CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kes Saman RM2.5 Juta Siti Nordiana Terhadap Lima Sekawan Akhirnya Berakhir Dengan Bermaaf-Maafan

5-12-2023 12:34 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 20996| Komen: 213|Original author: Saiul

Description: Dua tahun naik turun mahkamah, saman fitnah sebanyak RM2.5 juta yang difailkan Siti Nordiana terhadap lima sekawan berakhir apabila kesemua mereka saling bermaaf-maafan.
Dua tahun naik turun mahkamah, saman fitnah sebanyak RM2.5 juta yang difailkan Siti Nordiana terhadap lima sekawan berakhir apabila kesemua mereka saling bermaaf-maafan.

Peguam Siti Nordiana, Abang Azlan Abang Ariffin berkata, perbicaraan kes itu tidak diteruskan selepas terdapat perbincangan di antara penyanyi itu selaku plaintif dan lima defendan untuk menyelesaikan isu di antara mereka dengan baik.


mStar melaporkan, persetujuan tersebut adalah mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan iaitu kedua-dua pihak bersetuju ia dilaksanakan di hadapan Hakim iaitu Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan secara terbuka.

Foto: IG

Katanya, permohonan maaf tersebut dibuat atas dasar persahabatan yang telah terjalin sebelum ini.

"Kami berharap agar persengketaan terhenti di sini dan biarlah menjadi sejarah pahit yang tidak berulang lagi," katanya di hadapan Joh Lee.


Sebelum persidangan tamat, Joh Lee sempat menitipkan pesanan supaya selepas ini semua pihak lebih berhati-hati dalam setiap kenyataan atau ucapan yang dikeluarkan.

Plaintif juga tidak ada kebebasan memfailkan semua tindakan saman terhadap defendan.


Foto: mStar

Sementara itu, lima sekawan iaitu penyanyi Lan Solo, Syura Badron, Nur Sheila, Sam Musyadzafar dan Raziah Ahmad membuat permohonan maaf selain memaafkan Siti Nordiana di hadapan hakim.

Siti Nordiana atau Nana, 39, turut membuat permohonan maaf kepada lima individu berkenaan selain menyatakan dia telah memaafkan semua tindakan mereka sebelum ini.

Isu membabitkan penyanyi Siti Nordiana bersama lima sekawan termasuk penyanyi Lan Solo dan Syura Badron bermula apabila selebriti tersebut memfailkan saman berjumlah RM2.5 juta pada 3 Ogos 2021.



Nana memfailkan saman itu menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates pada 30 Julai 2021 di Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur, dengan menamakan Lan Solo, 36, isterinya Nur Sheila dan Syura, 35, masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Dua lagi defendan iaitu keempat dan kelima ialah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar, 43, dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad, 42.



Dalam saman tersebut, Siti Nordiana telah menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan.

Selain itu, terdapat juga tiga lagi tuntutan iaitu ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi khas yang akan dinilai serta ditentukan oleh pihak mahkamah.



Untuk rekod, kontroversi tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai 2021.-CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissVixen 5-12-2023 12:35 PM
Yang kata kena santau tu betul ke?
Quote mamaneesa 5-12-2023 12:42 PM
alaaa....nape tetiba setel maaf jeeee
Quote black_handbag 5-12-2023 12:52 PM
gitu je.. kalau berbaik mesti tak sama mcm dulu dah. mesti ada titik hitam dah antara mereka ni walau konon dah maafkan
Quote I.K.A888990 5-12-2023 12:53 PM
""Katanya, permohonan maaf tersebut dibuat atas dasar persahabatan yang telah terjalin sebelum ini.""

dasar persahabatan? pergh mcm tu je..tgk muka senyum syura bini lan dgn lan kat atas  tu pn nampak mcm sesuatu je
Quote doubleA 5-12-2023 12:53 PM
Ok iols tak expect akan berakhir dengan maaf je tapi bagus la. Merasa kena saman la tapi mujur takda kena bayar ganti rugi. Jangan membongak sangat lakibini karatz tu
Quote weezerfan 5-12-2023 12:54 PM
Laaa patut bg lg 3 ekor tu bankrup
Quote zuriey 5-12-2023 12:55 PM
Buang masa aciks porem sokong nana saman 5 ekor tu sudahnya bermaafan jurrrr
Berdegar2 nana marah sbb byk kontrak kena batal rugi byk

Quote MistrezHermanaz 5-12-2023 12:55 PM
so duit nana je la kuar ni..alahai gitu je
Quote mamajawie 5-12-2023 12:55 PM
i expect nana kena santau tu yang tiberrrr terima permohonan maf..gittuhhh
Quote hasniey 5-12-2023 12:57 PM
Ala rugi la nana.ke betul yg kata kena buat org tu??
Quote Parit.Hilton 5-12-2023 12:57 PM
kesian nana. takpa nana maafkan ja dan jangan rapat macam dulu lagi.
jauhkan diri dari 5 parasit tu
Quote silampumeja 5-12-2023 12:58 PM
Banyak dah lah tu nana rujuk sebelum settlekan cara baik macam ni. Msti geng2 tu gi ngadap n cakap diorang memang dh tak mampu bayar kalau kena bayar. Kos peguam pun msti dh tak mampu jugak.

Kalau semua bnda nana dh pertimbangkan smoga semua amik iktibar.

Walaupun tak expect, tp still nana org yg "terjaga" dan mulia dgn jadinya benda gini...
Quote Purplehaz 5-12-2023 01:02 PM
Baiknya hati nana ..bahasa pun baik..org mcm ni lah yg hidup dia akan sentiasa rasa bahagia dlm khidupan.

Dah expect pun akan berakhir dgn bermaafan.
Quote Purplehaz 5-12-2023 01:03 PM
5 sekwn tu bawalah insaf...mengata hentam org..berani buat kat org mcm nana sbb nana tu baik.
Quote Straya 5-12-2023 01:07 PM
La maaf aje.Lepas tu apa perlunya Nana pun mintak maaf & group tu maafkan dia.Siapa yang perangai hantu?

Baik sangat Nana. Harap group ni at least kena la bayarkan cost + lawyer’s fee Nana
Quote talapia 5-12-2023 01:09 PM
Tak memasal je Nana kena bayar kos guaman smua tu bukan posen2.. huhu..
takpela.. kejadian ni.. and perbuatan nana maafkan dorang.. akan naikkan imej Nana jugak.. semoga dapat balik rezeki yang melimpah ruah.

Buat kawan2 lama tu.. entahla.. kalau aku.. walau kata dah bermaafan.. tapi hubungan tu takkan sama.. kita akan lebih berhati2 nak berkawan semula dengan dorang.. Dah terbukti kan sesedap mulot je mengata belakang kita.
Quote Sachacha 5-12-2023 01:13 PM
Edited by Sachacha at 5-12-2023 01:19 PM

Nana malas nak melayan peel org² bodoh pakej dengan hodoh tu lagi² si karat tu selalu menyindir di ig..
Janji nana job lebat ramai org sayang..
Moga nana dimurahkan rezeki berlipat ganda lagi..jalan terussss nana
Gituh ai mengefan ct nana..muah ciked
Quote Pisangcoklat 5-12-2023 01:16 PM
I pulak rasa nak nangis untuk nana ..semoga nana sentiasa diberikan rezeki berlipat kali ganda dari apa yg dia hilang
Quote chandrahusin 5-12-2023 01:16 PM
turun naik mahkamah bukan mudah
mungkin Nana pun dh penat
move on jah, tak yah kwn rapat lagi

Lihat semua komen(213)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.061744 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top