CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mira Filzah Dilamar Sutradara Tersohor Indonesia, Bergandingan Dengan Refal Hady Dalam Filem

4-12-2023 01:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15307| Komen: 63

Description: Mira Filzah sangat teruja bakal membintangi filem terbaharu arahan Hanung Bramantyo berjudul Cinta Tak Pernah Tepat Waktu.
Mira Filzah sangat teruja bakal membintangi filem terbaharu arahan Hanung Bramantyo berjudul Cinta Tak Pernah Tepat Waktu.

Menurut Mira, dia bersyukur kerana impiannya untuk melebarkan sayap ke Indonesia sudah menjadi kenyataan.


Foto: IG

“Sejujurnya, saya berasa sangat teruja, terharu dan bersyukur dapat terbabit di dalam filem ini kerana sememangnya untuk melebarkan sayap ke Indonesia sudah menjadi Impian saya sejak dahulu lagi.

“Jadi, apabila dipilih untuk terbabit di dalam filem ini dan bekerjasama dengan sutradara tersohor Indonesia, Hanung Bramantyo, satu kebanggaan buat saya,” katanya kepada Harian Metro.



Penerbit Seven Skies Motion, Azlin Hilda Abdul Latiff berkata impian menerbitkan filem adaptasi novel ini sudah dirancang sejak 2021 namun usaha pihaknya tergendala kerana pandemik.

“Alhamdulillah, impian ini terlaksana dan saya rasa sangat gembira. Semoga perjalanan penggambaran filem ini berjaya dan semuanya dipermudahkan,” katanya.



Selain Mira, filem Cinta Tak Pernah Tepat Waktu yang diadaptasi dari novel terlaris karya Phutut EA itu turut dibintangi oleh pelakon Indonesia ternama seperti Refal Hady, Nadya Arina dan Carissa Perusset.

Filem terbitan Dapur Film dengan kerjasama Seven Skies Motion dan K Studio dikhabarkan bakal memulakan penggambaran bulan ini dan akan ditayangkan pada tahun hadapan.



Lebih menarik lagi, runut lagu filem itu juga bakal  dinyanyikan oleh Aina Abdul dan Fabio Usher yang dicipta oleh komposer muzik tersohor, Melly Goeslaw. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote I.K.A888990 4-12-2023 02:08 PM
tapi awat refal muka dia mcm mengembang eh
dulu hensem tau ni skrg mcm eh eh eh
Quote prince_marhaen 4-12-2023 02:10 PM
mampukah Basic mencuri hati penonton seberang berbekalkan wajah basic, bakat basic dan juga lontaran suara yang basic semasa berlakon???

Dan adakah runut bunyi nyanyian nyaring pesinggggg Yenna Bedul mampu menarik halwa telinga industri musik di sana???


Sama-sama kita nantikan... gittewww.... meols play no hope. Eheheheheh!
Quote MeowPARSI 4-12-2023 02:16 PM
Wpun muka dia ni basic,, tp sedap mata memandang berbanding yg lain kategori pecah rumah haha..
Quote myakayina 4-12-2023 04:09 PM
dlm diam2 mf dpt masuk sana ek...setakat ni pelakon2 muda Msia yg dpt masuk market indon is fazura, bront palarae, nad nisa, sapa lagi gaiss..
Quote Missjass 4-12-2023 04:25 PM
myakayina replied at 4-12-2023 04:09 PM
dlm diam2 mf dpt masuk sana ek...setakat ni pelakon2 muda Msia yg dpt masuk market indon is fazura,  ...

nad nisa tu cerita apa dekat indon tu?
Quote myakayina 4-12-2023 04:29 PM
Missjass replied at 4-12-2023 04:25 PM
nad nisa tu cerita apa dekat indon tu?



citer ni uols, pengarah pun org yg sama utk filem yg MF berlakon ni..
Quote piro77 4-12-2023 04:37 PM
myakayina replied at 4-12-2023 04:09 PM
dlm diam2 mf dpt masuk sana ek...setakat ni pelakon2 muda Msia yg dpt masuk market indon is fazura,  ...

Anna jobling. Satu series yg tayang thn depan. Satu lg filem Baim Wong, tgh shoot sekarang
Quote piro77 4-12-2023 04:42 PM
myakayina replied at 4-12-2023 04:09 PM
dlm diam2 mf dpt masuk sana ek...setakat ni pelakon2 muda Msia yg dpt masuk market indon is fazura,  ...

