CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kaka Azraff Percaya Rezeki Allah Tapi Terkilan Kontrak Ditamatkan Mengejut, Tanpa Perbincangan

6-12-2023 11:21 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 19072| Komen: 3

Description: Penyanyi Kaka Azraff, 34, tidak terkilan kontraknya ditamatkan namun menuntut label Warner Music Malaysia (WMM) memperhalusi alasan penamatan itu kerana kontrak itu sepatutnya masih berbaki beberapa t ...

Penyanyi Kaka Azraff, 34, tidak terkilan kontraknya ditamatkan namun menuntut label Warner Music Malaysia (WMM) memperhalusi alasan penamatan itu kerana kontrak itu sepatutnya masih berbaki beberapa tahun.

Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 34, memaklumkan dia menerima notis penamatan kontrak terbabit pada 1 Disember lalu tapi sebab-sebabnya tidak dinyatakan dengan jelas.


"Sebagai seorang artis rakamannya dan antara paling lama di WMM, saya percaya, paling kurang, saya seharusnya diberikan sebab rasmi yang menjelaskan mengapa pihak pengurusan memutuskan untuk menamatkan kontrak saya.


"Saya tidaklah terkilan apabila kontrak saya ditamatkan, kerana saya percaya rezeki Allah itu luas, tapi saya terkilan ia ditamatkan sedemikian rupa, secara tiba-tiba, tanpa menyatakan sebab dengan jelas atau ruang perbincangan walaupun notis diberikan adalah selama 30 hari," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.


Menurut peguambela Aidil Khalid dari Tetuan Amelda Fuad Abi & Aidil, penamatan itu rentetan daripada mesej langsung (DM) yang dihantar Kaka kepada pelakon Australia, Nathaniel Buzzolic.


"Tiada sebarang sebab munasabah diberikan pengurusan WMM dalam notis penamatan itu. Maka kami minta WMM untuk memperjelaskan perkara ini, adakah benar disebabkan DM Kaka yang bersimpati dan bersolidariti dengan rakyat Palestin dan Gaza, serta menempelak Israel?" katanya.


Aidil juga memaklumkan sudah menghantar surat balasan terhadap notis penamatan itu bertarikh 5 Disember. Intipatinya antara lain mengambil maklum penamatan itu tapi pada masa sama merizabkan segala hak Kaka di sisi undang-undang.


"Tetapi tidak terhad kepada, jika perlu, memfailkan permohonan-permohonan di mahkamah selepas penelitian dan perbincangan yang lebih lanjut di antara kesemua pihak.


"Namun, ini hanyalah jalan terakhir. Sekiranya ia dapat diselesaikan secara baik dengan mengambil pendekatan menang-menang tanpa perlu memanjangkan pertikaian, itu adalah lebih baik," katanya.


Penyanyi Bukan Hal Aku itu turut mengulas mengenai penularan mesej DM terbabit yang disifatkannya diputar-belit untuk tatapan umum.


Dia akui emosinya gagal dikawal kerana kemarahan terhadap kekejaman Israel.


"Sebagai ibu, wanita, dan saudara seIslam, saya tak dapat kawal kemarahan. Saya memang akui patut boleh sampaikan kata-kata dengan lebih baik tapi tak menyesal pun kerana ia sudah terjadi.


"Tak sangka pula pihak yang menularkan itu putar belit DM yang bersifat peribadi. Apapun, saya terharu sokongan yang diberikan sekarang cukup positif. Saya takkan berdiam diri dan akan terus bersolidariti mengenai Palestin," katanya.


Harian Metro hari ini melaporkan WMM mengesahkan sudah menamatkan kontrak Kaka sebagai artis rakaman mereka.


Label itu sentiasa menyokong hak kebebasan bersuara dalam kalangan artis naungannya namun keputusan harus dibuat berhubung tindakan Kaka itu.


Terdahulu, profil Kaka didedahkan meninggalkan komen dengan mengecam pempengaruh dan pelakon Australia pro-Israel, Buzzolic, beberapa minggu lalu.


Penyanyi itu kemudian dikecam netizen Israel dan terdapat komen daripada penyokong Israel yang turut menyuruh pihak rakamannya menyelidik serta menggesa dia disingkir daripada label terbabit.


Pada 13 Oktober lalu, label berkenaan memuat naik hantaran di Instagram yang menyatakan sokongan terhadap Israel dan turut melabel Hamas sebagai pihak pengganas. 



Sumber: Harian Metro










Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doodlediddle 6-12-2023 11:25 PM
Xpe! Berani kerana benar! Kau buat tu pun dah di kira jihad demi agama. Rezeki Allah tu luas. Allah pasti beri ganjaran lebih atas pengorbanan dan keberanian kau
Quote miemiecha 7-12-2023 10:34 AM
and yet zizang kabo jgn smpai jejas kerjaya...
Quote gigahertz 11-12-2023 04:23 PM
doodlediddle: Xpe! Berani kerana benar! Kau buat tu pun dah di kira jihad demi agama. Rezeki Allah tu luas. Allah pasti beri ganjaran lebih atas pengorbanan dan keb ...

Allah nak bagi dia masuk syurga cara mudah. walaupun aurat tak berapa nak jaga.
tapi dia dah lepas ujian allah....ujian periuk nasi ni tak ramai boleh lepas.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-3-2024 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.038831 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top