CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai Tak Faham, Pasti Ada Sebab Suami Nak Poligami "Ada Yang Kuat Atau Lemah Hubungan Intim"

29-11-2023 02:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4629| Komen: 14

Description: Seorang individu yang mendakwa sebagai bekas kakitangan di sebuah mahkamah syariah mendedahkan beberapa faktor yang mendorong kepada poligami dalam rumah tangga.
Seorang individu yang mendakwa sebagai bekas kakitangan di sebuah mahkamah syariah mendedahkan beberapa faktor yang mendorong kepada poligami dalam rumah tangga.

Faisal Rahim menyatakan, isu di ranjang menjadi antara punca yang mendorong berlakunya poligami.


Gambar Hiasan

"Banyak terima permohonan poligami yang kadangkala tak masuk akal tapi ia berlaku, biasanya disebabkan 'isu dalam kelambu'.

"Terutama bagi pasangan yang dah lama berkahwin. Malah jangan terkejut, ada kes yang isteri sendiri carikan madu dan berikan kebenaran berpoligami bagi pihak suami.

"Mengapa? Antaranya sebab suami terlalu 'kuat' hubungan intim dan isteri dah tak mampu layan kerana faktor usia seperti menopaus, sakit dan hilang minat.

"Nampak macam remeh, tapi realitinya berlaku," jelas Faisal melalui X.

Tambah Faisal, mereka yang muda kebiasaannya tidak menyedari perkara ini dan melarang poligami secara mentah-mentah.


"Orang muda 20-an dan 30-an biasanya kurang faham apabila bincang topik poligami ini sebab mereka tak nampak sisi yang saya sebutkan tadi. Ia seolah taboo untuk dibincang.

"Penyebab sebenar poligami ini tidak diketahui anak-anak, keluarga dan sesiapa pun melainkan pasangan suami isteri itu sendiri," ujar Faisal.



Faisal seterusnya menyentuh tentang pilihan untuk berpoligami antara pasangan suami isteri.

"Bagi suami isteri yang masih berada dalam perkahwinan, poligami mungkin boleh jadi alternatif yang win-win kepada mereka. Bagi yang tak mampu terima, mereka pilih bercerai.

"Manusia ini dijadikan berbeza-beza daripada segi keperluannya. Kita tak boleh pukul rata semua orang daripada sudut fizikal, naluri, kewangan, kesihatan macam kita.

"Semoga rumah tangga kita semua kekal bahagia dan sama-sama masuk syurga bersama pasangan hidup yang kita cintai dan sayangi," kata Faisal menutup bicara.

Di ruangan komen, warga maya berpendapat isu poligami ini adalah kompleks untuk dibicarakan secara sambil lewa.

"Bab poligami ini selagi tak kena buku dengan ruas, elok jangan ulas berlebihan terutamanya untuk pasangan yang baru berkahwin kurang daripada 10 tahun.

"Hal dalam kain hanya pasangan itu sendiri yang lebih arif. Ada yang mengalami masalah kesuburan dan masalah kuat atau lemah hubungan intim.

"Biar hakim memutuskan kelayakan poligami iaitu harus, sunat atau haram.

"Saya rasa isu terbesar dalam poligami adalah kahwin sembunyi yang sangat tak adil untuk isteri pertama. Perkara ini memerlukan persetujuan bersama," ujar sebahagian warga maya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 29-11-2023 02:35 PM
betul ni...para isteri dont take sexual activities lightly...antara punca sebenar lelaki cari madu...
Quote koko2 29-11-2023 02:38 PM
kalo kote laki kuat boleh menikah lg??? camana plak bila kote laki lembek...? ada jln keluar tak?.. #tanyajerbagijantanegoygtakmauterimakenyataankotedepalembek.. byk kes gak kat mahkamah tuuuuuu
Quote koko2 29-11-2023 02:43 PM
koko2 replied at 29-11-2023 02:38 PM
kalo kote laki kuat boleh menikah lg??? camana plak bila kote laki lembek...? ada jln keluar tak?..  ...

BerapaBykKesKoteLakiLembekYangTakSettleKatMahkamahSyariahBilaJantanTakBagiKerjasamaPadaIsteriMereka...
Quote abbyhoney 29-11-2023 02:47 PM
koko2 replied at 29-11-2023 02:38 PM
kalo kote laki kuat boleh menikah lg??? camana plak bila kote laki lembek...? ada jln keluar tak?..  ...

