CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bangla Lagi Kaya Meniaga Di Malaysia

9-12-2015 03:33 PM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 4690| Komen: 9

Description: Banyak kejayaan warga asing yang berjaya menjana pendapatan lumayan di bumi Malaysia.

sumber imej: Mynewshub


Oleh : Fyruz Hanna

Bukan cerita dongeng. Banyak kejayaan warga asing yang berjaya menjana pendapatan lumayan di bumi Malaysia.

tatkala ramai yang mengeluh dengan undang-undang ketat untuk memulakan perniagaan di Malaysia, seorang bangla ini nampaknya membuktikan bukan susah untuk berjaya berniaga di Malaysia.

Kisah kejayaan warga asing ini dikongsi oleh saudara Shaari Annur di laman Facebook. Sekali pandang memang nampak seperti bangla mencuci kereta sahaja. Tetapi awas, kejayaannya mampu buat anda cemburu:


Dalam tulisannya:

Nak kenal Uncle sebelah kanan tu?
Yang sebelah kiri, mungkin tak minat kan, ala Bangla je pun…
Tapi Bangla bukan sebarang Bangla ye…
Jap, cerita pasal uncle ni dulu…

Uncle ni owner deretan kedai kat area Kenanga Wholesale center…
Tak kenal? Tempat paling happening untuk Belian Borong di KL tu.,,,
Kedai 4 tingkat, deretan tu ada lebih 10 unit dia punya…
Kalau 1 kedai nilai 5 million, kali dengan 10 dah berapa..
Itu kat situ je….
Cerita uncle ni…
Dulu, beliau budak kampung merantau ke ibu kota…
Sampai KL, bekerja jual baju kat pasar malam..
Berkat kerajinan dia, lama lama tauke bagi dia ambik baju secara hutang,,,
Untuk dijual sendiri….
Bila start berniaga, prinsip dia, hutang orang mesti dibayar dulu…
Kena dapat kepercayaan dari orang lain….
Kemudian, dia berjaya kembangkan business,,,
Dia mampu menyewa kedai kecil, untuk dijadikan tapak tetap…
Cerita beliau lagi, dia mengamalkan prinsip bercermat cermat…
Ada duit, dia simpan, kalau belum kaya, jangan sesekali mengaku kita kaya
Dan jangan sibuk nak tunjuk kat orang lain yang diri kita dah kaya….
Dan masa dia berniaga, rekod beliau cukup bersih…
Semua hutang dibayar ontime, base on janji dibuat…
Dan semua suppliers bagi dia bernaiga secara hutang …
Kerana dah dapat kepercayaan….
Hasil simpanan beliau, beliau berjaya beli tanah di area Pudu, atau kawasan Jalan kenanaga
“Dulu dulu, harga murah, orang tak nak beli tanah kawasan tu,,,
Tempat gangster bermaharajalela..” .cerita beliau…

Then bila ada modal lagi, dia gunakan modal 30 percent, dan 70% percent dia buat pinjaman bank…
Untuk bina bangunan….
Kat kepala dia, dia bukan buat pinjaman,,,
Tapi beliau buat Joint Venture dengan Bank…
Kalaulah dia boleh bayar balik, bangunan tersebut akan jadi hak milik beliau sepenuhnya….
Dan yang penting, payment dengan bank mesti cantik.
Jangan sesekali rosakkan kepercayaan yang diberikan…..
Seronok dapat berborak dengan uncle ni, beruntung saya dapat interview orang lama yang banyak pengalaman….
Bukan senang nak cari owner tuan punya bangunan yang komersial ditengah tengah bandar KL ni…..
Umur pon dah 80 tahun dah…
Pesanan dia, nak berniaga, berniaga lah awal awal…
Macam dia dulu, sekolah pon tak abis….
Kerja dengan ornag, kemudian terus berniaga dengan quantity pakaian yang sedikit….