Wlpun nama2 tu dapat masuk sana, tp tak famous pun. Fazura, bront yg byk filem/ drama sana masih belum famous kat sana. Yg berjaya famous setakat ni ashraf Sinclair, Siti, Miller Khan, dan yg terbaru anna-meerqeen disebabkan drama Melur tu
Quote AbdulSmokeyy 4-12-2023 04:58 PM
myakayina replied at 4-12-2023 04:09 PM
dlm diam2 mf dpt masuk sana ek...setakat ni pelakon2 muda Msia yg dpt masuk market indon is fazura,  ...

Coming very soon Screenshot_2023-12-04-16-49-08-48_1c337646f29875672b5a61192b9010f9.jpg
Quote Rogue98 4-12-2023 04:58 PM
Comel anak dia...
Kakak MF pun dah bersalin sorang lagi kan.
Quote Masukkeluar 4-12-2023 04:58 PM
dia ni masuk sbb kabel..bkn invitation direct dr pengarah indon pn. lgpn filem ni filem terbitan org malaysia..so si mira ni dpt sbb si producer malaysia tu yg pilih. kalau tak..lambat lg nk jd heroin indon.
Quote TerataiMelur02 4-12-2023 05:04 PM
Masukkeluar replied at 4-12-2023 04:58 PM
dia ni masuk sbb kabel..bkn invitation direct dr pengarah indon pn. lgpn filem ni filem terbitan org ...

Laaaa..patut ler. iols pelik jugak jat indon tu berlambak muka jauh lagi cun n malaysia ni pun yang basic jugak d pilihnya
Quote Masukkeluar 4-12-2023 05:09 PM
TerataiMelur02 replied at 4-12-2023 05:04 PM
Laaaa..patut ler. iols pelik jugak jat indon tu berlambak muka jauh lagi cun n malaysia ni pun yan ...

lgpn watak mf tu mmg watak doc dr malaysia. so tak pelik pn. cuma yg aku pelik nk plak si hanung tu buat filem produksi malaysia..pdhl produksi indon lg byk kot offer..dia tu bkn kaleng kaleng punya director..mybe producer malaysia sggup byr mahal kot kt dia
Quote Didi_dido 4-12-2023 05:09 PM
Ni ke citer yg Puteri Sarah patut berlakon tp x jadi sbb dia g umrah? Makanya diganti dgn MF?
Quote Missjass 4-12-2023 05:24 PM
piro77 replied at 4-12-2023 04:42 PM
Wlpun nama2 tu dapat masuk sana, tp tak famous pun. Fazura, bront yg byk filem/ drama sana masih b ...

Miller Khan, Ashraf Sinclair tu mmg lagi berjaya dekat indon dari negara sendiri mmg terus stay berlakon dkt sana.. Fazura, Bront ni jadi dapat offer jarang2 je so mmg tk famous sgt la
Quote Tudungpink 4-12-2023 05:31 PM
MF ni waktu premier filem ttkamal dengan fedi nuril baru ni nampak mcm try hard utk masuk circle A lister retis yindon sana.. Tp mcm diwhoayuskan..  Kebetulan pulak si pajura n fattah ada plak mlm tu siap boleh join group filem tu so terus tenggelam si Mf ni .. Nak masuk circle pelakon power2 kat yindon ni bukan senang.. Bront,  fazura,  Nora Danish ni kira ada nama kat sana bakat pun ada dorang dtg sana pun dengan bakat bukan popular saje2.. Sebab tu dorang boleh skali dengan plakon2 power sana.. Gud luck MF.. Dah upah tutor yindon ke belum tu
Quote Masukkeluar 4-12-2023 05:36 PM
Tudungpink replied at 4-12-2023 05:31 PM
MF ni waktu premier filem ttkamal dengan fedi nuril baru ni nampak mcm try hard utk masuk circle A l ...

tp ada yg komen ats tu ckp merqeen ana jobles lg popular kt indon ye la tu...
Quote Diplomat 4-12-2023 05:42 PM
Masukkeluar replied at 4-12-2023 04:58 PM
dia ni masuk sbb kabel..bkn invitation direct dr pengarah indon pn. lgpn filem ni filem terbitan org ...

Mana tahu, ada cerita dalam industri kah?

Selalu kita kata cable, padahal cable tak tahu menahu pun.
Quote Skyz9183 4-12-2023 05:53 PM
Didi_dido replied at 4-12-2023 05:09 PM
Ni ke citer yg Puteri Sarah patut berlakon tp x jadi sbb dia g umrah? Makanya diganti dgn MF?

meols pn rsa yg ni sbb PS ade ckp diorg start shoot 2 dec so dia tpksa tolak n utamakn umrah.

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.119933 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top