CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bengang Digelar Sendu Dan Penunggang Agama, Syura Beri Tempoh 24 Jam Individu Minta Maaf Atau Tunggu Surat Peguam

7-12-2023 10:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13318| Komen: 83

Description: Bengang tak berhenti-henti dikecam, Syura Badron memberi tempoh 24 jam kepada seorang individu untuk tampil membuat permohonan maaf kepadanya.
Bengang tak berhenti-henti dikecam, Syura Badron memberi tempoh 24 jam kepada seorang individu untuk tampil membuat permohonan maaf kepadanya.

Syura kesal apabila netizen tidak mengambil pengajaran daripada kes yang berlaku membabitkan dia, Lan Solo serta penyanyi Siti Nordiana.


Foto: IG

"Tolong ambil perhatian! Dan untuk dia tolong direct message (DM) saya dalam tempoh 24 jam atau saya panjangkan perkara ini kepada peguam.

"Korang tak sedar yang korang pun sedang mengumpat juga sekarang ini? Ambillah pengajaran dari apa yang saya alami," katanya di IG.



Menerusi perkongsian tersebut, Syura juga berkongsi beberapa komen individu dikenali sebagai Zabbick yang menggelar dia artis sendu dan penunggang agama.

Dalam pada itu, Syura berkata, dia berlapang dada dengan setiap teguran namun diharap tidak terlalu keterlaluan dalam penggunaan perkataan di media sosial.

Malah dia juga tidak teragak-agak untuk membuat netizen merasa turun naik mahkamah seperti dirinya.



"Korang-korang yang nak menegur, saya terima dengan hati terbuka tapi tak perlu sampai memaki dan menghina.

"Saya juga takkan teragak-agak ambil tindakan kalau masih ada yang memaki dan menghina secara DM ataupun terbuka.

"Kalau ada yang nak merasa naik turun mahkamah, sila teruskan berbuat demikian... tunggu saja surat peguam dari saya," ujarnya.



Pada selasa lalu, Siti Nordiana, 39, membuat permohonan maaf kepada lima defendan dalam kes saman berkenaan selain menyatakan dia memaafkan semua tindakan mereka sebelum ini.

Lima sekawan iaitu penyanyi Lan Solo, Syura Badron, Nur Sheila, Sam Musyadzafar dan Raziah Ahmad kemudiannya turut membuat permohonan maaf selain memaafkan Siti Nordiana di hadapan hakim Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan.

Isu membabitkan Siti Nordiana bersama lima sekawan itu bermula apabila peserta All Stars Gegar Vaganza (ASGV) itu memfailkan saman berjumlah RM2.5 juta terhadap mereka pada 3 Ogos 2021.



Nana memfailkan saman itu menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates pada 30 Julai 2021 di Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur, dengan menamakan Lan Solo, 38, isterinya Nur Sheila, 37, dan Syura, 37, masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Dua lagi defendan iaitu keempat dan kelima ialah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar, 45, dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad, 44.

Dalam saman tersebut, Siti Nordiana menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta ganti rugi RM500,000 daripada setiap defendan.



Selain itu, terdapat juga tiga lagi tuntutan iaitu ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi khas yang akan dinilai serta ditentukan oleh pihak mahkamah.

Untuk rekod, kontroversi tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai 2021.-CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dewi_rina 7-12-2023 11:01 AM
Ko memang sendu kan? Nak saman kenapaaaaa
Quote pauliza 7-12-2023 11:12 AM
Spesis dia kata orang boleh ,orang kata dia sentap
Quote ReginaGeorge 7-12-2023 11:19 AM
Oh ingat burung belatuk bontot lober ni hatinya kebal. Rupanya selembut tisu eco shop, yang bila terdedah kepada cecair akan serta merta koyak.
Quote selipar_hijau 7-12-2023 11:22 AM
aik tau pulak sentap, ada duit ke nak bayau peguam bagai tu?
Quote Sachacha 7-12-2023 11:24 AM
Padan muka mesti bertubi tubi dm dia mengecam

Dia tak baca lagi cercaan dan kejian acik porem
Quote Dysania@72 7-12-2023 11:26 AM
Ya Tuhan, org kecam sendu pun marah, sungguh la species lapar perhatian.
Quote mamajawie 7-12-2023 11:34 AM
bodohnya zubaidah ni..laki baru pun toxic gamaknya tu yang boleh berjodohan
Quote AWEKSAMURAI 7-12-2023 11:46 AM
Kahkahkahkah dia kata kat org xpe org kata dia terus melantun lantun
Quote MatDeghem 7-12-2023 11:51 AM
Kasi hancur berderai sama 5 ketul cecair toxic ini

Quote a5h91 7-12-2023 11:53 AM
nanti kt court dia kena buktikan yg dia ni tak sendu k mcm mana?
Quote shida81 7-12-2023 11:56 AM
Dia msuk forum ni lagi... Klu x mau bunuh diri bc kecaman Acik2 forum
Quote tintin22 7-12-2023 11:59 AM
Quote cicicumel 7-12-2023 12:02 PM
Peguam deols yg rambut karat tu agak femes kan? Selalu mng kes.. Yg lawyer Nana sape ek? X power ke?
Quote ketambangkang 7-12-2023 12:03 PM
actually aku ok je ngn dia ni..muka dia pon kategori lawa, x menyeksi, suara pon bole tahan sdp, sopan..anak dia yg baby tu handsome wehh..tp tu lah, bila jd mcm ni terus hilang segala soft spot..sayang la dia x jaga tingkah laku
Quote de_ikea 7-12-2023 12:05 PM
Dia dulu yg kena ambil iktibar. Bukan netizen yg kena ambil iktibar. Lawakla awak ni zuraidah
Quote tipah89 7-12-2023 12:11 PM
dia buat orang xpe, orang buat ke dia kemain melompat2
Quote BellaThePrinces 7-12-2023 12:12 PM
"Korang tak sedar yang korang pun sedang mengumpat juga sekarang ini? Ambillah pengajaran dari apa yang saya alami," katanya di IG.

kah...kah...tak pernah di buat oghang mengumpat kawan sendiri secara live acik oiii...dgn btelekung lagi...dgn ada jantan join sekali....netizen pun bijak....tinggal komen jer....cemana rasa????....lemon???
Quote missyL 7-12-2023 12:13 PM
Aikkk
Die mengata org xpe hahahahahaha
Ni jenis die kate org xpe
Org kate die tros sentap
Wat malu je hahaahah
Quote aemon 7-12-2023 12:16 PM
Macam tu la nana rasa bedah oi...tau pula ko rasa perit kan kena umpat kena kecam.

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.060021 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top