Lagi satu, kata beliau…
Dah tua tua sebegini, tak ada value dah kaya raya pon…
Tak ada apa nak dibanggakan dah…..
Semua kekayaan akan diturunkan pada anak anak,…
Anak anak beliau sendiri pon semua dah ada business masing masing….
Siapa pulak Bangla tu?
Dialah owner kedai textile …
Salah seorang penyewa uncle tu…..
Sewa kat bawah saja dah 7 ribu…
Hebat Bangla sekarang kan…?

Yelah, orang melayu tak suka berniaga…
Kata Bangla ni, depan saya dan uncle ni…
Pergi Chow Kit, penuh dengan peniaga Indon….
Pergi kawasan Kota Raya, ramai peniaga Nepal yang makan sireh….
Pergi Bukit Bintang, makin banyak restaurant arab, nasi arab kepunyaan bangsa arab….
Panjang lebar Bangla ni membebel…
Panas jugak telinga saya, pedih pon ada…..
Apapun, pesan terakhir uncle, tak kisah Bangsa apa pun kamu…
Kalau kamu rajin, kamu akan dapat ganjaran….
Memang betul kata Uncle ni, even kata kata Bangla ni pon…
Walaupon pahit dan pedas,,,,
Inject kat saya semangat dan motivasi….
Dalam hati saya, kalaulah saya tak buat saham amanah saya lagi, dan masih berkerja….

Hari ni jugak saya masuk opis untuk hantar surat resign…
Business kain pon tak pe, janji..Kaya…..
Kalau rasa bermanfaat dengan cerita ni, sila share…
Biar orang lain dapat manfaat sama…
Hidup ni kita kena saling berkongsi…
Anda ada satu ilmu, saya ada satu ilmu…
Kita Tukar tukar, saya dah ada dua ilmu, kamu pon ada dua ilmu…Kan?

Persoalannya mengapa kita sering memberi alasan untuk berjaya, bak kata pepatah yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.
-CARI Infonet. 


sumber: mynewshub
20

Bagus
7

Marah
14

Terkejut
5

Sedih
7

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote armin 20-2-2016 08:57 AM
Apa yang melayu malasnya? Bangla nI katak bawah tempurung ke? Punyala ramai melayu rajin meniaga. Kat uptown downtown pasar mall ramai je melayu. Lagipun kalau kau tak nampak melayu berniaga mungkin kau tak pernah shopping online kot.
Quote makbudakcomel 10-12-2015 03:17 PM
kedai bangla ni mahal la... takde orang beli sgt pun
Quote manjalara_01 10-12-2015 12:22 AM
incrossroad: >Dah tua tua sebegini, tak ada value dah kaya raya pon… sedih betul, walaupun kaya macam mana pun, masa tidak boleh dipanjangkan  dapat max pun 10  ...
hari yg paling menyedihkan ialah hari kematian diri sndiri.....
mcm selfish je bunyinye...uhuhuhuhu....
Quote cheezel 9-12-2015 09:35 PM
Aku kerja hari2 menghadap dorang ni. Ramai je aku tgk jadi director company. Senang2 je. Dengan jam tangan emas dia lagi. Fuhh
Quote incrossroad 9-12-2015 09:27 PM
>Dah tua tua sebegini, tak ada value dah kaya raya pon…
sedih betul, walaupun kaya macam mana pun, masa tidak boleh dipanjangkan

dapat max pun 10 - 15 tahun dapat hidup, lepas itu kena juga jumpa Maker
Quote setokinpurple 9-12-2015 08:27 PM
Bangla ni ada putih sikit. Pakai qu puteh ka?
Quote Skuau 9-12-2015 06:07 PM
SPRM,PBT tolong siasat bagaimana warga asing(Bangla ini)boleh berniaga di negara ini sedangkan undang2 negara tidak membenarkannya.
Quote giyomi 9-12-2015 06:03 PM
Kebanyakkan org kita harap subsidi dgn alasan negara ini milik depa
Quote aduh2sayang 9-12-2015 05:30 PM
habis orang kita malas...impian tinggi

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:38 AM GMT+8 , Processed in 0.037956 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top