CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fasha Sandha Bikin Ramai Mengucap Panjang, Main Dukung-Dukung Dan Peluk-Peluk Dengan Wan Raja

5-12-2023 02:15 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 19731| Komen: 137|Original author: Saiful

Description: Aksi manja Fasha Sandha bersama Wan Raja dalam drama Malang Si Puteri dikecam hebat.Menerusi video yang dimuat naik, Fasha berkongsi beberapa adegan romantik apabila dipeluk dan didukung oleh Wan Raja ...
Aksi manja Fasha Sandha bersama Wan Raja dalam drama Malang Si Puteri dikecam hebat.

Menerusi video yang dimuat naik, Fasha  berkongsi beberapa adegan romantik apabila dipeluk dan didukung oleh Wan Raja yang memegang watak sebagai hero dalam drama tersebut.




“Tiada yang bertahan selamanya. Lakukan yang terbaik selagi kita punya masa,” tulisnya di Instagram.

Ramai tak senang dan berpendapat babak sebegitu tidak sesuai untuk dipamerkan oleh kedua-duanya kerana masing-masing sudah pun berstatus isteri dan suami orang.



Malah, netizen juga tertanya-tanya penerimaan dan perasaan suami kepada Fasha iaitu Aidil Aziz apabila melihat isterinya didukung dan dipeluk oleh lelaki lain.

“Suami tak cemburu ke? Kita pula segan tengok,” komen seorang pengguna Instagram.


“Cemburu nombor dua. Tak fikir ke halal haram? Dua-dua suami dengan isteri orang. Untung bagi laki orang pegang free of charges (percuma). Dunia akhir zaman,” tegur seorang lagi netizen.

“Kalau tak ada aksi dukung-dukung, peluk-peluk, watak tak menjadi ke?” soal seorang pengikutnya.


Difahamkan drama Malang Si Puteri yang diterbitkan oleh rumah produksi Radius One diarahkan oleh pengarah, Uchee Fukada yang bakal ditayang di saluran Astro Ria tidak lama lagi.

Sebelum ini, Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan pernah menimbulkan rasa kurang senang peminatnya selepas berkongsi video berkasih sayang bersama suaminya juga pelakon, Aidil Aziz di dalam kolam renang.



Pengikutnya dalam media sosial menganggap konten sebegitu tidak sesuai untuk ditayangkan pada khalayak umum, selain menyifatkan Fasha tidak sensitif dan semakin melampau.

Dek kerana perkongsian itu juga, ada segelintir pengikutnya dalam Instagram mengambil keputusan untuk tidak lagi mengikuti akaun media sosial pelakon itu lagi.


Namun Fasha mendedahkan akaun Instagramnya meraih 25,000 pengikut baharu selepas video berendam dalam jakuzi bersama suami, tular dan dikecam ramai. – CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 5-12-2023 02:17 PM
  
Quote mzzenma 5-12-2023 02:18 PM
muka sheolls mcm muka ex pijo omar kan..yg kahwin omputeh tu
dah kurus cengkung gini mmg sama muka
Quote winky1 5-12-2023 02:22 PM
Suami dia yg beli beras, terpulanglah pada dia....nak tanya buat apa lagiiii....well done. Si wok rajo tu ....dia juga yg beli beras kan. Dasyat ye kuasa org yg beli beras ni
Quote ketupatnasi 5-12-2023 02:25 PM
aku suka je wan raja berlakon. kalau antagonis tu jadik nauu
Quote likilu 5-12-2023 02:29 PM
Dia ni ke yg mengadung lapan bulan anak 2?
Quote amyfaha 5-12-2023 02:31 PM
Wan raja ni kalau berlakon romantik, terlebih gersang. Scary dan malu tgk. Tak minat
Quote Mary_jane 5-12-2023 02:39 PM
Wan raja bila berlakon jadi donut i loike.
Quote bedahmenjuyah 5-12-2023 02:39 PM
Hero heroin tua. Pasha tak kisah lah. Mmg dr dulu dia ok je. Menjiwai watak katanya. Kawan2 sezaman dia dah masuk fasa lain dah. Tak hingin dipeluk dirangkul semata2 kerana berlakon.
Quote BellaThePrinces 5-12-2023 02:39 PM
kesah plk Fasha dgn komen2 netijen....nmpk kan fasha ni degil...dia nak buat , dia buat jgk...ko ckp la apa pun

so netijen2...abaikan aje lah si fasha ni...dia dah langsing dah..kena la tunjuk semua benda...nanti balik nismilan pakai la tudung ..apa susah
Quote Diamondmoney 5-12-2023 02:47 PM
Apa nk buat dah pasah beli beras. Edil surirumah kena la telan je ek
Quote Tudungpink 5-12-2023 02:50 PM
Lagi menjadi2 perangai sejak kurus ni
Quote BoongaKertas 5-12-2023 02:52 PM
nasib x follow sheols kat socmed
Quote kucingitam 5-12-2023 02:55 PM
dua2 iols minat..
Quote watachiwa 5-12-2023 02:56 PM
dunia artis2
Quote Masukkeluar 5-12-2023 02:59 PM
bedahmenjuyah replied at 5-12-2023 02:39 PM
Hero heroin tua. Pasha tak kisah lah. Mmg dr dulu dia ok je. Menjiwai watak katanya. Kawan2 sezaman  ...

kn..aku tgk batch2 seumur fasha smua dh slow down. kalau blakon pn ambik drama2 yg tak over. bkn mcm dia ni.smua benda pulun dgn menyeksi, terpeluk sana sini..geli la tgk sbb dh kertu kn. tp dia ni mkin org kritik makin over show off
Quote mamajawie 5-12-2023 03:00 PM
amyfaha replied at 5-12-2023 02:31 PM
Wan raja ni kalau berlakon romantik, terlebih gersang. Scary dan malu tgk. Tak minat

kurang2 wan raja ni manly la sikit daripada oppa tanjung ipoh kualo pilah tudaripada oppa tanjung ipoh kualo pilah tu
Quote Masukkeluar 5-12-2023 03:01 PM
dulu aku ok dgn dia ni tp sejak kurus mkin melampau. ko tgk ada dia buat video kt mall mana ntah dgn pakai baju baby shirt nmpk pusat. dh mcm minah rempit. tak malu kt mertua ke fasha oii. nmpk desprate sgt nk cari duit.
Quote mamajawie 5-12-2023 03:01 PM
bedahmenjuyah replied at 5-12-2023 02:39 PM
Hero heroin tua. Pasha tak kisah lah. Mmg dr dulu dia ok je. Menjiwai watak katanya. Kawan2 sezaman  ...

ada je pelakon muda cam 3M tapi tu la x jadi hero..sedeyhhh muka pan asia jadi model pun x boleh nak kekal jadi hero

Quote Piramida 5-12-2023 03:04 PM
Dulu salute jugak dgn lakonan dan disiplin dia...
Tp lately bila semakin birah mcm malas ambik port.
Laki dia pun tak hairan so oklah tu....  yg kuat bekerja bini dia ni so laki pun mcm follow je apa kelakuan bini dia.
Nanti xde beras pulak nak beli.

Lihat semua komen(137)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.271776 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top