CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Mak Nyah, Cikgu Ery Meninggal Dunia

29-11-2023 01:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7870| Komen: 46

Description: Klang: Mohd Khariri Mohamad Ramli atau dikenali Cikgu Ery dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung, pagi tadi.
Klang: Mohd Khariri Mohamad Ramli atau dikenali Cikgu Ery dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung, pagi tadi.

Berita itu disahkan oleh Guru Besar SK Bukit Tinggi, Adlin Amir Hamzah dalam satu kenyataan ringkas.


Menurut Adlin, Cikgu Ery yang berusia 46 tahun, yang juga merupakan guru sesi petang Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tinggi menghembuskan nafas terakhir ketika mengendalikan senaman berkumpulan di Tasik Tropika Aman Rim Bayu, Telok Panglima Garang, di sini.


Foto: Harian Metro

"Paramedik ambulan sudah sahkan kematian.

"Sedang menunggu kehadiran pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Keluarga arwah sudah dihubungi. Sekian. Berharap tiada sebarang berita palsu disebarkan.

"Sila tunggu berita dari kami pihak sekolah dan rakan Cikgu Ery," tulisnya.

Sementara itu, salah seorang rakannya Muhd Putra Shukri turut berkongsi berita duka itu menerusi satu hantaran di Facebook (Fb).


"Assalamualaikum semua. Dengan dukacitanya dimaklumkan bahawasanya Cikgu Ery telah meninggal dunia sebentar tadi.

"Insya-Allah jenazahnya akan dikebumikan di Ulu Kuang petang ini. Akan di maklumkan kemudian.

"Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya," tulisnya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan kisah pengalaman berbelas tahun Cikgu Ery bergelumang dalam dunia mak nyah sebelum berhijrah.

Antara inisiatifnya dalam berdakwah adalah menjadi aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Hijrah yang salah satu objektifnya adalah membantu komunitil Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) termasuk bekas mak nyah.

Beliau menggerakkan NGO hasil kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk)

Mei lalu, Cikgu Ery menerbitkan buku bertajuk 'Maaf Tuhan Aku Tersalah Langkah' bagi memperbetulkan stigma masyarakat terhadap golongan LGBT yang ingin berubah. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matamata 29-11-2023 01:34 PM
Innalillahiwainnailaihirajiun
Alfatihah
Quote shernazz 29-11-2023 01:35 PM
Salam takziah buat keluarga arwah
Quote prettyuglybabe 29-11-2023 01:36 PM
oo.. cikgu betul ye beliau..
Quote Decaffeinated 29-11-2023 01:36 PM
"Maaf Tuhan, aku tersalah langkah"

Biasalah dik, mana2 production pun ada defect. At least ko ni masih laku jual ada tu reject terus.

Innalillahi...
Quote lilacomot 29-11-2023 01:38 PM
Innalillahi wa inna ilahi rojiun. Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Quote Themilo 29-11-2023 01:43 PM
Innalillah..

tiada lagi kelibat arwah bersenam robik pagi-pagi di live tiktok..
Quote gigahertz 29-11-2023 01:51 PM
susah macam ni. orang yang bersenam pun meninggal umur 46
i hari hari hadap forum tak gerak gerak then how.
Quote midori888 29-11-2023 01:54 PM
gigahertz replied at 29-11-2023 01:51 PM
susah macam ni. orang yang bersenam pun meninggal umur 46
i hari hari hadap forum tak gerak gerak th ...

kalu dah smp ajal kita....sihat walafiat pun bole jer pergi...
Quote seri_mawr 29-11-2023 01:56 PM

Innalillahi wa inna ilahi rojiun. Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Quote Ahriman 29-11-2023 02:02 PM
Salam Takziah.BangJat boleh amik contoh dia nih.masih blum terlambat untuk berubah.
Quote SalenaGomez 29-11-2023 02:06 PM
Decaffeinated replied at 29-11-2023 01:36 PM
"Maaf Tuhan, aku tersalah langkah"

Biasalah dik, mana2 production pun ada defect. At least ko ni ma ...

Maksud defect??? Dia ni product defect ke?
Quote reen8601 29-11-2023 02:07 PM
Innalillah.. Salam Takziah untuk keluarga arwah
Quote I.K.A888990 29-11-2023 02:27 PM
salam takziah buat keluarga
Quote adiksha 29-11-2023 02:40 PM
Innalillahi wainna ilaihi rojiun
moga sajat and the geng pun sempat berubah and bertaubat....
Quote gorjeous 29-11-2023 02:42 PM
innalillahi..
Quote tri-max 29-11-2023 02:50 PM
innalillah, sudah ajal tepat waktu
moga penghijrahan dia menjadi iktibar pd yg lain

dia diagnosis ada sakit jantung on last oct kan
baca dlm fb dia
baru start makan ubat, at the same time tukar sekolah, pindah rumah
semua buat dlm waktu yg agak serentak
dgn daily zumba activity
kesian kucen2 dia kat umah
Quote nuralisa 29-11-2023 02:51 PM
tak pernah pulak keluar dia kat fyp aku..
bila search .. suara dia pun mcm perempuan...

Innalilah ..
Quote Mamason 29-11-2023 02:56 PM
Innalillah... Mati itu Pasti.  Semoga taubatnya diterima Allah dan rohnya dicucuri rahmat.  Aaminnn...
Quote yangsemb 29-11-2023 02:57 PM
Salam takziah utk seisi keluarga

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.053500 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top