CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hannah Delisha Nafi Rumah Tangga Bermasalah, Jarang Kongsi Gambar Suami Sebab Suka Privasi

20-12-2023 06:42 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 20607| Komen: 0

Description: Pelakon Hannah Delisha mengakui tidak dapat lari daripada desas desus berkenaan keadaan rumah tangganya kerana jarang berkongsi perihal suami di media sosial.Banyak spekulasi yang sampai ke telinganya ...
Pelakon Hannah Delisha mengakui tidak dapat lari daripada desas desus berkenaan keadaan rumah tangganya kerana jarang berkongsi perihal suami di media sosial.

Banyak spekulasi yang sampai ke telinganya beranggapan hubungannya dengan suami bermasalah.



Bagaimanapun, kata Hannah, kedua-dua mereka lebih selesa untuk menjadikan hubungan mereka sebagai privasi dan lebih banyak berkongsi mengenai karier.

“Banyak sahaja khabar angin saya dengar. Ada yang ingatkan hubungan kami bermasalah, ada juga yang ingat saya belum kahwin lagi. Bukan tidak mahu kongsi, tetapi kami berdua selesa begini.

“Sejak awal perkenalan pun kami jarang kongsi pasal peribadi. Banyak hantaran adalah tentang kerja dan perniagaan.

“Setiap orang ada cara sendiri dan ini adalah pilihan kami. Selagi khabar angin tidak memudaratkan, saya fikir tiada masalah untuk terus privasi sebegini,” kongsinya.


Dalam pada itu, apabila bercakap mengenai zuriat, dia percaya Tuhan lebih mengetahui waktu terbaik untuk mereka dan terbuka sekiranya dikurnia cahaya mata dalam masa terdekat.

“Ada juga terima pertanyaan berkaitan zuriat ini, tetapi saya dan suami tidak ambil hati. Cuma kadang-kadang terfikir juga. Terutama soal usia dan perancangan masa depan kan.

“Tetapi kami serahkan soal rezeki bulat-bulat kepada Tuhan. Dia lebih tahu,” ujar isteri kepada Imam Shah itu.


Sumber: Utusan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 11:56 AM GMT+8 , Processed in 0.040532 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top