CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Peminat Teruja Syafiq Farhain Ganti Tempat Bapanya Sebagai Vokalis Iklim

20-12-2023 11:40 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 21323| Komen: 16

Description: Penyanyi juga anggota bomba, Syafiq Farhain menjadi perhatian di media sosial apabila dia dikatakan kini menyertai kumpulan Iklim sebagai vokalis apabila suaranya cukup sinonim dengan Allahyarham bapa ...
Penyanyi juga anggota bomba, Syafiq Farhain menjadi perhatian di media sosial apabila dia dikatakan kini menyertai kumpulan Iklim sebagai vokalis apabila suaranya cukup sinonim dengan Allahyarham bapanya, Saleem Iklim.


Menerusi hantaran pemilik akaun TikTok dikenali Kamarul Ab Rahman, dia berkongsi foto Syafiq bersama empat ahli kumpulan Iklim yang lain iaitu Mohalim, Umarul, Huzali dan Kama.


"Iklim 2023… Umarul (gitar), Huzali (keyboard), Mohalim (ketua/bass), Kama (dram) dan Syafiq (vokalis),” tulisnya ringkas sebagai kapsyen.

Didapati juga, vokalis Iklim iaitu Azmani yang difahamkan mengganti posisi arwah Saleem sebelum ini tiada di dalam hantaran foto itu yang berlatar belakangkan lagu Iklim, Firasat Kasihku.


Meninjau juga di ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan komen positif dan kata-kata semangat yang menyokong pembabitan Syafiq bersama kumpulan rock lagenda popular pada era 1990-an itu.

“Akhirnya anak arwah, Syafiq Farhain bersama Iklim. Tahniah,” komen wargamaya.

“Dah kena sangat vokal Syafiq ni dengan bapa dia, arwah Saleem. Semoga Iklim kembali bersinar,” tulis netizen.

“Ambil sajalah anak arwah, Syafiq ni sebagai vokalis sebab suara dia pun hampir sama dengan bapanya. Al-Fatihah buat arwah Saleem,” kata seorang warganet.

Untuk rekod, Syafiq yang kini bapa seorang anak perempuan, menceburi karier nyanyian secara serius sekitar 2016 dan pernah popular dengan lagu Sayang Maafkan Aku, termasuk meraih gelaran naib juara program Big Stage musim pertama pada 2018.


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 20-12-2023 11:50 PM
Sile terhibur dgn gambar ini
Quote hyie 21-12-2023 02:15 AM
vokal heols lebih kepada sengau2 gitu nyeh...
Quote TerataiMelur02 21-12-2023 02:34 AM
slyfynx replied at 20-12-2023 11:50 PM
Sile terhibur dgn gambar ini

Ni kalau kurex nampak panjang semoga nya
Quote Thunderclouds 21-12-2023 06:58 AM
Harap stepmader gangsta boogis xmeroyan.
Quote rosevelvet 21-12-2023 07:08 AM
Thunderclouds replied at 21-12-2023 06:58 AM
Harap stepmader gangsta boogis xmeroyan.

Dulu stepmader johor bugis ni meroyan ckp shafiq x lyk. Btw suara shafiq x selunak arwah apak. Dia lebih kpd nasal
Quote wirazam 21-12-2023 07:15 AM
Thunderclouds replied at 21-12-2023 06:58 AM
Harap stepmader gangsta boogis xmeroyan.

Siapa?? X dpt nak decode NIH adoiii
Quote wirazam 21-12-2023 07:19 AM
rosevelvet replied at 21-12-2023 07:08 AM
Dulu stepmader johor bugis ni meroyan ckp shafiq x lyk. Btw suara shafiq x selunak arwah apak. Dia ...

Yes..why we need a clone..Salim is Salim syafiq is syafiq...those are two different living things..even dosa pahala pun lain lain kan...
Bg aii, syafiq perlu create kumpulan baru...not replacing his late father...pastu drummer, bass,lead guitar org org lama aka tua..adoiii

Syafiq should learn from Akim tuh..create another band..with young people with new creative idea..byk je kat luar tuh kan
Quote ketambangkang 21-12-2023 07:48 AM
menggelupur la mak tiri
Quote 3chanceno 21-12-2023 07:57 AM
Diharap dak syafiq nie tak berhenti keje bomba pasal nak nyanyi je... buat isi masa lapang bolehlah, keje bomba tu yg harus digenggam kuat.

Apa2 pun, sora arwah Saleem nie special & tersendiri. Alfatihah buat arwah.
Quote jlo 21-12-2023 08:04 AM
Thunderclouds replied at 21-12-2023 06:58 AM
Harap stepmader gangsta boogis xmeroyan.

daku baru nak sebut ..kang bising2 mintak royalty puilerrr
Quote Burong_Hantuk 21-12-2023 08:46 AM
good luck & all the best
Quote BellaThePrinces 21-12-2023 09:36 AM
...tapi dia ni macam tak ada aura ehhh....sbb tu tak bole meletop cam apaknya..
Quote Huwanadam 21-12-2023 10:05 AM
Sore penyanyi yg paling aku tak minat... Sengau je lebih... Tapi kan dulu masa aku kerja arwah salem n isteri pernah datang kedai aku tu.. diorg otw nak g konsert... Ok je diorg ni si isteri siap ajak aku ke konsert diorg n puji tulisan aku lawa..hahahaha..dulu2 kan buat bil pakai tulis lagi..
Quote KamikuP 21-12-2023 10:07 AM
aLL THE BEST. mEOLS OK JAHH
Quote ira_sindarella 21-12-2023 10:10 AM
Harap baluuu saleeemmm, juliaa ke ape namanya... Tak merentan tgk syafiq dialu alukan oleh iklim..

Dulu sampai si Syafiq ni diharamkan terus nyanyi lagu apaknya. Dasar mak tiri nenek sihir...

Masa arwah saleem baru meninggal, si julia cuba nak upkan bakat anak lelaki dia dan saleem. Tp seen budak tu tak mewarisi bakat saleem seperti syafiq.

Akhirnya julia terpaksa berserah dgn kehendak takdir. Semoga julia tabah dan tidak merempan.

Semoga iklim terus maju jaya.
Quote cap_ayam 21-12-2023 10:37 AM
Sebenarnya sejak arwah saleem meninggal, lama kaka tak boleh dengar lagu kumpulan iklim. Nak kata minat tu.. biasa2 je takdelah hardcore punya minat. Pastu bila dengar syafiq nyanyi.. memang boleh kenalpasti perbezaan nyanyian kedua2nya walaupun hampir nak sama. Anyway gudlak lah ingat pesan mak ye jangan berhenti kerja bomba

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.152174 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top