CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azrel Ismail Pelik Netizen Pertikai Wajah Segelintir Pelakon Terlalu Melayu

20-12-2023 11:31 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 20580| Komen: 8

Description: Pelakon Azrel Ismail menegaskan memiliki wajah Melayu meskipun dikatakan biasa sahaja atau ‘awam’ sepatutnya berbangga kerana ia bukan satu ‘kutukan’ tetapi kelebihan buat mereka.Kata Azrel, hakik ...
Pelakon Azrel Ismail menegaskan memiliki wajah Melayu meskipun dikatakan biasa sahaja atau ‘awam’ sepatutnya berbangga kerana ia bukan satu ‘kutukan’ tetapi kelebihan buat mereka.

Kata Azrel, hakikatnya, wajah-wajah Melayu ini sebenarnya boleh ‘mencari makan’ dalam industri seni dan mendapat permintaan yang tinggi.



"Saya tak faham kenapa ada orang pertikai pelakon itu berwajah awamlah, Melayu sangatlah. Kalau sudah namanya pun Melayu, Amir dan Nadhir, memang tak larilah dengan jati diri Melayu itu.

"Saya juga tak lihat ini sebagai satu kekurangan sebab kebanyakan drama, pelakon yang bermuka Melayu ini lebih laku daripada yang berwajah Pan Asia. Kalau yang berwajah Pan Asia pula mungkin lebih sesuai untuk komersial atau penjenamaan.

"Untuk drama dan filem, muka-muka Melayu inilah yang lebih laris bak pisang goreng panas!"katanya.

Selain itu, kata Azrel, adakala perkara ini juga tertakluk kepada syarat sesebuah produksi atau stesen televisyen mengikut karya yang mahu dihasilkan.


"Kalau diperhatikan, sekarang ini, rasanya ramai yang suka tonton drama Korea. Jadi, kebanyakan produksi mahukan pelakon yang memiliki ciri wajah Korea pula.

"Tetapi tengok pada naskah apa yang ingin dihasilkan itulah. Apa pun, wajah Melayu inilah yang patut kita ketengahkan dan kedepankan. Namun, pada masa yang sama, ia juga mengikut ketentuan rezeki masing-masing juga,” katanya lagi.


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 20-12-2023 11:52 PM
Tp... muka awam bukan bermaksud muka melayu.
just xde market value.
Muka dan penampilan macam remaja2 rempit.
Quote laqoyah 21-12-2023 02:50 AM
iols suka dia ni hitam2 manis drp muka style korea ponen sgt.
Quote sayurmayur88 21-12-2023 07:24 AM
iolls taste ke dia ni
Quote wirazam 21-12-2023 07:42 AM
slyfynx replied at 20-12-2023 11:52 PM
Tp... muka awam bukan bermaksud muka melayu.
just xde market value.
Muka dan penampilan macam remaja ...

Salah tu..muka awam tu..muka yg basic yg boleh jumpa kat mana mana..kira mcm muka org kebanyakan yg boleh jumpa kat tempt public tuh..
Kalau letak muka melayu kat afrika..dah x DPT nak claim muka awam dah sbb kat public afrikansgt suah nak.jumpa muka melayu kat environment afrika.

Same goes to muka2 European sana tuh..kat Sana diaorg bermuka awam...kat ASEAN nih je muka diaorg diangkat jadi muka swasta hahahah
Quote wirazam 21-12-2023 07:45 AM
Rasanya kena go back to the very basic terms of cantik Dan hensem...
Tak kisahlah ko muka awam atau swasta..masing masing ada cantik dan hensem...asalkan rajin dan berduit..
Quote Burong_Hantuk 21-12-2023 08:46 AM
Quote missHaidiD 21-12-2023 09:38 AM
laqoyah replied at 21-12-2023 02:50 AM
iols suka dia ni hitam2 manis drp muka style korea ponen sgt.

Samalah. Iols tak minat muka2 korea lembik ni semua
Quote mzzenma 21-12-2023 09:45 AM
meolls suka nadhir tu..and meolls suka tengok wajah2 melayu ni..

ada satu brand baju ni meolls tak ingat nama..model dia melayu kulit2 gelap semua. Membuatkan meolls yg tanned skin ni berasa confident nak pakai baju pelbagai warna..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.040062 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top