CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pergaulan, Orang Sekeliling Bantu Kekal Istiqamah Berhijab - Hannah Delisha

7-12-2023 01:35 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 17741| Komen: 18

Description: Pelakon Hannah Delisha berpendapat bahawa istiqamah dalam mengenakan hijab bukanlah satu perkara yang mudah malah para wanita berdepan dengan pelbagai ujian untuk kekal bertudung.Hannah atau Hannah Ad ...
Pelakon Hannah Delisha berpendapat bahawa istiqamah dalam mengenakan hijab bukanlah satu perkara yang mudah malah para wanita berdepan dengan pelbagai ujian untuk kekal bertudung.

Hannah atau Hannah Adlina Blackburne Birch berkata, tidak ada seorang individu pun boleh memaksa seseorang untuk berhijab sebaliknya perlu ikhlas dari hati si pemakai.



"Setiap wanita yang memilih untuk berhijab akan ada satu tahap, istiqamah tu akan goyah juga. Perkara itu adalah normal dan ianya sebahagian daripada kehidupan. Sebab itu lah kita perlu berhijab.

"Sebab itu adalah satu ujian untuk wanita tapi kalau berhijab kerana Allah SWT, insyaAllah memang akan kekal selamanya," katanya.

Pelakon berusia 27 tahun itu berpendapat bahawa pergaulan dan orang sekeliling merupakan salah satu faktor yang membantu seseorang untuk kekal istiqamah memakai hijab.


"Bagi saya, cara untuk istiqamah saya akan sentiasa ingat mengapa saya memilih untuk berhijab. Saya tetapkan perkara itu sebagai peringatan buat diri saya setiap kali saya rasa kurang istiqamah.

"Sebenarnya, jika kita ada kawan yang ingatkan kita, beri kita motivasi dan positiviti, saya rasa benda tu membantu. Itu cara saya, lagi satu macam saya ada suami. Dia selalu ingatkan saya," katanya lagi.


Sumber: Oh Bulan




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zuriey 7-12-2023 07:51 AM
Hampir2 teelucut juga
Quote lasagna 7-12-2023 08:57 AM
couple ni pun aman2 jer.. moga istiqomah dik hanna.
tp korg berdua mmg friendly pun (prnh bertegur sapa) aacentuhh.
Quote I.K.A888990 7-12-2023 09:04 AM
semoga terus istiqamah
lawa cantik bulat muka dia...senyum pun manis
Quote sayurmayur88 7-12-2023 10:30 AM
suka ngan suami sheolls, sweet jer
Quote telracs 7-12-2023 10:33 AM
Tak keruan Syafiq Kyle tengok crush cantik bahagia bersama suami...

Move on la SK...
ML berzaman tunggu sampai putus, cantum balik, batal nikah, kawan balik ...

Ntahlaaaa...
Quote aemon 7-12-2023 10:37 AM
telracs replied at 7-12-2023 10:33 AM
Tak keruan Syafiq Kyle tengok crush cantik bahagia bersama suami...

Move on la SK...


Capik bajet terlalu kacak tuk dek hannah kot.rupanya hannah memilih utk setia dgn iman shah
Quote mamajawie 7-12-2023 10:54 AM
husband hannah delish ni cute la..padahal imam ni berlakon drama MMA kalu x silap pun kiut gak..kiutttnyaaaaaaa
Quote auntyonion 7-12-2023 11:00 AM
Yinnih pn nak terbuke jua..tp semogah istikomah ye dik hannah delishes aumm
Quote cmf_PariS 7-12-2023 04:02 PM
aku suka dia ni lawa betul
Quote Dysania@72 7-12-2023 04:05 PM
aku suka dia jugak, lawa and takde laa gossip melampau. semoga jodoh aman dan istiqamah ye
Quote Lampuled 7-12-2023 04:19 PM
Bkn sekadar lawa, berbakat. Berblakon menyanyi semua dia tapau.
Quote maroon_nerd 8-12-2023 01:01 AM
Laki dia walaupun tak glemer, tapi nampak sweet la dengan dia. Bagus dia ni. Cantik2 pun tak memilih sangat.
Quote TerataiMelur02 8-12-2023 01:18 AM
Cantik comel sungguh hanna ni.
Perangai pun helok. Tak gedik.
Sepatutnya coway, swarovski, apa semua tu ambik la hanna.
Ni basic jugak d lantik jadi duta. Aiyoo..tak faham iols.
Quote LadyCarefree 8-12-2023 02:58 AM
Sesungguhnya taste memasing berbeza sungguh. Kalau mcm Raymi Bangla tu ada yg nampak hensem boleh brain jugaklah tp lelaki ini? Aduhhhhh
Quote missHaidiD 8-12-2023 09:02 AM
Hanna ni bgs kan sb dia tak jual personal life dia. Masa kes gaduh dgn mak dia pun dia diam.je. tak jwb satu pun royanan mak dia. Hujumg2 baik ank beranak

Dlm cite yg dia jadi jahat rampas suami kakak dia si nely tu dia cntik betol. Berbakat si hanna ni
Quote OsHiN_hOnEy 8-12-2023 09:09 AM
dorg mmg very private person
laki dia pilih kawan2 pun yg mulut boleh dipercayai, dan tak ramai bergaul
dikalangan reits, dia very strict tau

padahal lifestyle dorg mcm geng2 T20 gitu, secluded dari public eyes
iman tapis habis2an apa yg boleh share dan tidak
mak iman dah bertudung ker?
Quote ohsoyaya 10-12-2023 02:04 AM
So far dia ni pndai jaga diri la. Cuma dgr psl dia nk kawin mak dia xsetuju smpai gado2 tu jela kan
Quote chinta89 10-12-2023 10:58 AM
missHaidiD replied at 8-12-2023 09:02 AM
Hanna ni bgs kan sb dia tak jual personal life dia. Masa kes gaduh dgn mak dia pun dia diam.je. tak  ...

bru nk komen yg sama. masa tgh tayang dah dkt nk hbs cter tu Cinta Sekali Lagi, eh dia dh announce kawin dan btudung. pahtu nyempat jd isu psl video2 dlmn drama tu nape x btudung. eii bodo yg tanya pun, kan tu drama yg dh lama siap. takkan nk suh blakon balik wat lakonan semula pakai tudung khuenzs?

lawa btl dia dlm cter tu, mcm frust pulek tgh top drama Cinta Sekali Lagi, eh dah btudung. sb dia lawa free hair, dia punya pakaian mmg pandai matching2 dlm cter tu nmpk kena sgt dgn body dia.


Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:44 AM GMT+8 , Processed in 0.050041 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top