Yg ni ramai lelaki suami2 terlepas pandang atau memang saja2 buat2 tak perasan......asyik lah duk salahkan isteri tak nk melayan padahal isteri tu dah fed up. Saya dgr ustazah duk bagi ceramah. Ustazah tu pun terlibat dgn kes kt mahkamah syariah juga. Biasanya lelaki ni tak nk tau pun masalah diri dia sebenarnya tapi taunya menyalahkan isteri bila dingin. Ada suami yg malas mandi, bau peluh, bau mulut kuat sebab merokok, tak suka gosok gigi, pengotor... eewww....ustazah yg cerita, ok... lagi satu isteri tu kepenatan, uruskan rumahtangga, anak2, sama2 kerja balik lambat tapi yg bekerja uruskan rumahtangga sampai ke tghmalam, siapa ? isteri juga kan? Suami tunggu dlm bilik. Memang teruk betul perangai. Lepas tu nk poligami dgn alasan isteri tak nak layan. Padahal sebelum tu duk marah isteri, tengking2 isteri, lepas tu suruh isteri layan. ayooo....
Quote Zazama 29-11-2023 03:09 PM
Lepas tu tak nak hulur sikit duit pd bini utk perbaikki aset idaman suami.
Quote azimodin 29-11-2023 03:10 PM
Masalahnya ya-ya je la yg kawen lagi kuat. Macam kat ofis aku ni ada gendut berpenyakit  suruh jalan 3km pon dah tersadai tapi bini 2. Aku tak yakin kuat mana pon.
Aku pon terfikir jugak habistu kes2 lelaki yang lemah a.k.a main satu round dah terkulai si isteri kena terima seadanya ke?
Cuba la selidik kes2 yg konon isteri tak mampu layam macam "bitches" ni apa masalahnya. Ntah2 bini penat.. balik kerja>memasak>buat kerja rumah. Meanwhile suami layan henfon. Mana la tak penat
Quote manehnya 29-11-2023 03:19 PM
yg nikah kt siam ritu, sbb nk anak, bini no2 dah pekenen ke?saja tnya sbb kalau nk hamil dlm 2 mgu dah boleh bunting dah
Quote manehnya 29-11-2023 03:20 PM
azimodin replied at 29-11-2023 03:10 PM
Masalahnya ya-ya je la yg kawen lagi kuat. Macam kat ofis aku ni ada gendut berpenyakit  suruh jalan ...

mmg ya-ya je, cuba tnya bini yg lakinya lemah, masih ada yg setia, tak lak niat nk nikah lain

tp somi tak padan dgn teguk ketum, kopi panggung nk nikah dua tiga

gila lah..

pastu miskin, modal ayat manis
Quote ifanonline 29-11-2023 03:23 PM
ape jua alasan si isteri, tetap kena layan suami di atas katil..sebelum suami mencari pemanas katil yg nombor seterusnya
Quote Chah21 29-11-2023 03:38 PM
ifanonline: betul ni...para isteri dont ta ...

Klu kahwin kes ini, isteri menopause akan dpt madu ke
Quote ladybugz 29-11-2023 07:15 PM
hmm bagi saya la kan. kena ambil kira juga suami yg x pandai melayan kehendak batin n zahir isteri. hubungan intim tu involve semua mental emosi n fizikal. if x tahu layan isteri properly, isteri pun mungkin rasa it is a one sided thing. if tahu n bagus rasanya isteri pun yg ajak pula si suami. if masalah suami isteri ni, kena la tahu audit diri sendiri. jgn la nk salahkan satu pihak aja.
Quote abbyhoney 30-11-2023 12:51 PM
ladybugz replied at 29-11-2023 07:15 PM
hmm bagi saya la kan. kena ambil kira juga suami yg x pandai melayan kehendak batin n zahir isteri.  ...

Setuju. Bab nak poligami memanjang nmpak part bini tak nk melayan suami padahal kan berapa ramai yg si suami tak reti nk melayan bini. Dia ingat bini dia tu patung. huhuhu. Lagi satu alasan nk zuriat. Cuba pergi test sperma tu ok ke tak ok bak kata Mad Nor dlm tik tok dia tu. Jgn tau nk salahkan bini je bila bini susah nk hamil.
Quote _kelly 30-11-2023 12:58 PM
gatal kote memang macam tu..tanggungjawab ke laut ada hati nak berbini ramai
Quote MissVixen 30-11-2023 01:03 PM
Sibuk nak kahwin lagi sebab seks. Jantan2 dalam ni ingat perempuan je ke ada lemah nafsu syahwat? Lelaki pun ramai. Boleh tak perempuan nak madukan suami sendiri dengan alasan seks?
Dalam banyak2 benda, seks yang ditekankan. Dah la lelaki ni tak mampu berlaku adil. Macam si alif tu, adab pun takde. Kahwin masa bini tengah mengandung, sakit melahirkan dengan rasa dikhianatti lagi. Dah le nikah tarikh dekat anniversary dengan bini. Dari awal nikah pun takde berlaku adil dan kahwin lari ke siam.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.110370 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top