CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

M.Nasir Okay Je Lagu Ciptaan Tak Masuk AJL

31-12-2023 06:33 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 49803| Komen: 24

Description: Komposer dan penghibur legenda, Datuk M Nasir, 66, menerima dengan hati yang terbuka apabila lagu ciptaannya, Menyantun Kasih nyanyian Siti Nordiana gagal mara ke Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38).M N ...
Komposer dan penghibur legenda, Datuk M Nasir, 66, menerima dengan hati yang terbuka apabila lagu ciptaannya, Menyantun Kasih nyanyian Siti Nordiana gagal mara ke Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38).


M Nasir berkata, pihaknya juga akur dengan keputusan juri membabitkan pemilihan lagu yang mara ke acara berprestij itu.


"Kita kena terimalah apa yang juri rasa dan fikir masa proses penjurian itu. Ada lagu lain yang dicalonkan kali ini mungkin lebih bagus dari lagu (Menyantun Kasih) itu," katanya.

Mengenai pemilihan 12 lagu yang mara pula, kata M Nasir, pada pandangannya semua lagu yang berjaya mara ke AJL38 juga okay.

"Ia bergantung pada 'mood' dan 'rasa' keadaan sekarang," katanya.

Sementara itu, ditanya lagu untuk Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) pula, kata M Nasir, selaku Duta Kemanusiaan atau 'Goodwill Ambassador', dia juga ada perancangan untuk menghasilkan lagu khusus untuk persatuan itu.


"Banyak perkara yang perlu dilakukan untuk mendekatkan lagi Mercy Malaysia dengan masyarakat," katanya.

Kali terakhir M Nasir tampil mempertandingkan karyanya di AJL adalah menerusi lagu Awan Nano nyanyian Hafiz Suip yang turut diangkat sebagai Juara Lagu ke-26 pada 2011.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote annadonna 31-12-2023 09:05 PM
Entahnya. Memang tak best lagu tu. M nasir pun tau lagu tu tak capai kpi. Entah lagu lagu serpihan mana dia bagi. Nana pun bukan dlm kondisi terbaik skrg. Eloklah tak masuk. Tak rela iols nengok wanita selembut nana asyik dikecam dek pelbagai isu.
Quote sleepandream 31-12-2023 09:54 PM
dorang taktau ke m. nasir pun banyak produce lagu tak sedap?
same goes to melly goeslow
Quote wirazam 31-12-2023 10:26 PM
Edited by wirazam at 31-12-2023 10:30 PM

Lagu tu bukannya datuk m Nasir nih cipta khas utk nana kan..so what to expect..asalkan dibyr sudah..
Dulu dulu..composer yg sumbangkan lagu minta penyanyi sekian sekian utk nyanyi sebab penyanyi yg lebih popular dan boleh jual hasilkarya diaorg...teringat satu cerita ada sorang penyanyi yg x glamor dan popular tapi kena nyanyi lagu demo utk certain penyanyi top supaya penyanyi top boleh mudah buat pilihan lagu mana yg dia nak dan suka utk nyanyi
Skrg nih..dah byk dah composer yg ada suara yh sedap Dan boleh pasarkan sendiri hasil karya lagu yg dihasilkan..tak perlukan org ketiga tolong jual...
Quote buragazz 1-1-2024 07:39 PM
Lagu tu memang tak sedap.. maaf sangat2 aku dengar 1st time aku cam.. betul ker lagu M.Nasir ni.. lagi satu Nana punya Dynamic tak macam Tok Ti.. lagi sedap lagu baru Nana.. maybe lagu Tok Sir ni tak suntik Leman..
Quote kitaserupaaa 1-1-2024 08:50 PM
Tok m nasir ni antara artis / komposer yg paling banyak terima royalti kt msia kan? Setakat 1 lagu x lepas ajl, tak terjejas kredibiliti pun. Lagu2 dia pun banyak dh evergreen & still dimainkan sampai skrg
Quote cap_ayam 1-1-2024 08:56 PM
Duit pun dah banyak
Quote sambaldurian 2-1-2024 02:34 AM
Teringat dia jd ketua juri AJL pilih lg tolong ingatkan aku, kontroversi jgk la lagu tu menang. Lagu ajai nurul pun wlupun org x puas hati jd juara ada tahun bila ntah, bg aku 'sedap' la jgk dr tlg ingatkan aku. Sorry AR.
Quote penjarasgbuloh 2-1-2024 09:26 AM
Aku suka M.Nasir dari dulu sampai sekarang. Bila dah tua ni baru aku rasa ke'deepán lagu dia.
Quote prince_marhaen 2-1-2024 02:39 PM
wirazam replied at 31-12-2023 10:26 PM
Lagu tu bukannya datuk m Nasir nih cipta khas utk nana kan..so what to expect..asalkan dibyr sudah.. ...

