya sebagai duta produk Mixberries Royal Women sehingga mendatangkan ketidakpuasan hati syarikat terhadap prestasi kerjanya.
"Secara kasarnya kami tidak berpuas hati dengan prestasi kerja Ruhainies selepas dua bulan dilantik sebagai duta. Banyak perkara yang tidak dilakukan namun pihak kami masih belum boleh mendedahkannya".
Tambah Aiman, tindakan pelakon berusia 31 tahun itu telah menyebabkan dirinya mengalami masalah kemurungan yang sangat teruk. Bukan itu sahaja, syarikatnya juga mengalami kerugian yang sangat besar susulan penarikan diri Ruhainies sebagai duta.
"Saya alami kemurungan yang sangat teruk susulan kejadian ini. Tindakan Ruhainies telah merendahkan kredibiliti kami dan juga syarikat dan ianya bagi kami adalah satu penghinaan yang jelas.
"engunduran Ruhainies telah menyebabkan syarikat kami mengalami kerugian daripada majlis pelancaran, produk yang telah dicetak nama Ruhainies dan juga jualan daripada master stokis yang bersetuju untuk bersama kami".
Dalam pada itu, Aiman memaklumkan bahawa pihaknya akan mengambil tindakam undang-undang dan menuntut dua perkara kepada pelakon yang popular dengan drama ‘Lelaki Lingkungan Cinta’ itu.
"Kami akan mengambil tindakan undang-undang dan menuntut dua perkara.
"ertama ialah Ruhainies perlu menanggung semua kerugian yang syarikat kami alami dan dia juga perlu membuat permohonan maaf secara terbuka".
Sumber : OhBulan |
|
|
|
|
|
|
|
Laa byk artis kat Malaysia ni napa la ambik dia |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Suchi at 3-2-2024 11:59 AM
Produk apa pun tak tahu
Brand pun tak biasa dengar
Produk timbang kati laa nihhhh
Diri sendiri pun tak dikenali
Herannya byk lak modal nk bayo retis bagai
Walau produk sendu jaaa
Nak kata produk sold out dlm masa 3 minit pun idak |
|
|
|
|
|
|
|
Patut cari lah artis yang betul2 ada aura beauty dan berdisiplin. |
|
|
|
|
|
|
|
Muka Kabupaten pun blh jadi duta produk? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pernah dengar pun produk ni |
|
|
|
|
|
|
|
Cadangan utk Ruhainees, jadi duta utk product akak dagu jer...
Buat cingcai2 pun takdop hal...
|
|
|
|
|
|
|
|
Naftalena replied at 3-2-2024 11:45 AM
cc: @shungai
Hahahahah aku ingat aku sorang je nak mencirit beliau di benang ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
kalu ko nak saman sebab langgar kontrak pastu ruhanis pun cakap ko ala balai bab kontrak cemana?
pastu ko cakap ko murung, ruhanis mintak rekod perubatan cemana?
pastu ruhanis tambah lagi produk ko bahaya beserta bukti cemana?
kengkadang rasa berbusiness ni bermaksud perabih duik duk naik court saja huhu. |
|
|
|
|
|
|
|
entah sape2 duta diambiknyer...
|
|
|
|
|
|
|
|
Nama product & company very the sampah sarap. |
|
|
|
|
|
|
|
Kata produk kecantikan
Awat duta xcantik pun
Dia ni dlm pic, in motion, irl, ntah kat mana cantiknya |
|
|
|
|
|
|
|
ruhainies dah banyak jadi duta, mesti dia tau selok belok..mesti ada yg tak kena tu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by delia3003 at 3-2-2024 03:19 PM
Tak pernah dengar pun nama produk. Tengok komen balas Ruhainies, takde sign kontrak dan takde terima bayaran.
Over naw rasa bab kemurungan teruk tu. Mudah nye orang sekarang guna term kemurungan tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Kemurungan teruk..pi la bunuh diri terjun jambatan penang atau sg kelantan nun |
|
|
|
|
|
|
|
Berlumba lumba sekarang jual produk timbang kilo, ramai sangat ke customers. |
|
|
|
|
|
|
|
Plot twist, katanya duta air liur ja, duit tak bayor..ruhainie dah balas tu |
|
|
|
|
|
|
|
Yg penting Ruhainies high chance akan kalah sebab ada precedence dulu nelydia kalah dgn founder produk. Kena bayar ganti rugi |
|
|
|
|
|
|
| |
|