CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Warga Kerja Dihalau & Dikejar Anjing Akibat Kerja 'OT'?

3-12-2015 04:35 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5707| Komen: 3

Description: Saatchi & Saatchi, sebuah agensi pengiklanan di Hong Kong, baru-baru ini telah mengambil keputusan setiap bulan dua kali melaksanakan Projek " Bark You Up At 6:45, Leave Work Early For A Greather ...


Oleh : TS LOO

Pada asalnya berkeinginan menjadi seorang warga kerja yang berwaktu kerja normal iaitu 9am - 6pm, namun akhirnya setiap hari terpaksa kerja lebih masa atau 'OT' sehingga lewat malam, kepenatan amat terasa, jadi adakah anda juga merupakan sebahagian daripada golongan yang sedemikian. Selain itu, pekerja bekerja 'OT', ini turut bermakna kemudahan lampu, hawa dingin, komputer dan air juga perlu 'OT' sekali. 



sumber foto : http://www.bark645.com/


Saatchi & Saatchi, sebuah agensi pengiklanan di Hong Kong, baru-baru ini telah mengambil keputusan setiap bulan dua kali melaksanakan Projek " Bark You Up At 6:45, Leave Work  Early For A Greather World" yang bertujuan untuk mengubahsuai cara kerja sekaligus meningkatkan lagi kesedaran terhadap pemerliharaan alam sekitar. 


Masuk saja waktu senja iaitu 6:45pm, semua kakitangan harus berhenti kerja tepat pada masa itu, namun demikian ianya menjadi persoalan samada projek seumpama ini mampu ke tak dilaksanakan?





Agensi terbabit menerbitkan video menarik yang jelas menunjukkan masuk waktu senja iaitu jam 6:45pm, syarikat tersebut betul-betul melaksanakan projek 'Bark You Up At 6:45pm', selain beberapa ekor anjing yang betul punya, terdapat juga 'anjing garang' yang diyamar oleh manusia muncul dan berkeliaran di pejabat yang berperanan untuk menghalau pekerja yang masih enggan balik ke rumah. 



sumber foto: http://www.bark645.com/


Pada mulanya, penyamar 'Anjing Garang' itu akan memberi amaran dulu, kalau warga kerja itu masih berdegil, laptopnya akan dirampas secara kasar. Sekiranya masih enggan balik lagi, penyamar 'Anjing Garang tersebut akan bertindak mengambil kerusi pekerja yang degil itu bagi memudahkan operasi mereka.


Ketika ini, anjing yang benar akan muncul dan mengejar pekerja tersebut sehingga masuk ke dalam lif. Kemudian lampu, penghawa dingin akan ditutup dan pintu dikunci, barulah tugasan dianggap selesai!


Sebelum melaksanakan projek tersebut, agensi pengiklanan berkenaan menyebarkan perkara ini di semua media sosial terlebih dahulu dan menjemput agensi pengiklanan yang lain menyertai projek tersebut bagi memastikan usaha persekitaran syarikat terpelihara dan waktu kerja kakitangan syarikat berada dalam keadaan normal.


Sebenarnya, bagi sebuah agensi pengiklanan, usaha seumpama ini bukan sahaja dapat mengubah rutin kerja kakitangannya dan meningkatkan lagi kesedaran mengenai kepentingan melindungi suasana persekitaran di pejabat,  malah juga dapat mecapai impak promosi yang berkesan, secara tidak langsung boleh dikatakan amat menguntungkan syarikat terbabit. 


Walau bagaimana pun, sebagai warga kerja, anda boleh tak terima sekiranya syarikat anda melaksanakan projek "Bark You Up At 6:45" ? - CARI Infonet
6

Bagus
6

Marah
11

Terkejut
16

Sedih
8

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (57 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 3-12-2015 06:54 PM
Matikan saja lampu dan ekon. Gerenti automatik stop kerja
Quote Artemesiaa 4-12-2015 01:00 PM
Jenis gila kerja ni mana nak balik cepat selagi tak malam mana dia orang nak balik.  Tapi cara ni nampak menarik gak halau balik cara unik.
Quote matchstick 27-12-2015 01:28 AM
Kalu buat kt sini aku lah org petama kena kejor dek anjing2 itu...malas balik awl sbb x mo ngadap jem

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.305285 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top