zaman-zaman dulu tokti pun banyak nyanyi demo dulu pastu klu dia tak nak, komposer bagi org lain.. so bnyk la demo dia nyanyi, antaranya lagu Jac - Di Bawah Pohon Asmara, Marsha - Untuk Terakhir Kali, lagu2 komposer masa siti zaman2 SRC dulu, lagu2 iklan..lagu kempen2 Malaysia..  masyuk ooo buat demo..  hehehe.. tapi paling banyak demo Juwita Suwito lah, adik Aubrey Suwito... sampai ke lagu final bebudak AF semua dia demo kan.. hehehe..
Quote dekmieDandy 3-1-2024 11:17 AM
sayang betul, best lagu ni

dia macam lagu tradisional yang ada dark vibe sikit

best la compare dengan lagu shiha tu
Quote Pumpkinhead 29-1-2024 10:22 AM
M.Nasir dah tahap legend dia dah tak kisah lagu dia masuk ke tidak AJL...dia terus berkarya je tanpa perlu bersaing
Quote lasagna 29-1-2024 10:28 AM
dia pun tak heran dah.. tok sir pun dah byk lagu hebat dolu2
Quote gerbera.memopad 29-1-2024 10:37 AM
Jadi juara AJL pun dah berapa kali dah, dah tak heran sangat pun kut.

Anyway, Tok Nasir makin berusia, nampak makin elok ya
Quote refleCtion 29-1-2024 11:00 AM
dulu masa misha x lepas ke ajl lagu nafas cahaya toksir mcm merempan jgk, sentap kot kalah dgn lagu zapin cinta sms kumpulan senario
Quote jas7512 29-1-2024 11:12 AM
Lagu2 m nasir lately byk x sedap dr sedap..barangkali kwn2 seperjuangan byk yg dah xde mungkin ada impaknya juga....walaupun ku.mknat mnasir ni dr sek ren lagi
Quote YomiuriLandMae 29-1-2024 06:37 PM
skrg ni byk komposer prolifik dulu2 dah hilang taring bila compose lagu baru.. ntah la maybe peredaran zaman kot..
Quote sleepandream 29-1-2024 08:09 PM
jas7512 replied at 29-1-2024 11:12 AM
Lagu2 m nasir lately byk x sedap dr sedap..barangkali kwn2 seperjuangan byk yg dah xde mungkin ada i ...

arwah lolok kot his other half...
kalau dengar balik lagu2 sedap m. nasir ni kalau hilangkan vokal..... dgr melodi/instrumental je tak sedap pun...
pandai arwah lolok melodikan lirik dia...
Quote jas7512 30-1-2024 01:09 PM
sleepandream replied at 29-1-2024 08:09 PM
arwah lolok kot his other half...
kalau dengar balik lagu2 sedap m. nasir ni kalau hilangkan vokal ...

Aah btl2..arwah loloq...s.amim shahab
Quote phalanx 30-1-2024 01:17 PM
wirazam replied at 31-12-2023 10:26 PM
Lagu tu bukannya datuk m Nasir nih cipta khas utk nana kan..so what to expect..asalkan dibyr sudah.. ...

juwita suwito antara penyanyi demo yg terkenal. banyak gak komposer suh dia nyanyi demo, tapi untuk penyanyi lain dgr. kan?

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:11 AM GMT+8 , Processed in 0.054014 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top