CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakaman CCTV Warga Emas 'Dicangkul' Pembunuh

29-11-2023 04:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4211| Komen: 10

Description: Johor Bahru: Bunuh majikan tiga tahun lepas, Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 11 Disember depan bagi jatuh hukum kes amah dan suaminya.Hakim Datuk Abu Bakar Katar membuat keputusan itu selepas warga ...
Johor Bahru: Bunuh majikan tiga tahun lepas, Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 11 Disember depan bagi jatuh hukum kes amah dan suaminya.

Hakim Datuk Abu Bakar Katar membuat keputusan itu selepas warga Indonesia, Ekalia dan Bartolomeus Fransceda masing-masing 23 tahun, menukar pengakuan mereka kepada bersalah, hari ini.


Kedua-dua tertuduh dituduh secara bersama-sama membunuh Lau Yen Na, 73, di rumah di Palm Resort, Senai, Kulai kira-kira jam 2 petang, 17 Mac 2019.


Foto: Harian Metro

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman gantung sampai mati atau penjara minimum 30 tahun atau maksimum 40 tahun dan 12 sebatan.

Terdahulu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian itu turut disiarkan pada prosiding berkenaan menyebabkan ahli keluarga mangsa tidak dapat menahan sebak.

Mengikut fakta kes berdasarkan siasatan dan analisis CCTV di tempat kejadian, tertuduh pertama iaitu Bartolomeus, dan kedua, Ekalia, membunuh mangsa dengan menggunakan cangkul kecil mempunyai dua mata tajam.


Tertuduh pertama dan kedua memukul dengan cangkul kecil itu di bahagian kepala ketika mangsa sedang berehat, sebelum mereka mengambil Toyota Alphard serta telefon bimbit mangsa untuk ke Kuala Lumpur bagi bertemu rakan bagi mencari kerja baharu.

Kedua-dua tertuduh berjaya ditahan di sebuah restoran di Damansara sebelum hasil analisis patologi mendedahkan punca kematian mangsa adalah kerana luka tetak berganda di kepala.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syafiq Mohd Ghazali manakala dua tertuduh diwakili peguam, Ooi Pen Lyn dan S Selvi.

Pen Lyn ketika hujahnya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun kepada kedua-dua tertuduh kerana mereka sebenarnya adalah mangsa kepada pemerdagangan manusia kerana ditipu ejen pekerja tidak berdaftar

"Kedua-duanya dijanjikan bekerja di Sarawak dan Kuala Lumpur, namun apabila tiada pekerjaan yang dijanjikan itu mereka mahu pulang ke Indonesia.

"Namun agensi tidak membenarkan mereka pulang dan mengugut supaya mereka membayar wang pampasan jika berdegil, sebelum dihantar bekerja sebagai tukang kebun dan amah di kediaman seorang warga emas.

"Kedua-dua tertuduh menyatakan mereka bukan sahaja diseksa secara mental dan fizikal oleh warga emas berkenaan malah diperhambakan mereka dengan tidak diberi makan selain diarahkan tinggal di pondok luar kediaman berkenaan.

"Oleh itu, saya memohon mahkamah untuk mengenakan hukuman penjara minimum 30 tahun bagi membolehkan mereka pulang ke Indonesia bersama keluarga apatah lagi mereka sudah bertaubat, insaf dan kesal atas perbuatan mereka," katanya.

Bagaimanapun, pendakwaan berkata, alasan diseksa dan diperhambakan bukanlah lesen untuk kedua-dua tertuduh untuk meletakkan undang-undang di tangan sendiri apatah lagi membunuh dengan kejam.

"Oleh itu saya memohon mahkamah memberikan hukuman pengajaran sebagai iktibar kepada masyarakat supaya tidak meletakkan undang-undang di tangan sendiri.

"Walaupun hukuman Seksyen 302 Kanun Keseksaan sudah dipinda dengan meletakkan hukuman penjara, namun adalah menjadi hak mahkamah untuk menjatuhkan hukuman gantung sampai mati berdasarkan kes dan situasi," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sayurmayur88 30-11-2023 03:52 PM
mana komen ??
Quote uori 30-11-2023 03:53 PM
cangkul kepala? alahai kejamnya
Quote B40tastePosh 30-11-2023 03:55 PM
Sebab tu ke sekarang kuota pekerja asing sektor pembersihan dihentikheun??
Quote dani-rox 30-11-2023 04:02 PM
cangkul kepala mangsa berkali2, samun henpon dan keta, pegi KL cari kerja mcm takda apa2 yg berlaku padahal ko dah bunuh org. bg je la hukuman mati.
Quote epullipan 30-11-2023 04:02 PM
kalau kena seksa dan diperhambakan...dorang report polis,polis akan terus ambil tindakan ke?ras dorg nak kluar rumah pon tak boleh tu
Quote otai_g 30-11-2023 04:26 PM
Ni Salah agen pemerdagangan org tu lah. Btl jgk org indon ni jd mangsa. Selayaknyalah nyonya tu kena cangkul sbb layan org mcm hamba.
Quote bungarose 30-11-2023 06:39 PM
Celaka sungguh
Quote brego 30-11-2023 10:12 PM
kesian
nak cari kerja lain, dapat kerja lain
benda biasa dalam human trafficking

dapat pulak majikan tua suka buat manosia lain macam haiwan
tak jumpa jalan keluar, nampak bunuh jer

human trafficking negara ni mmg macam sial
banyak kes yg pekerja asing ni kena scam
Quote nono86 30-11-2023 10:53 PM
Itu kata dia.. mangsa dah tak de nak jawab bagi diri dia sendri.. tak tahan, berambus, tak perlu bunuh dan samun auntie tu
Quote mawarika 30-11-2023 11:05 PM
Ntah kenapa aku rasa endon ni kelentong kuat.. sampai cangkul kepala org.. tua pulak tu. umur 73 kudrat bukan kuat pun.. ko tolak pun senang jatuh. Ni mmg rancang nak bunuh rembat kereta n rompak.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.082645 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top