Bintang filem Fast and Furious, Vin Diesel, 56, bakal dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan mencabul bekas pembantunya 14 tahun lepas. Asta Jonasson yang memfailkan pertuduhan mendakwa Diesel bertindak sedemikian di sebuah hotel di Atlanta, Amerika Syarikat.
Menurutnya, pelakon itu ketika kejadian bertindak meramas buah dadanya selain mencium lehernya. Pada masa sama, Jonasson memaklumkan dia serta-merta dipecat selepas insiden terbabit. Jelas di sini mangsa dipecat kerana kengganannya dijadikan pemuas nafsu pelaku,” ujar wakil pendakwaan. Peguam, Bryan Freedman memaklumkan anak guamnya telah menafikan semua dakwaan yang dikemukakan Jonasson. Ini pertama kali anak guam saya berdepan pertuduhan sebegini, yang dikeluarkan seorang kakitangan yang hanya bekerja untuk beliau selama sembilan hari. “Terdapat bukti jelas yang menyangkal semua fitnah yang dilayangkan kepada beliau,” ujarnya.
Diesel terkenal dengan watak Dominic Toretto menerusi francais The Fast and Furious. Sumber: HibGlam
|
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-4-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.073879 second(s), 30 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.