CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Suka Gosip Tau, Tak Baik Fikir Bukan-Bukan’ – Dikaitkan Ada Masalah Rumahtangga, Siti Nurhaliza Kongsi Gambar Dengan Datuk K

3-2-2024 10:39 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10629| Komen: 41

Description: Selepas kecoh mengenai hantaran berkaitan rumah tangga, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil menjernihkan desas-desus yang bertebaran di media sosial.


Selepas kecoh mengenai hantaran berkaitan rumah tangga, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil menjernihkan desas-desus yang bertebaran di media sosial.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Siti memuat naik foto bersama suami tercinta, Datuk Seri Khalid Jiwa atau Datuk K bersama dua anak mereka ketika sambutan ulang tahun Siti ke-45 yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Di kapsyen, Siti atau mesra disapa Tokti memohon agar orang ramai tidak mudah membuat spekulasi hanya berdasarkan hantaran yang telah dikongsikan.


"Suka gosip tau. Tak baik fikir bukan-bukan".

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan kebahagiaan keluarga Siti.

Sebelum ini, Siti berkongsi tentang bagaimana layanan seorang suami kepada isteri, ujian terbesar isteri, dan enam alasan kenapa suami tidak boleh membentak isteri.


Susulan tindakan itu, rata-rata warganet mula membuat andaian dan mengaitkan dengan rumah tangga Siti dengan Datuk K.

Bagaimanapun, difahamkan, hantaran tersebut telah dipadam selepas dikongsikan di media sosial.

Untuk rekod, Siti berkahwin dengan Datuk K pada 21 Ogos 2006 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.

Sumber: Instagram/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sisturNgensot 3-2-2024 06:39 PM
ada ke yg berani nak caras
Quote Bonger 3-2-2024 06:42 PM
Beliau pon nak attention jugakkk.dia pon tau netizen Malaysia ni macam mana kan.... bijak toktii
Quote Bonger 3-2-2024 06:45 PM
Saje je ehhh nak attention...lagipun beliau tau netizen Malaysia ni macam mana...bijakk toktii...
Quote anarina 3-2-2024 07:08 PM
BEH TUUU TIBERHH UPLOAD TAK SWMENA MENA KENAPAAAA
Quote Pak.dolla 3-2-2024 07:16 PM
.
.
nk jd mcm lembaga terpaling ke?
Quote noor2 3-2-2024 07:26 PM
Biasa yg try hard tunjuk bahagia tu la yg sebaliknya...
Quote sleepandream 3-2-2024 07:59 PM
tokti baru repost quote pun dah gegar satu malaya yach...
penangan nombor syatuuuu
Quote hyie 3-2-2024 09:43 PM
sleepandream replied at 3-2-2024 07:59 PM
tokti baru repost quote pun dah gegar satu malaya yach...
penangan nombor syatuuuu

yang penting tokti bawak lagu usah ditambah bara yang tersimpan sangat sedap khuenz sis
Quote Rogue98 3-2-2024 09:51 PM
Kesian tokti....semoga aman2 jer dgn tok k.
Quote Afifi82 3-2-2024 09:52 PM
Sape buat baju Tokti ni. Kedut2 yang perut tu, xlawa la..
Quote sleepandream 3-2-2024 10:21 PM
hyie replied at 3-2-2024 09:43 PM
yang penting tokti bawak lagu usah ditambah bara yang tersimpan sangat sedap khuenz sis

sedap sis... masuk je suara haelina iols terbayang siti shower... choiiii sgt...
tapi afwa makin comel yach... dah boleh jalan sendiri kejap je dah besar..
Quote kaedahnya 4-2-2024 01:13 PM
mana dia post tu? mana? mana?
Quote she 4-2-2024 01:20 PM
Kecewa betul nengok pemilihan baju CT ni
Dia sesuai pakai baju warna gelap
Hijau Pas ni jugak dibedalnya
Quote honeybee1802 4-2-2024 02:31 PM
she replied at 4-2-2024 01:20 PM
Kecewa betul nengok pemilihan baju CT ni
Dia sesuai pakai baju warna gelap
Hijau Pas ni jugak dibeda ...

Well...taste dia mmg gitu...
Quote kotakominami 4-2-2024 03:27 PM
Wat u giv u get back
Quote little_sis 4-2-2024 04:33 PM
Comelnya anak dia yg boy tu…
Quote Suchi 4-2-2024 09:36 PM
she replied at 4-2-2024 01:20 PM
Kecewa betul nengok pemilihan baju CT ni
Dia sesuai pakai baju warna gelap
Hijau Pas ni jugak dibeda ...

Tahun 2012-2013 dulu iols suka kaler hijau bold ni gigih la duk cari baju kaler gitu masa tu kan trend color blocking.
La ni tk minat sgt dah lebih suka olive green ka army green camtu
Warna hijau mcm anak lelaki dia tu pakai tu ker
Earth tone gituhhhh
Quote theotherfriend 4-2-2024 10:49 PM
iols tengok suaminya senyum dari hati, sang isteri nampak pura2 happy.

Iols doakan yang baik2 sahaja..
Quote MissVixen 4-2-2024 11:12 PM
Ct caras ni baju hodoh dulu, kini dan selamanya. Tok kertu lagi moden dan elok bajunya.

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.063100 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top