Pada asalnya berkeinginan menjadi seorang warga kerja yang berwaktu kerja normal iaitu 9am - 6pm, namun akhirnya setiap hari terpaksa kerja lebih masa atau 'OT' sehingga leawt malam, kepenatan amat terasa, jadi adakah anda juga merupakan sebahagian daripada golongan yang sedemikian. Selain itu, pekerja bekerja 'OT', ini turut bermakna kemudahan lampu, hawa dingin, komputer dan air juga perlu 'OT' sekali.
sumber foto :http://www.bark645.com/
Saatchi sebuah agensi pengiklanan di Hong Kong, baru-baru ini telah mengambil keputusan setiap bulan dua kali melaksanakan Projek " Bark You Up At 6:45, Leave Work Early For A Greather World". Masuk saja waktu senja iaitu 6:45pm, semua kakitangan harus berhenti kerja tepat pada masa itu, yang bertujuan untuk mengubahsuai cara kerja sekaligus meningkatkan lagi kesedaran terhadap pemerliharaan alam sekitar.
Namun demikian menjadi persoalan samada projek seumpama ini mampu ke tak dilaksanakan.
Agensi terbabit menerbitkan video menarik yang jelas menunjukkan masuk waktu senja iaitu jam 6:45pm, syarikat tersebut betul-betul melaksanakan projek 'Bark You Up At 6:45pm', selain beberapa ekor anjing yang betul punya, terdapat juga 'anjing garang' yang diyamar oleh manusia muncul dan berkeliaran di pejabat yang berperanan untuk menghalau pekerja yang masih enggan balik ke rumah.
sumber foto: http://www.bark645.com/
Pada mulanya, penyamar 'Anjing Garang' itu akan memberi amaran dulu, kalau warga kerja itu masih berdegil, laptopnya akan dirampas secara kasar. Sekiranya masih enggan balik lagi, penyamar 'Anjing Garang tersebut akan bertindak mengambil kerusi pekerja yang degil itu bagi memudahkan operasi mereka.
Ketika ini, anjing yang benar akan muncul dan mengejar pekerja tersebut sehingga masuk ke dalam lif. Selepas itu, lampu, penghawa dingin akan ditutup dan pintu dikunci, barulah tugasan dianggap selesai!
Sebelum melaksanakan projek tersebut, agensi pengiklanan berkenaan menyebarkan perkara ini di semua media sosial terlebih dahulu dan menjemput agensi pengiklanan yang lain menyertai projek tersebut bagi memastikan usaha persekitaran syarikat terpelihara dan waktu kerja kakitangan syarikat berada dalam keadaan normal.
Sebenarnya, bagi sebuah agensi pengiklanan, usaha seumpama ini bukan sahaja dapat mengubah rutin kerja kakitangannya dan meningkatkan lagi kesedaran mengenai kepentingan melindungi suasana persekitaran di pejabat, malah juga dapat mecapai impak promosi yang berkesan, secara tidak langsung boleh dikatakan amat menguntungkan syarikat terbabit.
Walau bagaimana pun, sebagai warga kerja, anda boleh tak terima sekiranya syarikat anda melaksanakan projek "Bark You Up At 6:45" ? - CARI Infonet