CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bapa Mentua Aliff Syukri Meninggal Ketika Solat Dan Kopiah Masih Di Kepala

7-12-2023 10:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6816| Komen: 14

Description: Bapa mentua Datuk Aliff Syukri iaitu Mohd Rashid Abas dilaporkan meninggal dunia pada pagi Khamis.Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 36, berkata dia menerima khabar tersebut sekitar pukul 4 pagi.Foto ...
Bapa mentua Datuk Aliff Syukri iaitu Mohd Rashid Abas dilaporkan meninggal dunia pada pagi Khamis.

Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 36, berkata dia menerima khabar tersebut sekitar pukul 4 pagi.


Foto: IG

"Pagi ini saya dan isteri saya dikejutkan 4 pagi berita pemergian bapa mentua kesayangan saya di Sungai Layar Kedah.

"Bapa mentua saya sakit jantung, meninggal dunia di rumah. Sekarang saya masih lagi dalam perjalanan ke sana," katanya ketika dihubungi mStar.


Menurut Aliff jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Layar Sungai Petani Kedah pada Khamis.

"Doakan arwah ayah mentua saya Mohd Rashid Abas ditempatkan di kalangan orang beriman.

"InsyaAllah beliau akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Layar Sungai Petani Kedah pada hari ini," ujarnya.

Sementara itu dalam perkongsian di Instagram pula, Aliff berkongsi dirinya menangis kesedihan sambil bersiap untuk pulang ke Kedah.


Foto: IG

Malah dia juga sempat berkongsi beberapa momen gembira bersama arwah yang telah dianggap sebagai ayah kandung.

"Ayah... Kri (Aliff) sayang dekat ayah macam abah Kri sendiri," luahnya.

Sementara itu, Nur Shahida pula memaklumkan bapanya itu meninggal dunia semasa sedang menunaikan solat dan masih mengenakan kopiah semasa ditemui.

"Ayah saya meninggal ketika sedang solat dan kopiah masih di kepala. Mudah sangat Allah jemput dia.

"Tak ada sakit pun," kongsi di Instastory. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 7-12-2023 10:31 AM
Innalillah.
Takziah.
Mmg kna mention ya meninggal dlm keadaan mcm mna?
Nk bilang kematian gitu yg dicemburui ka?
Haih
Quote Burong_Hantuk 7-12-2023 10:42 AM
al fatihah...takziah
Quote heythere123 7-12-2023 10:55 AM
harap heols insaf la sikit dan kurang la propa & memondan lepas ni
Quote eyansss 7-12-2023 12:28 PM
heythere123: harap heols insaf la sikit dan kurang la propa & memondan lepas ni


ayah sendiri meninggal pun tak tinggal kesan…
Quote Sazreena 7-12-2023 12:32 PM
Nangis nangis pun sempat wat video..ok lupa ko ada org yg buatkan...
Quote sangbara2020 7-12-2023 12:46 PM
innalillah salam takziah
hrp jgn la membelut sgt
Quote talapia 7-12-2023 01:32 PM
Thunderclouds replied at 7-12-2023 10:31 AM
Innalillah.
Takziah.
Mmg kna mention ya meninggal dlm keadaan mcm mna?

sebagai anak.. aku faham kenapa dia kata mcm tu.
kita tentunya mengharapkan yang terbaik buat mak pak kita..
bila mak kita meninggal ke... pak kita meninggal ke.. kita akan pujuk hati yang bersedih atas kehilangan tu..
dengan kata2 positif.. ingatan2 positif mcm ni.

mcm aku.. aku akan kata arwah mak aku meninggal, mudah.. dia taknak susahkan anak2.. memang sungguh.. meninggal di hospital masa zaman covid yang tak beri peluang kami jaga.
kalau nak difikir negatif.. tentu ada juga sisi negatifnya.. tapi kita amik n ingat yg positif sebagai ingatan.
Quote I.K.A888990 7-12-2023 01:51 PM
slaam takziah
Quote haruno_sakura 7-12-2023 01:55 PM
Salam takziah
Moga roh arwah dicucuri rahmat dn ditempatkan di kalangan yg beriman
Quote sleepandream 7-12-2023 02:29 PM
salam takziah
Quote opie5662 7-12-2023 03:52 PM
Mmg kene mention eh kopiah kat kepala tu. Harap lps ni kalau ada yg meninggal, tolong la mention, baju masih di badan, spender masih katclutut, gigi palsu masih terendam dlm polident.
Quote sayurmayur88 7-12-2023 04:00 PM
spesifik sangat .....
Quote FlexyFox 7-12-2023 08:01 PM
Innalillahwainnailaihirojiun. Meninggal dlm sembahyang... bagusnya pengakhiran. Yg permulaan video Alif tu yg pelik..
Quote Minami2013 7-12-2023 08:25 PM
Edited by Minami2013 at 7-12-2023 12:27 PM

Innalillahi wa inna ilahi raji'un

Moga rohnya dicucuri rahmat dan bersama sama dikalangan org2 yg beriman.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.044921 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top