CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ifa Raziah Dah Lima Tahun Pasang Bodyguard, Berehat Dalam Bilik Pun Ada Yang Kawal Depan Pintu

22-12-2023 04:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14542| Komen: 63

Description: Ifa Raziah, 48, menganggap mana-mana artis yang menggunakan khidmat pengawal peribadi atau ‘bodyguard’ bukan kerana mahu menunjuk lagak.
Ifa Raziah, 48, menganggap mana-mana artis yang menggunakan khidmat pengawal peribadi atau ‘bodyguard’ bukan kerana mahu menunjuk lagak.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ifa berkata, sebagaimana dirinya yang telah lima tahun mempunyai bodyguard, tindakan itu dibuat demi keutamaan keselamatan terutama apabila berada di khalayak ramai.


Foto: IG

Kata Ifa, ia juga tidak wajar menjadi pertikaian ramai apalagi sekiranya artis tersebut berkemampuan untuk menggunapakai khidmat pengawal peribadi.

“Kalau artis atau selebriti itu berkemampuan, sebaiknya ada yang menemani. Jika bukan pengurus, pembantu peribadi, boleh lantik pengawal peribadi untuk ikut kemana sahaja kita pergi.

“Tapi lantik pengawal peribadi yang rasmi atau sah, yang berlesen dan bukan muka saja nak acah gangster. Macam saya, memang gajikan yang berlesen dan ada senjata. Ini bukan untuk berlagak atau sombong ya, tapi demi keselamatan.




“Kita tak tahu mungkin di kiri kanan ada bahaya. Sekarang ini di Malaysia pun ada banyak pembunuh bersiri, yang kita kenal pun kadang boleh jadi suspek,”katanya ketika dihubungi.

Ia bagi mengulas mengenai perkongsian Nora Danish yang mengakui memasang pengawal peribadi untuk menemaninya demi keselamatan.

Mengulas mengenai tindakan Nora itu, kata Ifa, dia amat memahami mengapa suami pelakon tersebut, Nedim Nazri Aziz bertegas supaya Nora diiringi pengawal peribadi ke mana sahaja.



“Kalau dia pasang bodyguard pun tak pelik sebab dia mampu, suami dia pun kaya. Tetapi tak semestinya artis saja, sesiapa saja yang mampu pun boleh buat perkara serupa. Atas pilihan masing-masing.

“Macam saya bila sibuk dengan acara Starvendors, saya dengan suami tak sekali sebab biasanya saya akan sibuk uruskan banyak perkara dan dia juga sibuk uruskan bahagian lain.

“Saya memang kena ada tang menemani sebab kadang orang datang serbu dan keadaan boleh jadi tidak terkawal di tempat keramaian. Bahkan, kalau ke tandas sekali pun pengawal peribadi saya akan ikut dan tunggu di depan pintu.



“Kalau perlu berehat di bilik, mereka akan tunggu di depan pintu juga. Tak payah tunggu saya pakai barang kemas mahal-mahal baru nak iringi, hari biasa pun mereka ikut temani saya,”katanya.

Dalam pada itu, kata Ifa, sebagai seorang usahawan kini, dia juga tidak menolak andai wujud pihak yang sengaja mahu menjatuhkan dirinya.


Berikutan itu, katanya, tidak salah untuk dirinya sentiasa berhati-hati dalam setiap langkah atau ke mana sahaja dia berada.

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 22-12-2023 04:48 PM
Kelas ko nyahhhhh
Quote slyfynx 22-12-2023 05:27 PM
Wahai bijik, xde sape tanye ko pun.
Ko kalau letak kat hutan pun org igt same spesis dengan binatang buas kat sana
Quote primarikey 22-12-2023 05:44 PM
Makin pelik rupa dia skrg
Quote putribatrisya 22-12-2023 05:46 PM
Soalan serius ni. Dia dh taraf jutawan ke?
Quote Meiizu 22-12-2023 06:02 PM
Nowadenis tu aku paham laaa ada bodygrd..tgoklah laki dia sape...bunuhhhh org pun pernah.
Yg iparaziah ni apaakaaahh ..bazir duwettt jahh
Quote princessmiang 22-12-2023 06:04 PM
Ko ingat ko tu level kate middleton ke hanat
Quote Lavender_Violet 22-12-2023 06:07 PM
Dahsyat sangat ke dia ni smp nak kena pasang bodyguard???
Quote kechikchomel 22-12-2023 06:11 PM
Sekarang ni musim tayang bodyguard ke?
Quote 3chanceno 22-12-2023 06:17 PM
Biar papa, asal bergaya

Meols terpikir2 sapo yg minat deknie
Quote Piramida 22-12-2023 06:28 PM
Memang betul pun .. tak selamat sgt sekarang lagi2 kalau jenis hadap soc med.. luar dlm kehidupan setiap saat semua nak up org luar pun tahu. .... kalau mulut jahat jenis byk musuh lagilah haru.
Eloklah berbody guard kalau mampu.
Quote doubleA 22-12-2023 06:56 PM
Kesian, kaya raya tapi insecure. Hidup diselubungi kebimbangan di mana saja walaupun dalam rumah
Quote she 22-12-2023 06:58 PM
Dia pasang bodigad bila event je kot
Macam usher

Ingat dia bini Vincenzo ke
Sampai ke pasar ada bodigad jaga
Quote nazurah 22-12-2023 08:29 PM
Gambo atas sekali tu sheols nampak tua dan pelik ya
Quote AnnaSendin 22-12-2023 08:49 PM
nazurah replied at 22-12-2023 08:29 PM
Gambo atas sekali tu sheols nampak tua dan pelik ya

Persis arwah mona fendi
Quote AnnaSendin 22-12-2023 08:51 PM
Kayo bethols sheols nieyh. Bisnes event sajork. Didie alias pon buat event tade pon kayo. Dobi kerrr acik seripah?
Quote sleepandream 22-12-2023 09:44 PM
kalau event besar2 selalu dorg provide kakak2 RELA jeh
Quote Lily_Elizabeth_ 22-12-2023 10:53 PM
Muka dia masa baju biru; filler tak dissolve ke; cam ada plastik kat tulang pipi; plastik bentuk bola ping pong. Siannya; dari nak lawa; terus cam tu; insaf I.
Quote bambimbom 22-12-2023 11:05 PM
Screenshot_20231219_225841_TikTok.jpg

Muka real acik ni time live kat tiktok..
Quote tahanie 22-12-2023 11:51 PM
Starvendors tu tiap bulan ka?

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.057941 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top