CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Macam Oppa! Netizen Puji Aura Meerqeen, Hun Haqeem & Nadhir Nasar Macam Bintang KPOP

3-2-2024 10:47 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12680| Komen: 91

Description: Tiga jejaka yang mewarnai industri lakonan tempatan iaitu Hun Haqeem, Meerqeen dan Nadhir Nasar mencuri tumpuan ramai susulan penampilan mereka ketika menghadiri satu majlis, baru-baru ini.


Tiga jejaka yang mewarnai industri lakonan tempatan iaitu Hun Haqeem, Meerqeen dan Nadhir Nasar mencuri tumpuan ramai susulan penampilan mereka ketika menghadiri satu majlis, baru-baru ini.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, memaparkan Meerqeen bersama Hun dan Nadhir sedang menari dengan berlatar belakangkan lagu Tak Sanggup Terima nyanyian Sean Lee.


Video tersebut mendapat pelbagai respon daripada wargamanya yang rata-ratanya memuji kekacakan 3 sekawan ini. Malah mereka menyifatkan Hun, Meerqeen dan Nadhir mempunyai aura tersendiri yang membuatkan mereka kelihatan seperti bintang kpop.



Tidak kurang juga, ada yang menyamakan wajah ketiga-tiga jejaka kacak ini seperti artis kesayangan mereka antaranya Na In Woo dan Lee Jae Wook. Mereka turut menyuarakan pandangan agar Hun, Meerqeen dan Nadhir menubuhkan satu kumpulan ala-ala kpop tetapi versi Malaysia atau bergabung dalam satu filem atau drama yang diadaptasi daripada drama Korea.

Sumber: TikTok Meerqeen/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 3-2-2024 11:48 AM
Yeap gini la standard good looking bbnu retis 20an.

Kalau 30an, macam Fattah Amin tu ha.

Kalau 40an, macam Fahrin Ahmad.

50an, macam Rosyam Nor ka Pejal Hussein ka.

60an macam....Tak terfikir sapa contoh da....
Quote bambimo 3-2-2024 11:56 AM
Hun
Quote telracs 3-2-2024 12:12 PM
dua_chzy replied at 3-2-2024 03:48 AM
Yeap gini la standard good looking bbnu retis 20an.

Kalau 30an, macam Fattah Amin tu ha.

60an = AR Badul????
Quote heythere123 3-2-2024 12:27 PM
Hun & Nadhir je la meols ngetaste

mamat tak habis sekolah tu kosser la nak puji
Quote MINNIElove 3-2-2024 12:46 PM
Hun muka mcm pelakon marry my husband.
Quote MissYouSayang 3-2-2024 12:46 PM
Tak tahu nak pilih yg mana satu..smua muka swasta
Quote Perawankota 3-2-2024 01:03 PM
Jgnlah buat group.. Nanti jadik macam zaman2 dulu. Kumpulan Expression, anggota kumpulan Dato Eizlan Yusof, Norman Hakim dgn Dato Sany Salleh.. Menyanyi sikit punya hauk..
Quote LembingDayanti 3-2-2024 01:07 PM
semua muka filter. geli hakuuuu
Quote dua_chzy 3-2-2024 01:14 PM
telracs replied at 3-2-2024 04:12 AM
60an = AR Badul????

Ewwww tanak!

Sapa eh yang layak? Jaafar Onn kot kan?
Quote jejai 3-2-2024 01:31 PM
Be yourself la.berlumba2 nak jadi oppa.patut tunjuk budaya melayu biar orang luar pulak tiru kita
Quote minahmanja 3-2-2024 02:07 PM
dua_chzy replied at 3-2-2024 11:48 AM
Yeap gini la standard good looking bbnu retis 20an.

Kalau 30an, macam Fattah Amin tu ha.

Papa megah holding mungkin?
Quote Bergosip 3-2-2024 02:23 PM
skin tone nadhir putih ke? ke sebab filter


lain dari skin tone dia dalam drama
Quote jelitayu 3-2-2024 02:57 PM
kot sekali sekala nak tukar pesen ok laa....jng kau bawak imej cenggini je manjang...mmg hauk. jantan kena kelihatan mcm jantan laa....jng nak licin sana halus sini bagai...zizik lah...
Quote Nanadjo 3-2-2024 03:50 PM
dua_chzy replied at 3-2-2024 11:48 AM
Yeap gini la standard good looking bbnu retis 20an.

Kalau 30an, macam Fattah Amin tu ha.

60an of course la eman manan, still hot like pisang goreng. Tok mal pun still ok lagi tapi idok la pelakon mana pun.
Quote dua_chzy 3-2-2024 04:23 PM
Nanadjo replied at 3-2-2024 07:50 AM
60an of course la eman manan, still hot like pisang goreng. Tok mal pun still ok lagi tapi idok la ...

Jaafar Onn maintain awet muda motif chuols tak pudjiiiii
Quote caca_eric 3-2-2024 04:48 PM
Bergosip replied at 3-2-2024 02:23 PM
skin tone nadhir putih ke? ke sebab filter



Diorg tu semua filter dan mekap tebal sbb pg event
Kalau tak mekap semua muka awam.. berlengas je masing2
Quote SalenaGomez 3-2-2024 06:50 PM
dua_chzy: Yeap gini la standard good loo ...


60an nordin ahmad, jins shamsudin la kot
Quote SalenaGomez 3-2-2024 06:51 PM
Edited by SalenaGomez at 3-2-2024 06:53 PM

Double post





Quote SalenaGomez 3-2-2024 06:51 PM
Edited by SalenaGomez at 3-2-2024 06:54 PM

Dp



Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.061070 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top